Micellar Water adalah salah satu produk pembersih yang pertama. Teknologi micellar dalam pembersih boleh mengikat minyak dan menanggalkan kotoran atau sisa solekan secara menyeluruh.
Sangat mudah untuk digunakan, hanya tuangkan pada bebola kapas dan kemudian sapukan perlahan-lahan pada muka anda. Hah, anda yang bakal jadi pasangan orang tu, eloklah jaga muka sebelum jadi ‘ratu’ sehari ya! Barulah berseri semula jadi.
Cegah Jerawat Guna Micellar Water, Bakal Pengantin Boleh Jadikan Rutin!
Tapi nampaknya salah guna micellar water menyebabkan jerawat. Jadi bagaimana anda menggunakan air micellar yang betul?Jom, baca petua ini tentang cara memastikan kulit anda bersih dan bebas jerawat!
1. Gunakan Untuk Buang Solekan
Tidak menanggalkan solekan anda selepas seharian memakai solekan boleh menyebabkan jerawat. Jadi jaga kebersihan muka. Jika anda menggunakan air micellar, gunakan air micellar sebagai langkah pembersihan pertama dan kemudian teruskan untuk mencuci muka anda.
Ads
Jika anda menggunakan air micellar sebagai pembersih dan tidak mencuci muka, anda berisiko mendapat jerawat pada kulit anda. Jadi pastikan anda meneruskan proses pembersihan berganda anda!
Sudah tentu, sebelum membeli apa-apa produk penjagaan kulit, anda harus terlebih dahulu menyemak komposisi, termasuk air micellar. Walaupun berasaskan air, tidak semua jenama mempunyai produk micellar dengan bahan yang sama. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, pastikan bahan dalam micellar water boleh digunakan oleh mereka yang berkulit berjerawat. Sebagai petua, jika anda tidak pasti, cari air micellar yang dibuat khusus untuk kulit berjerawat agar lebih selamat.
Ads
3. Usap Gunakan Kapas Yang Lembut
Salah satu punca jerawat adalah kulit yang merengsa akibat menggosok secara berlebihan. Oleh itu, apabila menggunakan air micellar, jangan lupa juga menggunakan bola kapas lembut dan sapu perlahan-lahan pada muka anda. Jika anda menggunakan bola kapas yang boleh digunakan semula, pastikan ia bersih untuk mengelakkan masalah kulit.
4. Wajib Digunakan Apabila Guna Sunscreen
Tak pakai makeup, tak rasa perlu cuci dua kali dan guna micellar water? Jangan salah faham Hijabi, kena selalu cuci dua kali untuk memastikan kulit bersih dan sihat. Sesetengah produk penjagaan kulit tidak boleh dikeluarkan hanya dengan mencuci muka, dan pelindung matahari adalah salah satu daripadanya. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan air micellar pilihan anda sebelum mencuci muka.
Ads
5. Gunakan Toner Selepas Double Cleansing
Adakah anda bimbang bahawa menggunakan pembersih berganda akan memberikan anda kulit kering? Yakinlah, air micellar kini menggunakan teknologi terkenal yang mengurangkan risiko kulit kering.
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh membersihkan muka anda dalam satu langkah. Teruskan mencuci muka anda dengan gel muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan kemudian gunakan toner pelembap untuk memastikan kulit anda terhidrat.
Keperibadiannya sebagai seorang isteri dan ibu benar-benar memberi inspirasi. Keistimewaan itu menjadikan Anzalna Nasir diangkat sebagai ‘muse’ ideal untuk koleksi Flora Nostalgia Raya, pusat beli belah terkemuka, Isetan.
Sebagai salah seorang ikon fesyen, kepelbagaian pilihan fesyen Anzalna Nasir jelas menunjukkan keyakinan dan elegan. Sama ada berada di permaidani merah mahupun ketika ibu jelita ini meluangkan masa bersama keluarga, Anzalna punya daya tarikan yang tersendiri.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kempen Raya Isetan. Tema serta koleksi Flora Nostalgia Raya adalah cantik dan mempesonakan. Saya teruja untuk berkongsi minat saya dalam fesyen dan gaya peribadi saya dengan orang ramai.
“Isetan telah melakukan kerja yang luar biasa menghimpunkan beberapa jenama terbaik di Malaysia. Saya teruja untuk melihat reaksi pelanggan Isetan terhadap koleksi ini,” kata Anzalna.
Diinspirasikan corak bunga-bungaan tekstil Melayu tradisional yang rencam, sentuhan moden pada reka bentuk fesyen klasik koleksi terbaru Isetan Kuala Lumpur membawa anda kembali ke masa lalu.
Berlangsung dari 17 Mac hingga 27 April 2023, koleksi ini menampilkan reka bentuk fesyen eksklusif daripada 25 jenama terkenal Malaysia seperti Tom Abang Saufi, Naelofar, Mimpikita, Rico Rinaldi, Kapten Batik, Variante dan lain-lain.
Buat wanita di luar sana yang suka berfesyen macam Anzalna, berikut beberapa gaya yang boleh dijadikan inspirasi.
Daripada baju kurung yang mempesonakan sehinggalah seleksi pakaian gaya moden, setiap helaian mempamerkan kreativiti dan kepintaran jenama dalam menggabungkan tradisi dan kemodenan, menepati semangat raya dengan sempurna.
Ini pula pilihan gaya moden
Raikan kebersamaan di hari raya dengan penuh bergaya dengan ‘Flora Nostalgia Raya.’ Keindahan raya masa lalu dan masa kini dihayati, sambil dibantu oleh Anzalna sebagai sumber inspirasi fesyen dan gaya.
Beli koleksi di Isetan Kuala Lumpur dengan promosi menarik tersedia untuk masa terhad dan pelanggan berpeluang menyertai peraduan untuk berbuka puasa bersama Anzalna. Pelanggan juga boleh memiliki mangkuk tingkat edisi khas percuma menggunakan kod promo koleksi ‘muse’.
Bagi pelanggan yang lebih gemar membeli-belah mengikut keselesaan mereka atau mempunyai akses terhad ke kedai fizikal Isetan Kuala Lumpur, koleksi Flora Nostalgia Raya juga boleh didapati di Isetan KL Online Store dan Lazada untuk rekaan baju tertentu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ramai wanita berdikari buat semua perkara, malah sampai satu tahap mampu memiliki sesuatu dengan kudratnya sendiri. Serba boleh, senang cerita.
Bak kata Puan Marlini Ramlee, wanita berdikari nampak ‘sado’. Dan kalau tengok daripada luaran wanita berdikari ini kuat, penuh semangat, boleh harungi apa saja, multitask macam semua benda dia serba tahu tapi percayalah dia cuma “terpaksa” sembunyikan kelemahan dalam diri.
Wanita Berdikari Sukar Cari ‘Super Hero’
Terlalu banyak mata memandang, maka ramai lah yang menilai dirinya dari segi luaran. Wanita berdikari yang “terpaksa” buat keputusan dari perlbagai segi, seperti perkara remeh ‘mahu makan di mana?’ subjek yang nampak mudah tapi topik yang boleh bawa gaduh walaupun bergelar suami isteri.
Banyak lagi perkara yang wanita berdikari “terpaksa” lakukan seperti bekerja tanpa mengeluh dan kalau boleh buat 2 ke 3 kerja extra untuk dapatkan pendapatan yang cukup buat keluarganya.
Ini antara pengorbanan terbesar yang perlu dia lakukan. Dia “terpaksa” menjadi seorang serba tahu kerana dia perlu selesaikan sendiri banyak perkara hatta dalam rumah atau di tempat kerja.
Punca Lambat Kahwin
Antara dilema paling besar bagi wanita berdikari ialah mencari teman hidup, betapa susahnya mencari yang sesuai kerana dia sudah terbiasa berdikari.
Dia perlu pecahkan tembok yang menutupi kelemahan diri untuk memberi peluang pada ‘sang lelaki’ menjadi SUPER HERO dalam hidupnya.
Cumanya untuk step up menjadi SUPER HERO itu juga bukan mudah kerana lelaki itu perlu jadi ‘alpha male’ yang serba serbi lebih baik dari wanita yg berdikari.
Maka wanita tadi dilabelkan MEMILIH sebabnya dia belum jumpa lagi SUPER HERO itu yang boleh mendampinginya.
Mungkin selepas luahan ini lebih susah untuk wanita berdikari itu mendapat teman hidup sebab ‘sang lelaki’ takut untuk jadi SUPER HERO yang sememangnya susah. Macam dalam movie “with great power comes great responsibility”.
Jadi pada siapa yang tahu mendalami maksudnya, maka itu lah SUPER HERO yang dicari dan dinantikan.
Nota: Ini hanya pendapat peribadi dan tidak mewakili semua wanita berdikari di luar sana. Pada wanita yang bersetuju maka kita dalam “wavelength” yang sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fouziah Gous tak pernah periksa phone suaminya, Zhafran Md Yusof dek kerana nak menjalani kehidupan tenang tanpa memikirkan perkara remeh mahu pun menyimpan prasangka terhadap teman hidup sendiri yang disifatkan boleh merosakkan hubungan.
Fouziah Gous Tak Pernah Periksa Phone
Menerusi satu portal hiburan Fouziah berkata, “Saya takkan periksa telefon Zhafran sebab saya bukan jenis isteri yang penyibuk, selain sangat menjaga privasi orang walaupun terhadap suami sendiri.
“Saya hidup dengan rasa percaya dan fikiran tenang. Saya tahu suami sentiasa ada apabila diperlukan, tunaikan tanggungjawab, manakala saya juga lakukan amanah sebagai seorang isteri.
“Apa lagi yang saya mahu? Saya takkan cari masalah, tambahan pula sejak berkahwin 10 tahun lalu, kami sentiasa bersama saat susah senang,” katanya lagi.
Baiki Kelemahan Masing-masing
Situasi rumah tangga segelintir teman seangkatan yang hancur di tengah jalan tidak membuatkan kepercayaan Fouziah, 38, goyah sebaliknya dia dan suami saling memperbaiki kelemahan.
“Saya selesa bekerja dengan suami, tiada masalah kerana kami profesional serta memahami tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan urusan kerja dan rumah tangga.
“Sebagai ibu, isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Zhafou Global selaku pengeluar FG Walet, masa saya padat, namun di rumah saya tetap laksanakan tugas dan tanggung jawab.
“Suami pun sangat bertimbang rasa, bantu apa yang patut ketika di rumah tetapi walaupun kita ‘kepala’ di tempat kerja jangan terbawa-bawa ego.
“Saya selalu ingatkan diri supaya buang ego terutama dalam rumah tangga sebab ada sebilangan wanita yang terlupa perkara ini sehingga jadi dominan,” ujarnya.
Itulah sepatutnya yang berlalu dalam rumah tangga, saling percaya dan tidak terlalu negatif fikir tentang perkara yang tidak pernah berlaku. Insya-Allah akan bahagia sampai hujung nyawa.