Dua hari lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Inilah masa untuk kita meningkatkan lagi amal ibadah kita kerana pintu syurga pada waktu ini dibuka seluas-luasnya. Jadi, buatlah amal kebaikan dan pahala sebanyak yang mungkin.

Sebelum berpuasa, anda digalakkan untuk bersahur kerana ia merupakan perkara sunat. Isilah perut anda sedikit walau dengan sebiji kurma. Memandangkan Ramadan bakal tiba, kami ingin kongsikan 13 perkara yang boleh anda lakukan bermula azan Subuh sehinggalah sebelum anda bangkit daripada tikar sejadah.

Perkongsian ini meraih 24.4K Retweets dan dikongsi oleh pemilik akaun, @tufairies. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

IKLAN

Selesai Bersahur, Ini Antara Perkara Yang Boleh Dilakukan Sebaik Sahaja Azan Subuh

IKLAN
  • Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
  • Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith].
  • Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang
  • daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].
  • Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
  • Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
  • Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.
  • Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.
  • Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.
  • Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.
  • Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.
  • Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
  • Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].
  • Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.

Selesai Bersahur, Ini Antara Perkara Yang Boleh Dilakukan Sebaik Sahaja Azan Subuh

NOTA!

  • Amalkan ketika berseorangan.
  • Amalkan juga ketika bersama keluarga.
  • Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.

Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.

IKLAN

Sumber: Twitter @tufairies

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI