Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya.
Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah, merudum jika isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang atau dibenci oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.
Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka, kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka dan kecintaan di antara sesama umat Islam. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah.
Oleh itu, orang-orang yang beriman boleh mencintai sesuatu atau seseorang selain Allah dalam jumlah yang tidak terhad. Akan tetapi cinta itu adalah kerana Allah semata, bertambah atau berkurang kerana Allah dan tidak sekali-kali menandingi cinta mereka kepada Allah.
IKLAN
Bagaimana Hendak Mencintai Allah?
Cinta ialah keterpautan hati kepada seseorang kerana kebaikan orang tersebut. Lebih baik orang itu, lebih kuat pautan hati kepadanya. Lawan kepada cinta ialah benci, iaitu penolakan hati seseorang kerana kejahatan orang tersebut.
IKLAN
Lebih jahat orang itu, lebih kuat tolakan hati terhadapnya. Seolah-olah hati memiliki sepasang tangan yang dapat memaut dan menolak.
Apa jua kebaikan orang lain, tidak ada tandingannya jika dibanding dengan kebaikan Allah. Allah memberikan kita kehidupan ini, nikmat Islam, rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi yang tidak mampu kita hitung.
IKLAN
Sekali sekala Allah menguji kita dengan kesusahan, bukan bererti Allah membenci kita tetapi menyayangi kita dan ingin memberikan peringatan kepada kita serta menarik kita agar lebih rapat kepada-Nya.
Oleh itu apabila seorang muslim ingin mencintai Allah, hendaklah dia memikirkan sekian banyak kebaikan Allah kepadanya. Hendaklah dia berfikir dan merenung secara jujur dan berhati-hati terhadap kecenderungan manusia untuk lebih mudah melihat kejahatan daripada kebaikan.
Artikel ini diterbitkan untuk majalah Pesona Pengantin dan disediakan oleh Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah, merupakan seorang juruterbang Malaysia Airlines dan beliau sangat meminati penulisan ilmiah berkaitan agama.
Suatu perkongsian yang baik untuk semua, panduan bagi mengejar sebuah gelaran sebagai ISTERI SOLEHAH..
Agar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan semoga ianya bermanfaat buat semua.. Di doakan semoga kita tergolong di kalangan mereka yang beruntung ini.. InsyaAllah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda
“Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.
Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”
2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan mesra merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab:59)
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di sekeliling kita, memang akan anda di antara kawan-kawan dan saudara mara sebaya kita yang masih bujang. Dan mereka biasanya sering menjadi ‘bahan’ atau isu untuk dibincangkan kenapa mereka tidak berumahtangga lagi.
Tetapi, bagi anda yang masih single, jangan rasa down ya. Memang kita tak boleh tutup mulut orang tapi kita boleh menggembirakan hati kita dan pujuk hati untuk tidak ‘banjir’ dengan keadaan kita. Ini antara kelebihan wanita/lelaki single yang anda perlu tahu.
Kesenangan keluarga
Bila hidup kita tidak terikat dengan komitmen hubungan, kita boleh berkongsi kesenangan bersama keluarga. Utamakan ibu dan ayah serta adik-beradik. Inilah masanya untuk berbakti kepada mereka.
Berikan tumpuan kepada ahli keluarga terdekat sebelum orang lain. Penuhi impian mereka dan anda akan rasa puas hati kerana sejak dari kecil, ahli keluarga terutamanya mak ayahlah yang banyak berkorban untuk anda.
Boleh menabung dan melabur secara konsisten
Bila kita kurang komitmen, kita boleh mula berjinak-jinak dengan pelaburan. Baik pelaburan saham atau emas, kedua-duanya memberi pulangan yang lumayan. Kita banyak masa untuk melihat paten saham dan belajar ilmu pelaburan di luar daripada pakar-pakar.
Di samping itu, anda pun boleh menabung lebih banyak. Masa single inilah duit tabungan boleh berganda-ganda. Bila dah jumpa jodoh yang sesuai, boleh terus menikah je. Tak perlu fikir mana nak cari duit buat hantaran dan majlis kahwin. Sekurang-kurangnya simpanan untuk lepas kahwin pun dah boleh standby.
Menjimatkan wang
Bayangkan duit yang terpaksa anda keluarkan untuk keluar dengan pasangan. Duit makan, minyak, tengok wayang dan aktiviti lain lagi.
Tak perlu keluar duit untuk memujuk
Kekasih merajuk? Kalau pujuk rayu tak berhasil, terpaksa pula beli hadiah untuk pujuk mereka. Kalau single, tak perlulah nak memujuk dengan hadiah!
Bebas hutang
Kebanyakkan orang memiliki kad kredit. Bila mudah sangat swipe sana sini, akhirnya kita akan dibebani dengan hutang. Kita akan rasakaya apabila semua benda yang ingin dibeli boleh menggunakan kad kredit. Lebih ‘sakit’, bila hutang pembelian itu dibayar secara ansuran setiap bulan.
Tahukah anda, pembayaran ansuran setiap bulan itu hanya cover duit faedah sahaja? Itu belum termasuk lagi harga barangan yang anda beli. Kan membazir tu!
Tak perlu ikut trend
Bila tak ada kekasih, tak perlu nak fashionable sangat. Tak payah beli baju ikut trend atau shopping setiap bulan. Cukuplah dengan koleksi baju yang kemas dan bersih.
Banyak waktu terluang
Inilah ‘me time’ anda. Buat apa yang anda minat. Teruskan dengan hobi yang anda suka tanpa ada orang yang menyekat. Asalkan ia berfaedah, why not!
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Tanggungjawab seorang suami bukan hanya menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan isteri tetapi termasuklah juga membahagiakan jiwa seorang isteri. Rumah tangga yang dikemudikan oleh seorang suami yang baik akan menjadikan kehidupan hidup sebagai suami isteri lebih bahagia.
Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Fetrah Abu Samah berkongsi tentang satu momen yang sempat dirakamnya ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Pengorbanan seorang suami.
Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki/lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.
Pengorbanan seorang suami yang begitu menyentuh hati. Tidak kira ketika sihat mahupun sakit, seorang suami yang bertanggungjawab akan sentiasa memudahkan urusan isterinya termasuklah dalam soal amal ibadah.
Moga kisah ini menjadi contoh untuk semua di luar sana. Perkara yang baik elok kita terapkan dalam kehidupan harian.