Orang dulu memang ramai yang kahwin awal. Tidak percaya? Cuba tanya ibu bapa anda. Kebanyakannya memang ramai yang sudah mendirikan rumah tangga seawal usia 20-an lagi!

Namun begitu, trend ini sudah berubah mengikut peredaran zaman…

Orang sekarang tidak mahu kahwin awal?
Menurut Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), purata umur ingin berkahwin bagi masyarakat di negara kita sudah semakin lewat.

Bagi lelaki, purata umur lelaki ingin berkahwin adalah 32 tahun manakala wanita pula adalah 30 tahun!

Statistik ini sahaja sudah cukup untuk memberikan bayangan bahawa individu masa kini sudah tidak mahu kahwin awal. Ini ekoran daripada kos sara hidup yang kian meningkat sekarang.

Bayangkan sahaja, jika seorang lelaki yang bergaji bawah RM3,000 masih dikategorikan sebagai miskin bandar. Jadi, bagaimana untuk menampung keluarga pula?

IKLAN

Tanda anda dah sedia untuk kahwin awal!

Dah Boleh Kahwin Dah Ni, Apa Tanda-Tanda Anda Memang Bersedia Nak Kahwin

Pun begitu, tidak salah untuk pasangan muda itu berkahwin awal asalkan sudah bersedia dari segenap aspek.

Jadi, bagaimana untuk tahu bahawa anda sudah bersedia atau belum untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta?

#1. Anda sudah bosan dengan hidup bujang
Kehidupan orang single memang sangat menarik, bukan? Kita boleh berkenalan dengan ramai orang tidak kira untuk tujuan profesional, romantik atau sekadar suka-suka.

IKLAN

Pun begitu, ada waktu untuk anda berhenti bersosial seperti ini. Jika ia sudah berlaku kepada anda walaupun pada usia muda, ia mungkin tanda anda sudah bersedia berkahwin lebih awal.

#2. Anda sudah boleh menyelesaikan konflik
Perkahwinan adalah ibarat pelayaran kapal dengan anda sebagai suami sebagai nakhoda. Si isteri pula, umpama kelasi yang membantu dalam memastikan pelancaran perjalanan kapal.

Jika anda sudah boleh menyelesaikan konflik yang mungkin berlaku seawal usia 20-an lagi, ia mungkin tanda anda sudah bersedia untuk berkahwin.

Dah Boleh Kahwin Dah Ni, Apa Tanda-Tanda Anda Memang Bersedia Nak Kahwin

#3. Anda dan pasangan berkongsi pandangan yang sama
Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu berkongsi pandangan yang sama. Sebagai contoh, mereka perlu sebulat suara dalam menentukan lokasi rumah, jumlah anak dan lain-lain.

IKLAN

Jika anda sudah berjumpa insan yang berkongsi pandangan yang sama seawal usia lagi, apa yang mahu ditunggu bukan?

#4. Anda dan pasangan sudah mempunyai tabungan yang cukup
Duit bukan segalanya tetapi semuanya memerlukan duit, termasuklah perkahwinan. Sebagaimana yang kita tahu, belanja kahwin memang mahal.

Jadi, jika anda dan pasangan sudah cukup tabungan, tidak salah untuk mendirikan rumah tangga lebih awal. Cuma, jangan terlalu membazir ya? Pentingkan juga simpanan untuk masa hadapan.

Konklusinya, tidak salah untuk kahwin awal
Kesimpulannya, tidak salah untuk anda mencontohi ibu bapa anda dan berkahwin pada usia awal 20-an. Cuma, pastikan anda dan pasangan telah benar-benar bersedia jiwa dan raga dalam menempuh setiap dugaan perkahwinan yang bakal tiba. Dalam pada itu, pastikan juga tabungan anda betul-betul mencukupi!

SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
OLEH :
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI