Kalau dah namanya jodoh, orang yang kita tak pernah sangka pun boleh jadi teman hidup. Walaupun hanya berselisih bahu, sekadar teman sekerja atau duduk bersebelahan di dalam bas, mungkin nama mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz.

 

Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.

 

Cinta Cikgu & Anak Murid Berakhir di Jenjang Pelamin. JARAK Usia Bukan Penghalang Kasih Sayang!

 

Nor Izza Erma dan Mohamad Ammar yang menjalankan perniagaan perunding majlis mula berkenalan ketika Izza mengajar di sebuah SMK Raja Tun Uda sekitar tahun 2009 – 2010.

 

“Ketika itu saya mengajar kelas tingkatan tiga dan empat dan suami pula merupakan pelajar tingkatan tiga. Pada awalnya saya hanyalah seorang guru yang diminati anak murid (suami). Tak pernah sekalipun Ammar mengaku dia menyukai saya dan saya sendiri langsung tidak tahu yang dia sukakan saya. Sehinggalah pada satu hari saya bertukar ke sekolah lain.

 

Rupa-rupanya ‘kehilangan’ saya itu membuatkan Ammar mula mencari-cari. Akhirnya pada tahun 2016, suami dapat cari saya di Facebook, itupun sebab nak ucapkan selamat hari guru,” tulis Irma

 

Selepas ‘bertemu’ di media sosial, masing-masing hanya sekadar berbalas komen. Irma sendiri tidak mengharapkan apa-apa yang serius kerana sudahpun mempunyai keluarga sendiri.

IKLAN

 

“Nak dijadikan cerita, pada suatu hari suami check di media sosial saya dan mulai perasan saya sudah berpisah dengan suami. Kami pun mula chatting sejak tahun 2019. Itupun kerana Ammar menawarkan saya peluang menjadi model permotoran (saya juga merupakan seorang model sambilan). Selepas 10 tahun, itulah kali pertama kami berjumpa kembali untuk berbincang mengenai job modelling. Selepas beberapa bulan chatting di Instagram, Ammar buat pengakuan yang dia sukakan saya.

 

Tapi bukan senang untuk saya menerimanya kerana saya mempunyai anak. Saya serahkan segala keputusan kepada keluarga. Tipulah jika saya katakan saya tak serik dengan hubungan yang serius selepas berpisah dulu. Yang membuatkan saya lebih takut, Ammar jauh lebih muda daripada saya, 11 tahun! Bila keluarga kata, beri peluang untuk bahagiakan diri sendiri, barulah saya mula cuba terima Ammar. Itupun selepas dia berjumpa keluarga saya.

 

Dari situ saya mula rasakan ada bibit cinta padanya. Dia berani berjumpa keluarga saya dan beritahu pada keluarga saya yang dia menyayangi saya. Kejujuran dan keyakinan itulah yang membuatkan saya mula jatuh hati!” kata Irma.

 

Momen paling awkward?

IKLAN

 

Awal berjumpa jadi anak murid dan sekarang jadi suami pula. Rasa pelik tak?

 

Of course! Tapi kadang-kadang je sebab Ammar jenis yang matang. Susah nak nampak perangai kebudak-budakan tu. Cuba bila student saya adalah akwan-kawan Ammar dan apabila berjumpa dengan kawan-kawan cikgu dan student saya. Lagi rasa awkward bila berdating tu, terserempak dengan dengan student saya dan apabila kawan-kawan Ammar paggil saya cikgu.

 

Tapi disebabkan kami dah lama kenal, rasa seronok tu datang bila kami saling memahami. Banyak benda yang Ammar dh tahu pasal saya. Itu pun banyak menjimatkan tempoh perkenalan dan sangat selesa.

 

Sepanjang kami berkawan, saya memang tak expose hubungan kami di media sosial. Tak ramai yang tahu mengenai hubungan saya kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat. Ada juga anak-anak murid yang rapat dengan saya tahu dan rata-ratanya memberi kata semangat.

IKLAN

 

Kawan-kawan Ammar ada yang mesej saya dan memuji Ammar budak baik dan pendiam. Mereka suka kami berkawan. Paling penting, keluarga saya menerima Ammar dengan baik.”

 

 

 

Tip hormat pasangan lebih muda:

 

  1. Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah keran asaya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
  2.  Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
  3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
  4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
  5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
  6. Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suamu walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
  7. Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.

 

“Nak mencari jodoh, perbanyakkan doa, jaga niat dan usaha semampunya untuk lakukan yang terbaik. Percayalah Allah akan mencukupkan semuanya. Suami menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya sebagai isteri ketika kali pertama dia berjumpa dengan keluarga saya. Masa tu kami baru berkawan selama tiga bulan.

 

“Saya kalau boleh tak nak bercinta lama sangat. Saya nak terus kahwin dengan dia” Itulah kata-katanya.  Saya pegang kata-kata ini; “You don’t need a perfect relationship, all you need is someone who loves your weirdness, want to spend time with you, love and respect you.”

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI