Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Pesona Pengantin kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Cinta Tidak Mengenal Usia

Cinta Tidak Mengenal Usia

Cinta itu buta! Benarkah cinta itu buta? Atau pemilik cinta itu yang buta dalam percintaan? Saat bercinta adalah satu perkara yang teragung dalam kehidupan yang memiliki rasa cinta itu. Siapa yang tidak menginginkan diri ini di sayangi dan di cintai. Pastinya setiap hari berbunga-bunga dengan senyuman tanpa disedari. Ada yang alpa dalam tanggungjawab tatkala asyik diulik rasa cinta yang tiada kesudahannya. Usah membinasakan diri mahupun membuang masa dengan gaya hidup kurang sihat dengan semata-mata mengejar erti cinta.

Cinta adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap umatnya. Ia juga tidak mengalakkan umatnya hanyut di dalam rasa cinta yang diberikan. Apa yang dikatakan dengan cinta pandangan pertama? Dengan detik pertama pertemuan hati sudah mula berdegup kencang, inilah yang dikatakan dari mata turun kehati. Dalam perasaan sebegini siapa yang pernah alaminya. Pasti indah bukan. Jika saat itu anda telah jatuh cinta pada seseorang dengan hanya senyumannya ataupun gerak gerinya, pastinya usia, raut wajah dan sebagainya tidak menjadi pesoalan saat itu. Perasaan dan nikmat indah itu hanya hadir pada saat anda bertemu dengan si dia.

Tatkala memilih pasangan yang lebih tua ada kelebihannya, pastinya dia adalah orang yang akan lebih bertolak ansur dengan anda yang lebih muda jauh daripadanya, dan dia juga akan lebih menyanyangi kamu dan melayan kerenah anda yang seakan-akan anak kecil itu.

IKLAN

Manakala jika anda memilih pasangan yang lebih muda daripada anda atau seusia anda ia akan menyuntik rasa selesa tatkala bersama kerana anda akan mempunyai idea yang tidak jauh beza dan juga kadang kala anda yang perlu bertolak ansur dengan pasangan anda. Wanita lebih cepat matang berbanding dengan lelaki yang agak lambat matang dalam percaturan kehidupan. Tidak kiralah tua atau muda jika itu sudah menjadi pilihan dan jodoh anda, sayangi pasangan anda dengan sebaik mungkin. Jika saat bercinta segalanya indah dan manis. Bak kata orang ‘kentut pun wangi masa bercinta’, tetapi bila dah berkahwin dan memulakan kehidupan bersama macam-macam perkara yang keluar.

IKLAN

Jika perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga, cuba selesaikan dengan baik. Berbincang adalah satu perkara penting yang pertlu diambil berat oleh semua pasangan. Elakkan perasaan ego yang terlampau di dalam alam berumah tangga ini mengudang kerumitan untuk hidup bersama bersama pasangan. Jadikan sesuatu yang berlaku itu satu hikmah atau pengajaran untuk kita semua matang dan mengenali lebih rapat dengan pasangan masing-masing.

IKLAN

Barulah harmoni rumah tangga dan berkekalan sehingga jannah! Ungkapkan kata-kata manis setiap kali bertentang mata. Hnagatkan suasana seperti mana pernah anda lalui saat bercinta dahulu agar pasangan anda masih kuat melekat pada aura cinta anda.

Kredit Foto: Pinterest

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI