Makin ramai pula yang pilih berkahwin di Thailand, biasanya ini jalan pintas bagi yang nak kahwin lebih dari satu.
Terbaru, tersebar pula gambar menunjukkan seorang pempengaruh terkenal, Aliff Teega bernikah lagi satu di Thailand pada 21 November 2023.
Gambar itu mula tersebar di aplikasi X dan TikTok sehingga menyebabkan ramai mempersoalkan tindakan pempengaruh itu.
Ads
Melihat dari gambar yang tersebar, ada nama pasangan terbabit iaitu Mohd Hazalif dan isterinya Fatin Umaidah.
Ads
Namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan bagi mengesahkan pernikahannya di Thailand. Bagaimanapun, dia hanya mengesahkan dirinya sudahpun menikah lagi satu sebelum ini di Instagram.
Apa yang jelas, Aisyah meminta netizen untuk tidak bercakap buruk soal suaminya dan isteri kedua. Katanya, dia reda dengan ujian perkahwinan yang dilaluinya hari ini.
Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, moga ada jalan terbaik dan dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
What’s On Tap merupakan sebuah Kafe kopi unik yang berbeza daripada pesaingnya menawarkan pengalaman lengkap bagi para peminat kopi di luar sana.
Bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis kopi, malahan pengalaman berada dalam sebuah kafe berrekaan dalaman menarik pastinya membuatkan aroma dan hirupan kopi anda menjadi lebih indah dan lazat
Dengan warna putih terang dan hiasan dalaman yang minimal, kedai tersebut direka untuk pelanggan yang gemar mengamati proses penyediaan secawan kopi atau mereka yang menjalani gaya hidup pantas, yang mahu menikmati kopi harian mereka dengan cepat dan konsisten.
Tersedia pada bahagian kaunter adalah beberapa mesin espresso Modbar yang berwarna putih berkilat, yang bertindak sebagai tarikan utama para pengunjung. Dengan memastikan kestabilan prestasi dan suhu, susun atur tersebut turut menyingkirkan jurang antara pelanggan dan barista dengan memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara terus apa yang berlaku di sebalik kaunter.
What’s On Tap diketengahkan dalam konsep kafe kopi moden dengan rekaan minimal dan mesin penyediaan yang berciri futuristik. Menerusinya, Eric dengan semangatnya yang berkobar-kobar komited untuk menjadi perintis kepada sebuah gaya kafe kopi serba baharu yang mengetengahkan bukan sahaja minuman kopi, malahan pengalamannya yang menyeluruh.
Apa yang pasti, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam What’s On Tap, pastinya lima deria pelanggan akan mampu merasai setiap perasaan ini – bau kopi dipanggang, melihat mesin dan seni hiasan dalaman, mendengar bunyi setiap aktiviti dalam sebuah kedai kopi, merasai keenakan kopi yang disediakan serta menyentuh secawan kopi yang digemari.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai What’s On Tap, ikuti kafe ini di Intagram; @whatsontap.kl dan Facebook; @whatsontap.kl. What’s On Tap yang bertempat di tingkat bawah Plaza Mon’t Kiara beroperasi pada:-
Isnin to Jumaat 8 a.m. to 7 p.m.
Sabtu 8 a.m. to 6 p.m.
Ahad & Cuti Umum 9 a.m. to 6 p.m.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau badan isteri dah berubah bentuk selepas melahirkan zuriat, tetaplah hargai dan sayanginya seperti awal perkahwinan.
Perubahan ini adalah biasa apabila seseorang selesai melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan. Jadi suami kena banyak bagi semangat pada golongan isteri.
Mungkin ada suami yang boleh terima tetapi yang sebaliknya, boleh ubah pandangan untuk lebih menhargai pengorbanan isteri lahirkan anak.
Berbincang soal ini, baru-baru ini pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat mereka bertarung nyawa melahirkan cahaya mata.
Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, kaum hawa merupakan golongan terhebat.
“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat.
“Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.
“Kita pandang dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita juga,” katanya menerusi satu video dalam TikTok.
Berkongsi pengalaman, bapa kepada dua putera itu sempat menceritakan momen berharga ketika menyaksikan sendiri proses kelahiran kedua-dua permata hatinya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.
“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.
“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,” ujarnya panjang lebar.
Tinjauan menerusi ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen senada dengan PU Riz selain menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita bertuah kerana memiliki suami yang matang dan memahami.
Sekadar info, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua putera iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada siapa yang tahu siapakah jodohnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui dan berhak menentukannya. Perkahwinan menurut Islam adalah misteri kehidupan selain kematian, nasib dan rezeki.
Jodoh bukanlah pilihan, tetapi takdir yang telah tercatat dengan jelas dalam Lauhul Mahfudz. Jodoh setiap orang sememangnya telah ditetapkan Allah. Bagaimanapun, kita juga dituntut untuk berusaha untuk menjemput jodoh.
Dalam perihal mencari jodoh, ada perkara yang perlu kita peka. Mungkin si dia bukan jodoh kita.
1) Dia dah kawin dengan orang lain – tak payahlah kau doa dia cerai supaya kau boleh kawin dengan dia – itu mindset semak samun.
2) Dia dah tinggalkan kau untuk orang lain – tak payahlah nak sibuk fight back, buang masa. Sedekah jer lah.
3) Kau rajin tanya khabar dia, dia tak pernah tanya khabar kau – mundur jer lah kalau kes camni kes bodoh – cari orang yang sibuk tanya khabar kau tu baru jodoh.
4) Kau jatuh cinta pada makhluk media sosial, sebab cinta tak valid sampai kau jumpa dia. Selagi belum jumpa hati kau nak sangat kat dia maksudnya santan jiwang kau pekat sangat. Kurangkan dengar lagu Melayu mendayu, nanti kau feeling lebih padahal single.
Banyakkan baca al-Quran.
5) Kalau dia hansem sangat, ingat kau mungkin hodoh, carilah selevel yang sama-sama hodoh – supaya bahagia sampai gigi sama-sama luruh.
6) Jika dia datang bila hanya ada keperluan, belanja makan sebab nak ajak kau join bisnes MLM, contact jika hanya ada keperluan, call hanya bila ada kesusahan, datang pada kau kerana nampak kau ada kelebihan, orang macam ni akan pergi bila nampak kekurangan kau.
Perlu diingati dan difahami bahawa tanda-tanda si dia adalah jodoh ialah Allah mudahkan taaruf korang untuk ke jalan nikah, bukan couple.
Couple adalah jalan yang paling mudah untuk hati patah. Taaruf untuk nikah.
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...