Sebelum pergi jauh soal perkahwinan, jom belajar cara pengiraan jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti.
Kalau ikut cara yang dikongsikan oleh Nur Aryssa, tidaklah berlaku kes pembaziran dan tiada kes makanan yang tak cukup. Jom tengok!
Langkah-langkah Pengiraan:
1. Jumlah Kad Kahwin yang Diedarkan: Ini adalah bilangan kad yang diedarkan kepada tetamu. Anggap anda akan mengedarkan sejumlah kad tertentu.
2. Kemungkinan Tetamu Membawa Teman/Anak: Dalam anggaran ini, kita andaikan bahawa setiap tetamu mungkin membawa 4 orang (termasuk diri sendiri, teman, atau anak).
Ads
3. Peratusan Tetamu yang Akan Hadir: Anggapkan peratusan tetamu yang dijemput akan hadir, contohnya 80%.
Formula Pengiraan:
Jumlah Kad Kahwin (x) Kemungkinan Pembawa (x) Peratusan yang Hadir = Jumlah Tetamu Hadir
Ads
Contoh Pengiraan:
Untuk menghitung jumlah tetamu berdasarkan 1000 pax:
Ads
1. Jumlah Kad Kahwin:400
2. Kemungkinan Pembawa:4
3. Peratusan yang Hadir:80% (0.80)
Melalui pengiraan ini, jika anda mengedarkan 400 kad, dianggarkan akan ada 1280 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan.
Haa.. dapat sesuatu? Moga majlis anda berjalan tanpa halangan dan masalah, selamat menumpuh hari bahagia dengan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wahai wanita janganlah cari lelaki yang terlalu sempurna, tetapi pilih lah lelaki yang telah bersedia untuk bertanggungjawab menjadi seorang suami. Kebahagiaan seseorang bukan terletak kepada tingginya nilai hantaran yang diberikan.
Kebahagiaan seseorang bergantung kepada pasangan masing-masing. Baiknya awak, maka in shaa allah, baiknya jugalah bakal jodoh anda. Oleh itu, jangan hanya menilai kesungguhan seorang lelaki hanya dari wang hantaran sahaja. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk menghalalkan kita.
Nak cari calon suami pastikan anda kenali ciri-ciri ini agar dia dapat melaksanakan peranannya sebagai suami sekali gus memberi kebahagiaan untuk anda.
Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam apa jua keadaan, walaupun hakikatnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda sehingga membuatkan anda rasa selamat walau di mana jua anda berada. Lelaki yang baik adalah seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.
Lelaki yang baik akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Malah dia tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai seorang wanita dalam apa jua keadaan sekalipun.
Lelaki yang baik adalah lelaki yang tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai orang yang disayanginya. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan bersama. Malah dia juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi di mana pasangan ada peluang untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
Mereka tidak angkuh dan sentiasa merendah diri. Selain itu, lelaki yang baik tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap anda dalam apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikan sejauh manakah layanan terbaik yang perlu anda terima. Inilah ciri seorang lelaki yang baik.
Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun dia elah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai.
Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.
Seorang lelaki yang baik akan mentaati kedua ibu-bapanya dan menghormati orang yang lebih tua. Sifat ini membuktikan bahawa seorang lelaki itu mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. Sekiranya dia mentaati dan menghormati ibunya, secara automatik dia akan menghormati anda sebagai wanita.
Rasa tanggungjawab yang tebal perlu ada ada dalam diri seorang lelaki yang baik dan sempurna. Pastikan dia bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang dilakukan seperti pekerjaan, tanggungjawab sebgai anak dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada mak-mak yang begitu tegar dengan kemas. Kadang-kadang, bila ada corak baru mesti nak membelinya untuk koleksi atau pun kalau dah bosan, mula tukar baru. Sesetengahnya pula, lebih selesa pakai mana yang ada. Kalu mak-mak yang sering tukar barang kemas tu, tiada masalah.
Tapi mak-mak yang hanya suka barang tu sahaja, memang 24 jam akan melekat kat tangan, kat leher atau di jari tangan, cuba perhatikan barang kemas tu. Nampak berkilat ke tidak?
Jangan Kata Bersih Masa Mandi
Masa beli barang kemas, bukan main berkilat lagi. Tapi kalu dibiarkan lama, sudah pasti daki pun hinggap terutamanya di celah-celah bentuk barang kemas tu. Setengah mak-mak fikir, bila mandi, barang kemas yang pakai itu dah bersihlah.Sebenarnya, cara mak-mak buat tu salah. Nak cuci barang kemas kena ada caranya.
Sesetengah mak, selesa menghantar barang kemas untuk dicuci di kedai. Tapi mak-mak boleh jimatkan masa dengan petua ini untuk bersihkan barang kemas di rumah.
Cara 1 Asam Jawa
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian, masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
Cara 2 Teh Cina
Ambil teh cina dan rendam semalaman. Keesokkan hari masukkan barang kemas dan sendam semalaman. Bilas dengan air bersih.
Cara 3 Ubat Gigi
Ambil air suam dan rendam selama sejam.Gunakan berus dan ubat gigi untuk membersihnya. Bilas dengan air bersih dan rendamd engan air selama satu jam lagi. Keringkan.
Cara 4 Asam Gelugur
Rendamkan barang kemas dengan air suam dan beberapa keping asam gelugur. Biarkan selama empat jam dan bilas dengan air bersih. Lepas itu, letakkan di atas kain kering.
Cara 5 Air Panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
Cara 6 Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bapa juga tidak menanggung dosa anak perempuannya. Selama ini, suami kita elok saja bergurau senda. Kalau kita merajuk, dia akan segera memeluk dan memujuk. Emosi perempuan bukannya selalu stabil, bila datang anginnya, kita pun hilang pedoman. Marah-marah dan barangkali hari itu terlebih marah.
Rupa-rupanya suami kita terasa hati. Dia diam saja tak beritahu pun yang dia terluka dengan perbuatan tak sengaja kita tu. Bukan saja suami jadi pendiam, dia juga lebih kerap belek handpone.
Kalau sebelum ni, dia balik tolong mengemas, membasuh dan layan anak, tiba-tiba selepas pergolakan kecil itu, suami tak lagi ambil peduli. Puaslah kita memikir kesalahan. Tanya pada suami, dia diam. Tak maklumkan apa yang mengubah tingkah lakunya secara tiba-tiba.
Hari pertama, kita boleh terima. Masuk hari kedua, isteri dah susah hati. Sampai hari ketiga, tak boleh jadi dah ni. Konflik suami dingin ni kena diperbetulkan sebelum jadi melarat.
Sebabnya kalau bergaduh suami isteri kena tak lebih tiga hari. Kalau hubungan saudara mara pun boleh jatuh putus silaturahim inikan pula pasangan kelamin. Jadi apa yang isteri boleh lakukan nak memecahkan konflik kebuntuan tangani suami dingin ni.
Selesaikan Dengan Hikmah!
1. Tenangkan Diri
Bila tiba-tiba suami tak ambil peduli dan beri respons pada setiap kata-kata kita, jangan terus meroyan di Facebook, WhatsApp atau kongsikan semua keresahan tu pada kawan-kawan.
Bertenang.. ambil nafas dalam-dalam fikir baik-baik. Flashback apa yang kita dah buat sampai suami jadi marah sangat.Bila dah jumpa silap kita, susun kata-kata dengan baik agar dapat dijelaskan pada suami nanti.
2. Tanya Pada suami Dengan Baik
Waktu di kamar tidur atau ketika suami sedang bersenang-senang, dekatinya dan tanyakan tentang perubahan sikapnya itu. Kalau suami belum juga memberi respons, jangan marah. Tapi terangkan apa yang anda rasa. Luahkan dengan bijak dan bukannya mendesak.
Katakan, anda dah buat cara itu suami tetap juga dengan egonya. Okay… jangan panik. Sekali lagi, jangan up status kesedihan anda itu di media sosial.
3. Bertanyakan Pula Pada Allah
Ketika dalam solat, anda sebenarnya sedang meminta pada Allah agar dirahmatiNya dan disayangiNya. Mengadulah padaNya agar dibukakan pintu kasih sayangNya. Pertama sekali, jangan diharap yang suami akan berubah, tapi haraplah agar Allah mengampuni diri anda dahulu.
Haraplah kasih sayang Allah dan rahmat dariNya. Jika doa anda dimakbulkan, Yang Maha Pengasih akan memberi jalan penyelesaian pada konflik yang anda alami.Usai solat, kawal lagi dirimu lagi, jangan kongsi konflik dengan suami di mana-mana media sosial.
4. Buka Al-Quran.. Bacalah!
Barangkali sebelum ini kita terleka. Dalam meniti bahagia yang diberikanNya kita terlupa untuk mengucapkan syukur. Mungkin, aturan pertengkaran ini memberi sedikit ruang untuk anda jadi hambaNya yang tahu mengucapkan terima kasih.
Dekatkanlah diri dengan ayat-ayat Allah. Mungkin anda akan temui jawapan diamnya suami anda itu.
5. Air mata Boleh Jadi Senjata
Luahkanlah resah hati anda pada suami untuk sekian kalinya. Jika perlu menangis, menangislah.. terangkan pada suami apa yang anda rasa, tanyakan sekali lagi apakah kesilapan yang anda telah buat. Siapa tahu, cara ini berkesan dan suami akan terangkan sebab-sebabnya.
Jika dia suami yang anda cinta, dan anda yang dia cinta, sudah tentu dia tidak sampai hati melihat air mata anda yang jatuh berguguran.
Kadangkala Suami Cuma Mahu Diam
Diamnya suami kadangkala bukannya dia marah, ada affair atau kecewa dengan anda. Cuma ada satu masa suami cuma mahu diam. Dan mungkin juga sikap suami yang mudah terasa dengan sikap isteri yang mengabaikannya.
Diam kosong yang tidak membawa apa-apa maksud. Jadi biarlah dia begitu, jangan pula anda desak untuknya berkata. Anda cuma perlu cari kembali dan bangkitkan mood suami. Sejahat manapun suami, semarah mana pun anda pada suami, ingatlah ‘Syurga Bagi Isteri Itu Terletak Di Bawah Tapak Kaki Suami’.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...