Cara Masak Kuah Kacang Paling Mudah, Sesuai Untuk Isteri Pertama Kali Nak Masak

Share

Kuah kacang merupakan antara hidangan yang wajib ada ketika hari raya. Memang sedap kalau dimakan dengan nasi impit. Tambahan pula kita tidak boleh pulang ke kampung, jadi terpaksalah para isteri masak sendiri di rumah.

Jika anda mahu resipi yang mudah, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Abdul Razak Abdul Rahim menerusi laman Facebook ini. Resipi ini sesuai dibuat oleh anda yang baru pertama kali nak buat.

Kuah Kacang Simple

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang tanah – digoreng dan dikisar
  • 3 batang serai
  • 2 inchi halia
  • 2 biji bawang merah (besar)
  • Segenggam cili kering
  • Asam jawa
  • Gula melaka/gula biasa
  • Garam

Cara-cara membuat:

1. Kisar serai, halia, bawang merah dan cili kering.

2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu. Masukkan sikit-sikit supaya tak terlebih masam.

4. Masukkan kacang goreng yang dikisar 2 cawan. Kalau tak pekat, tambah lagi.

5. Masukkan gula melaka atau gula biasa dan garam ikut suka hati. Kuah kacang sedap kalau manis.

6. Masak lagi hingga pecah minyak.

7. SIAP!

TIP

  • Nasi impit rebus sebelum tidur lagi senang. Kuah kacang buat awal takpe. Makan lama panaskan makin sedap.
  • Ada yang suka masuk udang kering, terpulang.
  • Kalau kuah pekat sangat, masukkan air.

Sumber: Abdul Razak Abdul Rahim

IKLAN