Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah spesial kepada suami istri yang keduanya bertahajud.
Apa saja keutamaan untuk suami istri yang membiasakan sholat tahajud?
1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang
Setiap suami istri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.
Keluarga yang sakinah membuat seorang suami yang ketika di luar rumah penat karena pekerjaan atau lelah karena berdakwah, ia menjadi tenang begitu masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan istrinya.
Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Sebab merasa istrinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.
Ads
Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologisnya dan mengubah syahwat menjadi berpahala. Mawaddah umumnya khusus pada usia pernikahan muda. Saat telah menjadi telah menjadi tua, mawaddah bukan lagi keutamaan.
Lalu mengapa suami isteri tetap harmonis meskipun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fisik sama sekali. Kerana akhlak, kerana karakter, kerana cinta itu sendiri.
Untuk suami istri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan istrinya lalu sang istri juga solat. Bila istri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)
2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah
Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.
Ads
Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat butuh sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat terzalimi, dibela oleh Allah.
Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.
“Jika seorang lelaki membangunkan istrinya di waktu malam lalu keduanya shalat, atau shalat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingat Allah”(HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).
Dengan keistimewaan seperti ini, maukah kita berusaha membiasakannya?
Sumber: webmuslimah.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan lelaki pada era ini ingin sentiasa tampil lebih maskulin dan macho. Mereka bijak menghias diri dan lebih peka dalam menjaga penampilan diri dan juga kesihatan. Namun begitu, masalah berat badan sering menjadi sebab untuk kaum lelaki malas untuk bersiap dan memperkemaskan diri.
Lebih-lebih lagi saat menjelang hari bahagia. Mereka kurang yakin untuk tampil di majlis cinta disebabkan masalah berat badan.Terdapat banyak cara yang praktikal yang boleh diamalkan untuk mendapatkan berat badan ideal dan sempurna. Jom kita lihat 7 tip mudah untuk menurunkan berat badan khas buat lelaki menjelang hari bahagia!
1. AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Pilihlah diet makanan yang seimbang dengan kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat, makanan segera atau makanan yang diproses selain makanan berlemak dengan pengambilan yang terlalu banyak. Pilih buah-buahan yang segar dan yang paling banyak memberikan nutrisi, seperti blackcurrant atau plum, strawberry dan peach.
2. WAJIB BERSENAM
Untuk menurunkan berat badan, perkara utama yang harus dilakukan adalah bersenam secara berkala. Anda perlu lakukan senaman kerana lemak-lemak lelaki selalunya sukar untuk pecah melainkan dengan senaman secara berterusan. Antara senaman yang boleh menguruskan badan anda adalah jogging, berenang dan berjalan kaki. Untuk pecahkan lemak yang tebal, anda perlu lakukan senaman fitness dan senaman berat di gim.
3. BERHENTI MEROKOK
Tahukah anda bahawa rokok atau seumpamanya itu mengandungi bahan kimia tinggi yang akan melemahkan anda secara fizikal dan mental. Jadi, kuatkanlah semangat untuk berhenti dari terus-terusan menghisap bahan kimia demi kelangsungan hidup yang sihat dan berpanjangan. Kehidupan anda bukan sahaja semakin sihat, malah anda juga dapat menyimpan dan berjimat cermat.
4. BIARKAN PERUT BERASA LAPAR
Jika ingin kuruskan badan dengan cepat dan selamat, anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang lapar, iaitu berpuasa. Selepas anda melakukan senaman atau ketika ingin berbuka puasa, jangan makan terlalu banyak. Perut yang sentiasa lapar bermakna lemak-lemak anda sedang dibakar untuk ditukarkan kepada tenaga. Kaedah ini jika dilakukan secara konsisten dan hasilnya amat menakjubkan.
5. TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang tidak teratur dan tidak cukup membuatkan anda lesu dan boleh membuatkan berat badan anda bertambah. Dapatkan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Tidur yang cukup dapat membantu anda untuk lebih lebih rileks dan mengawal kadar metabolism tubuh anda.
6. UBAH GAYA HIDUP
Tinggalkan gaya hidup anda yang negatif kepada hidup yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Contonya, jika anda selalu bermain permainan video terlalu lama, banyak tidur atau lepak sambil menonton televisyen, segera henti dan ubah perangai buruk tersebut. Tukarkan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lebih seronok seperti menolong ibu membuat kerja-kerja rumah, menukang, berkebun, memanjat gunung atau keluar beriadah dengan berjalan – jalan di taman.
7. MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Air putih amat berguna untuk menurunkan berat badan Kerana ia tidak memiliki kalori, karbohidrat atau protein. Jadi bagi anda yang suka mengambil minuman yang berkalori tinggi seperti minuman bersoda, mocha, kopi atau teh dan air berkalori lainnya, anda dinasihatkan agar anda menggantikan air berkalori kegemaran anda tersebut dengan air putih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita pastinya menginginkan pasangan lelaki yang bertanggungjawab, jujur dan baik hati. Ini menunjukkan betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Lelaki yang baik akan sentiasa membimbing pasangannya ke arah kebaikan tanpa meminta sebarang balasan.
Namun, ada beberapa jenis sikap lelaki yang wanita takuti dan tidak sekali untuk dekati. Mungkin kerana personaliti dan tabiat mereka yang menyakitkan hati dan cukup menjengkelkan. Bagi wanita, jenis lelaki seperti ini perlu dijauhi kerana bakal membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan merimaskan.
Nak tahu apa kriteria-kriteria lelaki tersebut? Jom kita lihat!
1. TERLALU EGO DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.
2. JENIS MEMINTA-MINTA
Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita.
Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.
3. PERASAN BAGUS
Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.
4. MATA KERANJANG
Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?
5. KAKI GADUH
Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.
6. KEDEKUT
Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.
7. PEMBENCI WANITA
Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa bercinta semua dilihat indah, tetapi berlainan pula bila dah berkahwin. Apa yang disorokkan semasa bercinta sebenarnya boleh dilihat terang-terangan apabila duduk serumah. Kongsi lelaki bernama Amir Syahir ini, jadilah diri sendiri dan bukan orang lain ketika bercinta.
Kau bercinta lama-lama pun tak guna kalau berpura-pura. Ye dak? Tak hidup sebumbung lagi boleh la. Dah hidup sama nanti baru kau kenal macam mana pasangan kau. Kau berpura-pura nanti pecah juga rahsia tu.
Itu sebab masa bercinta kau jangan jadi orang lain. Jadilah diri sendiri. Kau kena ada prinsip. Jangan nak bersandiwara bagai. Tunjukkan diri kau yang sebenarnya. Realiti tentang diri dan kehidupan kau.
Tak payah nak bagi kemewahan sangat kepada makwe kau. Sayang sangat pun, kebahagiaan sejati bukan daripada wang semata-mata. Tak guna duk pinjam duit kawan-kawan semata-mata nak bagi hadiah kat makwe kau.
Kalau makwe tu tak leh terima gaji kau kecil, biarkan dia pergi. Kau tak perlu nak rasa sedih pun. Carilah perempuan yang sanggup susah senang bersama kau.
Masa bercinta tu jangan kemain janji manis. Janji nak honeymoon dekat Maldives lah, janji nak bawa naik Cruise lah. Alih-alih dah kahwin tak tunaikan. Situ dah nampak kau punya janji tak boleh pakai.
Yang perempuan tak salah kalau kau tak reti masak. Tapi akan salah kau berpura-pura kata kau power masak. Lelaki tak kisah pun, janji kau ada niat nak belajar nanti.
Itulah yang terjadi kalau kau bercinta tanpa guna akal. Bahagia sangat bercinta sampai kau tak boleh nak fikir dah. Sepatutnya kau selidik la latar belakang pasangan kau tu. Berkawan juga dengan kawan-kawan rapat dia. Barulah kau kenal perangai dia.
***
Ada lima perkara ni MESTI guna duit suami;
Makan minum.
2. Peralatan mandian.聽
3. Ubat-ubatan.
4. Pakaian baru, 2 persalinan setahun, termasuk tudung.
5. Rumah yang selesa.
***
Kaum makwe jangan pula nak mendesak bakal suami hingga di luar kemampuan dia ye. Kena bijak dan amanah jugak dalam menguruskan duit bakal suami bagi. Ini tidak, hidup baru berdua, masak serupa nak makan sekampung. Tak habis buang. Membazir je.
Jadi, jangan nak bercinta bagai nak rak sangat lah. Banyakkan membaca baru kau tahu sikit realiti kehidupan. Tambah sikit kenalan, biar skop pemikiran kau luas sikit. Ini tak, asyik fikir relationship goals je. Kah!