
Yis segera atau ada yang menggelarnya mauri-pan adalah bahan utama untuk menyediakan adunan ketika membuat roti, apam, donut, pau dan menu lain juga. Yis ini diperlukan untuk menjadikan adunan yang diuli itu mengembang dengan sempurna sebelum boleh dimasak.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang pasti akan terkena bila adunan yang dibancuh tidak mengembang atau saiznya tidak menjandi ganda dari saiz biasa walhal sudah menggunakan 1 paket yis. Pelik dan hairan itu lah yang bermain diminda jika ini terjadi. Tetapi apa yang anda tidak tahu, ada sesuatu yang terjadi dengan yis yang anda beli itu. Perkongsian oleh Nurul Zainal melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) mengenai yis ini boleh dijadikan info.
BRAND SAMA, PACKAGING BERBEZA

Jika sekali pandang anda tidak dapat mencari bezanya, tetapi itulah hakikatnya. Dua packet yis segera ini ada perbezaannya yang anda sendiri pun tidak sangka.

Brand yang sama, packaging yang berbeza. Perhatikan yang dalam petak merah tu, yang itu saya beli 2 paket dan dua-dua tu bila campur air suam dia jadi macam yis mati. Tarikh expired pun tak ada.

Yang satu lagi tu dalam petak biru, nampak packing lebih kemas dan ada expired date. Bila campur dengan air suam, elok kejadian dan naik berbuih macam biasa.
Mungkin ni salah satu punca yis selalu tak naik elok yang kita tak perasan. Share dari pengalaman saya sendiri. Maaf kalau saya silap. Mana tahu ada yang lebih arif, boleh bagi pencerahan apa perbezaan antara mauripan ni.
Sumber : Nurul Zahid
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip Pilih Kasut Kahwin, Pengantin Akan Nampak Anggun Dan Tak Terpelecok

Sebelum majlis bersanding, anda patut tahu tip pilih kasut kahwin untuk kelihatan anggun dan selesa sepanjang hari bahagia.
Memang tidak lengkap penampilan pengantin perempuan tanpa kasut tumit tinggi tetapi kalau salah pilih, kaki akan sakit dan silap gaya boleh terpelecok waktu majlis berlangsung.
Jadi pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting agar anda tidak berasa sakit bahkan tampak menyerlah apabila dipadankan dengan busana kahwin memukau.
Ada Tiga Jenis Kaki

Umumnya, manusia memiliki tiga jenis kaki iaitu normal ‘foot’, tapak kaki rata (pronator) dan tapak kaki lengkungan tinggi (underpronator).
Ketiga-tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan berbeza untuk menjejak, menapak dan berjalan.
Menerusi mStar Online, Pengarah Operasi Areethan Malaysia, Daphne Lee, ada berkongsi beberapa tip pemilihan sepatu perkahwinan khusus buat bakal pengantin agar tampil anggun dan yang penting tidak malu besar gara-gara terpelecok.
Menurut Daphne, kasut jenis tumit tinggi merupakan suatu kemestian buat setiap bakal ratu sehari dalam menaikkan lagi seri dan penampilan seseorang untuk dipadankan dengan busana perkahwinan.
Kasut jenis ‘pointy’ dan ‘peep toe’ antara yang paling sesuai untuk digayakan oleh si ratu sehari.
Pilih Kasut Ikut Ketinggian

Jika bakal pengantin perempuan seorang yang bertubuh rendah manakala pasangannya seorang yang tinggi lampai, mereka sebaiknya memakai kasut berketinggian sekurang-kurangnya empat inci.
“Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.”
Sebagai contoh, jika kasut yang dipilih adalah empat atau lima inci, bermakna platformnya haruslah berketebalan dua inci.
Pilihan Kasut Bagi Bertubuh Gempal

Bagi wanita yang bertubuh gempal, kasut jenis half open peep toe mampu memberi ilusi kaki yang lebih kecil dan panjang.
Sesetengah wanita memiliki kaki jenis besar. Antara kasut yang harus dielakkan adalah jenis sling backs kerana sepatu jenis ini akan lebih menonjolkan pergelangan kaki anda.
Kasut jenis pointy high heels juga harus dielakkan kerana kasut jenis ini tidak sesuai untuk menampung berat badan dan akan membuatkan kaki anda berasa sakit.
Sebaiknya pilih kasut dari material tulle lace dan jenis half open peep toe agar kaki anda kelihatan lebih tinggi, runcing dan kurus.
Beli Jenama Dan Kualiti Terbaik

Bercakap soal kualiti, perkara yang difikirkan semestinya mengenai rekaan dan meterial yang digunakan.
Fabrik seperti plastik misalnya tidak sesuai dipakai untuk tempoh jangka masa lama kerana mampu membuatkan kaki anda cepat berpeluh, berasa sakit dan melecet.
“Sekiranya anda ingin membeli sepatu untuk dipakai ketika perkahwinan, belilah sesuatu yang berkualiti.
“Jangan sesekali beli kasut yang tidak berkualiti hanya kerana harganya yang lebih murah.
“Fabrik yang diperbuat daripada calf leather (kulit lembu) pada dalam bahagian kasut sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari,” kata Daphne.
Rona Ideal Kasut Kahwin

Selain jenis kasut, warna juga memainkan peranan yang sangat penting dan perlu anda titik beratkan.
Rona-rona seperti putih, silver, beige atau keemasan merupakan pilihan ideal untuk digayakan ketika majlis pernikahan mahupun pernikahan mahupun resepsi.
Bagaimanapun awas, kasut berwarna hitam tidak sesuai dan perlu anda elakkan!
Daphne yang mengusahakan perniagaan kasut bersama dua lagi kakaknya iaitu Sherena Lee, 34, dan Michelle Lee, 38, sempat berkongsi tip mengenai pemilihan fabrik dan perincian yang susuai untuk si ratu sehari!
Sesuai dengan status ratu sehari, Daphne berkata fabrik kasut dari jenis satin mampu menyuntik elemen mewah dan elegan.
Fabrik Dan Perincian

Material Pun Mainkan Peranan
Kasut yang mempunyai material jenis brocade atau perincian kristal dan swaroski mampu menaikkan aura glamor.
Jika anda inginkan sesuatu yang sweet & romantic, fabrik jenis satin silk ditambah perincian seperti bow dan floral mampu menonjolkan sifat feminin si ratu sehari.
Untuk sesuatu yang simple anda boleh memilih fabrik jenis satin silk dipadankan dengan kerongsang.
Jika inginkan kelainan namun simple, boleh mencuba jenis rekaan lipatan atau drape ini.
Kasut jenis ini juga sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung.
Busana untuk material tulle pula sesuai digayakan dengan kasut daripada fabrik jenis french lace dan french beads.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami Dalam Bahaya Bila Buat Bodoh Semasa Isteri Merajuk Atau Cemburu

Cemburu biar bertempat. Tahukah anda, cemburu jika tidak dibendung boleh membawa kepada masalah jiwa! Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi untuk lelaki, suami yang berhadapan dengan isteri kuat cemburu.

- Tegur Dengan Suara ‘Macho’
- Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan. Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.

- Penjelasan Hanya Sekali
- Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.

- Kenang Momen Indah
- Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.

- Selalu Yakinkan Pasangan
- Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan bagitahu bahawa anda adalah miliknya selama-lama. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia yakin dengan anda.

- Wanita hanya inginkan perhatian
- Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikaikan perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kahwin Dengan Anak No 2, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain. Mereka juga dikatakan berbeza dan penuh misteri, betul ke?
Oleh kerana anak kedua merupakan anak tengah, jadi secara tidak langsung ia akan bersikap terbuka dan berlapang dada dalam banyak hal. Mungkin juga ini adalah antara fakta yang menarik mengenai anak kedua.

1. Terasing
Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.
2. Suka berkawan
Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.
Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab…dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.
3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan
Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjayang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.
Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.
4. Paling Berbeza
Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.
5. Masalah hubungan
Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.
Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam banyak perkara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

