Hubungan

“Dalam Perselisihan Antara Suami & Isteri Tidak Ada Istilah Kalah Atau Menang..”

Share

Punca yang memisahkan sepasang suami isteri iaitu imaginasi yang disampaikan syaitan kepada salah seorangnya untuk membenci pasangan. (Ibnu Kathir).

Maka…
Ketika suami-isteri bertelagah, syaitan membisikkan input jahat kepada salah seorang atau kedua-dua mereka untuk terus bersengketa dan akhirnya berpisah.

Justeru…
wajib disedari bahawa banyak ketika dan keadaan, kata-kata dan tindakan yang menyakitkan ‘bukan’ daripada pasangan kita tetapi hakikatnya hasutan syaitan.

Akhlak isteri adalah bayangan suami dan begitulah sebaliknya. Fahami dan hayatilah itu… insyaAllah kita akan berlapang dada atas kelemahan dan kesalahan pasangan kita.

Dalam perselisihan antara suami dan isteri tidak ada istilah kalah atau menang, hanya ada kalah-kalah atau menang-menang.

Suami isteri adalah satu… dua hati, satu rasa.

IKLAN