Bukan main seronok lagi bila tiba saat nak kahwin. Ada bakal suami siap praktis beberapa kali cara nak akad nikah. Debarannya bukan main-main. Tapi lepas selesai akad nikah, suami sebenarnya pegang satu tugas. Bila sudah bernikah, isteri boleh mula slow talk dengan suami.
Satu perkongsian dari Fadzli Aziz boleh buat pasangan suami isteri berfikir lebih deep.
Nikah ni bukan perkara main-main dan suka-suka.
Tapi perpindahan tanggungjawab yang berlaku atas persetujuan yang dilafazkan sewaktu akad.
Apabila suami menyatakan ”aku terima nikahnya” bermakna segala yang berlaku kepada isteri adalah di bawah tanggungjawabnya.
Tanggungjawab seorang suami
Tanggungjawab mendidik, menjaga, memelihara, menafkah serta membahagiakan tidak lagi ada pada orang tuanya.
Tetapi sepenuhnya pada seorang suami.
Sebab itu ciri penting seorang suami adalah bertanggungjawab.
Bertanggungjawab walaupun sedang marah.
Bertanggungjawab walaupun sedang bergaduh.
Bertanggungjawab walaupun ada masalah.
Bertanggungjawab walaupun tak bersetuju.
Bertanggungjawab walaupun tertekan
Bahkan bertanggungjawab walaupun dah berpisah.
Suami perlu peka dengan keadaan isteri. Sesibuk mana pun suami, janganlah abaikan kesihatan mental dan fizikal isteri. Nak buat macam mana?
“Maka penting untuk seorang suami untuk tanya “sayang ok ke?” apabila nampak isterinya jadi diam dan sugul.
Maka penting untuk seorang suami tanya “sayang suka ni?” pada seorang isteri tentang kesukaannya.
Maka penting untuk seorang suami tanya “ada apa-apa yang boleh abang tolong” kepada isteri supaya meringan bebanannya.
Maka penting untuk seorang suami nyatakan “ ada masalah ke? Cuba cerita kat abang” tanda suami sedia mendengar segala luahan isterinya.
Ini kerana tanggungjawab suami bukan hanya sekadar memenuhi keperluan fizikalnya (asas), tetapi keperluan emosinya (kasih sayang, cinta, perhatian dll) dalam rumahtangga.
Menggembirakan pasangan agar isteri dapat banyak emosi yang positif dalam rumahtangga. Apabila isteri bahagia, maka mereka juga tidak berkira untuk taat pada suaminya.
Begitu juga pada isteri. Ketaatan juga telah beralih daripada ibubapa kepada suami.
Maka penting untuk seorang isteri bertanya “abang nak makan apa?” kepada seorang suami tanda ambil berat makan minumnya.
Maka penting untuk seorang isteri tanya “abg boleh saya keluar” kepada suami tentang setiap pergerakan isteri.
Maka penting untuk seorang isteri bertanya “ abang suka sayang buat yang ini” kepada seorang suami adakah suami suka dan redha akan setiap pilihannya.
Tanggungjawab memimpin dan tanggungjawab mentaati ni kalau dimainkan oleh kedua-dua pihak, insyaAllah rumahtangga akan jadi harmoni.
Tapi apabila tanggungjawab diabaikan walaupun sayang, suatu masa nanti perasaan juga akan pudar dimamah masa.
Kerana tiada lagi nikmat dalam rumahtangga. Hanya tinggal bebanan dan tekanan.
Wallahuaalam
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI