Selalu kita dengar gosip cara mentua dan menantu bila bertembung dalam rumah, pasti ada perbezaan dan tak kena.
Biasanya yang hadapi masalah ini, bila suami mula bandingkan. Ini yang akan jadi masalah.
Cara Mentua dan Menantu Uruskan Rumah Tangga
Situasi ini boleh menimbulkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan menantu. Generasi menantu kita tidak sama dengan generasi kita. Mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan, termasuk cara mereka mendidik anak, menguruskan kewangan, atau menyelesaikan masalah rumah tangga.
Kalau mampu menerima perbezaan, ini boleh menjadikan hubungan lebih positif dan saling menghormati.
Jadi ini salah mentua, menantu salah suami yang tak pandai lagakan hati kedua-dua belah pihak?
Ini yang cuba disampaikan saudara Firdaus Shakirin, bila jadi mentua sepatutnya mak-mak kena masuk diri dalam dunia menantu.
Belajar Melepaskan Anak
Ads
Anak kita akan berkahwin dan kita akan dapat menantu. Nak tak nak, kita tetap kena terima hakikat yg anak kita akan memulakan satu kehidupan baru.
Kehidupan bersama pasangannya dan anak-anaknya. Sebagai seorang mertua, apa yang perlu kita lakukan?
Jangan masuk campur dengan urusan rumahtangga anak sekiranya mereka tiada apa-apa masalah. Biarkan mereka menempuhi asam garam kehidupan berumah tangga, biar mereka belajar apa akibat daripada setiap keputusan yang mereka buat. Biar mereka tentukan hala tuju rumah tangga mereka.
Jangan cuba memperbandingkan cara kita dengan cara menantu kita. Dari saat dia mengandung, berpantang sehinggalah menjaga anak-anaknya. Jangan keluar kata-kata:
“Dulu mak mengandung tak manja macam kau pun. Dulu mak hari ketiga berpantang sudah boleh mengemas rumah. Dulu mak bagi anak-anak mak makan itu, makan ini, dia tak kembung perut pun, dia tak sakit pun.”
Ads
Cerita Dulu Tak Akan Sama Dengan Sekarang
Jangan… dulu is dulu… sekarang is sekarang.
Tahap kekuatan, kemampuan, ketahanan orang dulu dan orang sekarang berbeza. Cara hidup beza, apa yang dimakan beza, masa bekerja, masa tidur juga berbeza.
Menantu kita mungkin tak sekuat kita, menantu kita, mungkin tak setahan kita. Menantu kita mungkin lemah. Tapi jangan kita membanding-bandingkan apa yang dialaminya, dibuatnya dengan apa yang dialami kita dan dibuat kita.
Jangan iri hati, dengki sekiranya anak menghabiskan masa untuk keluarganya. Jangan menyuruh anak memilih antara diri kita atau pun isterinya. Walaupun dia perlu bertanggung jawab terhadap kita sebagai orang tuanya, tapi dia juga ada keluarga, ada isteri, ada anak-anak untuk dijaga.
Ads
Jikalau tiada apa-apa, biarkan dia dengan keluarganya. Jangan menyindirnya yang dia sudah lupakan kita. Jangan perli anak kita dengan harapan anak kita akan lebih mengutamakan kita daripada isterinya dan anak-anaknya.
Anak Akan Ada Kehidupan Sendiri
Jangan buat dia serba salah…
Berlapang dada untuk terima bahawa satu hari nanti, anak-anak kita ada kehidupan lain yang perlu dilaluinya dan menuntutnya untuk membahagikan waktu antara kita dan keluarganya. Itu adalah salah satu daripada perjalanan kehidupan kita dan kita pun pernah melaluinya dulu.
Hubungan antara mak mentua dan menantu adalah hubungan yang perlu dipupuk dengan kasih sayang, hormat, dan tolak ansur. Jangan bandingkan cara kita dengan menantu kerana setiap orang mempunyai cara yang unik dalam menguruskan kehidupan mereka. Dengan berikan ruang, kepercayaan, dan sokongan, hubungan ini boleh berkembang menjadi hubungan yang mesra dan penuh dengan kebaikan.
Sebagai mak mentua, anda tak boleh mengawal tetapi untuk menyokong dan memberikan dorongan kepada generasi baru itu lebih bagus dan membantu wujudkan rasa harmoni dalam rumah tangga anak-anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Perlu diingat jangan sesekali membuat persamaan rumah tangga anda dengan orang lain. Lihat 10 petua ini untuk kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika. Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!
Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua
Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua. Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka. Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.
Tiada rahsia
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang. Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan. Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..” Kan cari nahas tu..!
Solat bersama
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus. “Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…” Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu. Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.
Mohon doa ibu bapa & mertua
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.
Kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Nampak natural beauty, kata mereka. Tetapi sejauh mana istilah ‘natural beauty’ bagi kaum Adam?
Berikut 5 sebab kenapa lelaki suka sangat tengok wanita ‘natural beauty‘ :
1. Nampak wanita lebih yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Kalau anda berani keluar tanpa secalit mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.
2. Tak suka wanita terlalu over!
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Hendak keluar ke kedai mamak pun, anda ambil masa yang lama mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga tidak boleh hidup tanpanya.
3. Suka tengok wajah ‘seksi’ macam bangun tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.
4. Tidak suka menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluar dengannya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
5. Kena cantik luar dan dalam
Awal-awal kenal memang pilih yang cantik luaran tetapi lama-kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, akhirnya si dia akan bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan tiada aktiviti solat tarawih berjemaah di masjid dan surau seluruh negara tahun ini kerana kekangan situasi COVID-19, mungkin ada dalam kalangan kita yang terfikir untuk melakukan ibadat tersebut dengan mengikuti imam secara atas talian.
Bagaimanapun, idea tersebut menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak dibolehkan kerana beberapa sebab.
Menurut beliau, adalah perlu untuk seseorang itu mengetahui pergerakan yang dilakukan imam ketika solat serta dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Aktiviti solat berjemaah dan keagamaan sebelum ini dihentikan buat seketika selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berlangsung dari 18 Mac sehingga 28 April ini.
Saranan tersebut sekaligus menyaksikan rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat sunat yang sinonim dengan bulan Ramadan tahun ini. Selain solat tarawih, masyarakat di Malaysia tahun ini juga bakal tidak mempunyai bazar ramadan seperti tahun-tahun sudah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!