5 CIRI LELAKI BAIK DAMBAAN WANITA

Checklist Nak Pilih Bakal Suami, Bukan Tengok Rupa Dan Badan Sado Sahaja
.

#1-Lelaki Baik adalah Mereka yang Cukup Solat 5 Waktu

Mencari calon suami untuk bernikah, teras utama yang dipandang adalah pada solat 5 waktunya.

WAJIB !
Cukup Solat 5 Waktu Setiap Hari.
Solat adalah penghubung cinta Allah kepada hambaNya.

Apabila si dia dapat menjaga hubungannya dengan Allah, maka hubungan sesama manusia juga akan terpelihara.

Dari Anas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang menunaikan solat dalam waktunya dengan sempurna, berwudhu’ dengan sempurna, qiam, khusyuk, rukuk dan sujudnya dilakukan dengan sempurna maka solatnya akan naik dalam keadaan putih berseri-seri dan berkata: “Semoga Allah memelihara kamu sebagaimana kamu memeilhara aku.”

Lalu, sebagai wanita tiada perkara yang kamu dapat takutkan apabila Allah telah memelihara dirinya. Allah memelihara dirinya dari kemudaratan, kemaksiatan dan kelelahan. Bahkan jarak hubungan sama ada jauh atau dekat tidak akan tergugat setelah meletakkan rasa percaya kepada Allah untuk melindunginya.

Lelaki yang baik ada dalam himpunan solat berjemaah.

Jika dia seorang imam, maka terserlah kewibawaannya sebagai ketua. Tidak kurang juga hebat jika dia merupakan salah seorang makmum dalam saf solat berjemaah. Bermula sebagai makmum dapat mendidik diri menjadi pengikut yang setia, menurut arahan dan menghormati ketua.

#2-Lelaki Baik Sudi Belajar dengan al-Quran

Sudi belajar bermaksud atas kerelaan lelaki baik ini mahu mempelajari dan mendalami al-Quran. Kerana bahasa al-Quran mengandungi kiasan, gesaan, larangan dan suruhan. Dan jika tiada minat mahu mempelajari bersungguh-sungguh, dikhuatiri akan lelah di tengah jalan.

IKLAN

Dalam konteks lelaki baik yang dibincangkan, sudah cukup jika dia dapat paham tuntutan untuk belajar dan mengamalkan isi al-Quran. Ilmu dalam kitab al-Quran tidak sama dengan kitab-kitab agama lain. Ilmu dalam al-Quran adalah kalam Allah, kepunyaannya yang Maha Besar, lagi Maha Berkuasa. Allahuakbar…

Tidak dapat memiliki suara yang merdu untuk bertaranum, tidak mengapa. Cukup dengan hanya menjaga bacaan bersama tajwid yang betul supaya sedap menjadi halwa telinga pendengar.

Sesudah berkahwin, lelaki yang baik ini yang diharapkan menjadi guru mengaji kepada bakal anak-anak mereka nanti. Tugas lelaki baik ini akan menyampaikan cerita teladan dari al-Quran sebagai pedoman, menerangkan hukum-hakam berdasarkan fakta yang jelas dari al-Quran. Insha Allah…

Keikhlasan dari hati harus hadir bersama jasad yang rela untuk belajar dengan al-Quran. Akhirnya nanti, al-Quran yang akan menjadi peneman bersama di alam kubur.

Checklist Nak Pilih Bakal Suami, Bukan Tengok Rupa Dan Badan Sado Sahaja
.

#3-Lelaki Baik Tidak Segan Menghadiri Majlis Ilmu

Menuntut ilmu sepanjang hayat.

Menghadiri majlis ilmu bermakna mereka bersedia menghadapi realiti kehidupan sekarang. Kerana dalam majlis ilmu terdapat penceritaan, perbincangan, soal jawab kemusykilan yang tidak hanya cukup melalui pembacaan buku ilmiah sahaja.

IKLAN

Sedia maklum sebagai manusia hati kita mudah berubah-ubah, salah faham tapi malu bertanya. Di majlis ilmulah penceramah akan memberikan peringatan dan nasihat pada diri yang lalai dan lupa.

Kadang-kadang,peringatan tersebut diulang berkali-kali dalam beberapa waktu yang terdekat. Jangan menjadi sombong, ambil dan fahami lagi peringatan tersebut sebab kita tidak tahu bila mana ujian akan datang menyapa, melemahkan diri kita.

Ruang terbuka buat lelaki baik ini apabila suka hadir ke majlis ilmu. Ruang terbuka bagi mereka untuk berjumpa dengan guru agama, berdamping dengan orang soleh sambil-sambil itu boleh merujuk tentang pemasalahan seperti keliru untuk memilih suri hati hidup.
Majlis ilmu tidak membosankan. Kebiasaannya topik-topik dalam majlis ilmu melibatkan isu semasa seperti hikmah musibah, isu melibatkan sensitiviti pasangan dan banyak lagi isu menarik yang dibahaskan dalam majlis ilmu.

#4-Lelaki Baik Menjaga Tutur Kata Mereka

Lelaki terkenal dengan gayanya memikat wanita dengan kata-kata manis, bernada lembut, memuji dan memujuk. Kalau mereka mendekati wanita, pasti cairlah hati wanita tersebut..kalau tidak dapat mencairkan hati wanita pun, sekurang-kurangnya mereka telah dapat menyentuh emosi dalaman wanita tersebut. Semulajadi sifat wanita yang mahu disayangi dan dimanjakan.

Itu kata-kata manis. Cuba pula lihat situasi apabila lelaki baik ini dalam keadaan emosi tidak stabil, tertekan dan sedang marah. Ya, dengarkan kata-kata yang keluar dari mulut mereka.

Adakah percakapan mereka masih baik?

IKLAN

Normal jika ada terdengar sedikit rungutan, keluhan dan kebimbangan dari mulut mereka. Anggap segala keluhan itu normal kerana itu reaksi spontan yang akan terkeluar apabila kita berhadapan konflik.

Tapi sesuatu yang tidak normal jika percakapan mereka ditambah dengan kata-kata kesat, berbaur lucah, menghina atau dalam bentuk makian.
Tidak enak untuk telinga yang mendengar perkataan keji tersebut dan tentulah selepas mendengar akan berbekas terus didalam hati. Kotor hati kita nanti.

Lelaki yang baik menjaga percakapan mereka. Sekalipun mereka sedang marah, kata-kata yang keluar masih berhemah dan tidak keterlaluan.

#5-Lelaki Baik Mengutamakan Hubungan Kekeluargaan

Fasa Pertama

Sebelum berkahwin, perhatikan cara layanan lelaki baik ini terhadap ibu, bapa, adik-beradik dan saudara-maranya.

Fasa Kedua

Semasa mahu berkahwin, adakah dia datang menemui ibubapa anda? Jika dia seorang lelaki yang baik, dia akan mendahulukan menemui ibubapa anda untuk meminta izin.

Fasa Ketiga

Selepas berkahwin, lihat pergaulan dan perlakuan dia bersama keluarga mertua. Layanan yang diberikan antara keluarga dia dan anda adakah berbeza sama sekali.

Jika lelaki baik ini lepas tiap satu fasa dengan berjaya, tidak perlu risau lagi wahai wanita. Kerana bersama dengan dia, kamu tidak akan kehilangan keluarga kamu, malah kehadiran dia telah menambah warna-warni kehidupan kamu. Wahai wanita, bersama dengan keluarga mertua juga kamu tidak akan terasing. Kerana lelaki baik ini bijak memainkan peranan dan tidak meninggalkan anda terkontang-kanting.

Tiada jaminan lelaki baik akan terus baik. Tetapi jika permulaan niat untuk berkahwin adalah baik, mendapat pasangan yang juga baik, insha Allah Allah akan memelihara ikatan yang terbina dengan kasih sayangNya. Sama-sama kita doakan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI