Rupanya ada cara jimat dan hasilnya comel kalau nak buat ole-ole untuk diberi kepada tetamu waktu majlis kenduri. Eh, tetapi cara ini juga bagus kalau anda nak guna untuk majlis hari lahir atau akikah, sesuai dijadikan doorgift juga!
Hanya dengan menggunakan cawan kertas, namun hasilnya memang nampak unik dan sesuai untuk bagi pada kanak-kanak.
Nak tahu langkah demi langkahnya, ikuti perkongsian detail daripada Sayyidatina Syafiyah untuk dijadikan panduan.
Jodoh di TikTok, beza 35 tahun pun tak halang suami isteri ini bersatu. Walaupun wanita yang berasal dari Kelantan ini sudah berusia 62 tahun, dia menerima jodohnya dengan lelaki bujang berumur 28 tahun dengan hati terbuka.
Menerusi perkongsian Rokiah di tiktok, pertunangan mereka berlangsung pada 6 Jun 2022 selepas mula berkenalan di media sosial pada 21 Oktober 2021. Tidak mengambil masa lama untuk mengenali hati budi, di sebalik perbezaan usia itu keduanya mengikat janji tiga bulan kemudian iaitu pada 9 September 2022 untuk disatukan sebagai suami isteri.
Selepas berkongsi di media sosial, kisah unik cinta pasangan berbeza usia 35 tahun ini meraih perhatian media kerana jarak usia di samping dirinya sudah bergelar nenek sementara suaminya, Mohammad Amin Jundail seorang lelaki bujang.
Walau dilihat agak jauh perbezaan usia umpama nenek dan cucu atau ibu dan anak tetapi pasangan ini dilihat begitu bahagia. Tambah lagi Rokiah dilihat seakan tidak makan usia meski pun sudah bergelar warga emas.
Dalam satu petikan temuramah bersama MStar, Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Adam yang berasal dari Sabah, pada awalnya dia hanya mahu berkenalan saja dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu.
“Tapi makin lama perasaan sayang semakin menebal. Dari rasa sayang hingga rindu timbul dalam diri hingga sukar untuk saya ungkapkan perasaan itu bagaimana. Tambah lagi, isteri bukanlah usahawan ternama sebaliknya hanya biasa-biasa saja. Saya percaya Allah sudah menetapkan jodoh saya bersama isteri,” katanya.
Jika sebelum ini mereka hanya berhubung melalui mesej, panggilan telefon namun pada Disember 2021 saya datang ke Semenanjung.
“Bukan terus bertemunya tapi saya cari kerja dulu sebagai tukang urut di Johor buat mengumpul duit. Tepat pada hari jadi saya, 10 Januari 2022 barulah saya bertemunya di Kelantan. Adam memaklumkan ketika mereka bertemu, isterinya itu memiliki 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit di mana anak sulungnya sendiri berusia 45 tahun.
“Tapi Allah sudah mengatur jodoh kami dan saya bersyukur di atas pertemuan ini,” katanya yang merupakan anak ke-8 dari 10 beradik berasal dari Semporna, Sabah.
Dalam pada itu, Rokiah turut mengakui walau usianya 62 tahun namun dia terasa seperti usia 40 tahun. Masih sihat, insya Allah.
Ditanya mengapa dia menerima lelaki jauh lebih muda darinya itu pada peringkat usia anak-anaknya saja, kata Rokiah, dia menerima suaminya Adam kerana dirinya baik. “Sangat bertanggungjawab dan caring.Paling penting dirinya penyabar,” katanya memaklumkan dirinya suri rumah sepenuh masa.
Dalam pada itu Adam turut memaklumkan, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya.
Allah sudah atur sebaiknya. Dia pelengkap tulang rusuk saya. Walau beza usia, kehidupan kami bahagia dan aman damai. Isteri juga caring dan pandai masak. Dia sempurna di mata saya serba serbi. Anak-anaknya juga menerima saya dengan baik. Alhamdulilah atas jodoh ini,” katanya yang memohon doa agar rumahtangganya terus bahagia.
Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya ingin menjadi seorang ibu. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengimpikan untuk memiliki cahaya mata selepas genap setahun mendirikan rumah tangga.
Luahan tersebut diungkap selebriti berusia 34 tahun itu menerusi perkongsian Instagram sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pertamanya bersama suami, Farhan Norzaini.
Dalam perkongsian istimewa tersebut, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz itu berkata, usia setahun perkahwinan yang dibina bersama suami merupakan fasa mereka mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.
Berikut coretan penuh Zulin di Instagramnya:
20 February 2023 Happy 1st anniversary Baby Here’s to many more years Of Love and togetherness
Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang Mengenali satu sama lain. Menerima kurang lebih setiap dari kita. Memahami,terbiasa . Bawa ke tahun2 seterusnya Makin lama makin cinta Kita sederhana tapi bahagia Syukur ya Allah . I love you husband @farhannorzaini Till jannah
Jika tak keberatan, Doakan semoga kami dikurniakan Zuriat. Semoga doa2 kita diperkenankan,amin ya rab
Luahan sayu pelakon yang juga bekas penyampai radio Suria FM itu mengundang komen peminat apabila rata-ratanya memberi sokongan agar doanya dimakbulkan kelak.
Sebelum ini, Zulin pernah meluahkan rasa berang sehingga hilang sabar dengan sikap netizen yang terus-menerus mendesak dirinya berhubung soal zuriat.
Pelakon itu sekitar hujung September tahun lalu mendedahkan dia sebenarnya baru sahaja mengalami keguguran sebulan sebelum itu (Ogos).
Untuk info, Zulin mendirikan rumah tangga bersama Farhan yang juga rakan kongsi perniagaannya dengan sekali lafaz pada 20 Februri tahun lalu selepas dua tahun perkenalan.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...