Cantik pula tengok hasil deko berasaskan kayu dalam ruang rumah, untung ya kalau dapat suami kreatif dalam menghias tempat kediaman. Tak perlu upah orang atau beli yang sudah siap.
Menerusi perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman macam melihat katalog Ikea, boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Ruang Rumah Deko Berasaskan Kayu, DIY Sendiri
Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan dan diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh.
Haaa… kalau tengok, memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Jadi kalau anda ada bakat dalam DIY perabot dan susun atur, boleh lah cedok ini untuk hias rumah sempena raya tahun ini!
Sumber: Akmalaily Akman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Kemas Rumah Jadi Bersih, Ini Ikut Nasihat Seorang Emak
Ini cara kemas rumah jadi bersih teratur walau ruang tak besar, semuanya daripada didikan seorang pada anak-anaknya.
Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.
Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.
Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.
Cara Kemas Rumah, Ikut Nasihat Seorang Emak
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:
Sapu sampah luar dan dalam rumah
Kemas tempat tidur
Pastikan setiap bilik kemas
Sidai kain
Siram pokok bunga mak
Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.
Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.
2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.
5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.
Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap, ”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.
Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”
Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Sumber: Facebook Anis Syuhada
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ilham Dekorasi Candy Buffet Yang Boleh Bakal Pengantin Buat
Idea untuk mewujudkan meja pemanis mulut ini sebenarnya mampu menjadikan majlis lebih meriah, apatah lagi jika dipenuhi dengan pelbagai makanan yang membangkitkan selera. Bukan hanya majlis sambutan ulang tahun, anda juga boleh mengadakan meja pemanis mulut untuk majlis perkahwinan.
Pilih satu tema yang menarik agar semua hidangan yang bersesuaian boleh anda wujudkan contohnya pilihan tartlet, macaroon, kek dan manisan yang lain. Pastikan penggunaan warna dan motif yang ditampilkan di meja pemanis mulut bertepatan dengan tema majlis perkahwinan anda. Selain itu pilihan pinggan, dekorasi, alas meja juga backdrop turut melengkapi tema yang dipilih.
Oleh itu jom lihat inspirasi meja pemanis mulut yang bakal pengantin boleh cetuskan di majlis perkahwinan anda nanti.
Tip perlu tahu:
- Idea meja pemanis merupakan meja yang dihias cantik dan di atasnya diletakkan pelbagai gula-gula, coklat, kek dan sebagainya.
- Ia tampil menarik mengikut warna tema majlis perkahwinan iaitu dari segi pemilihan warna lapik meja, reben juga pemanis yang menghiasi meja.
- Meja pemanis sering menjadi tumpuan sebagai pilihan kepada tetamu untuk menikmati makanan yang manis dan ringan.
- Jangan takut menggabungkan warna. Pilih warna apapun yang anda suka kemudian gabungkan untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Saksikan Ahad ini Pesona Pengantin jam 7 malam di Astro Prima & Maya HD segalanya tentang cake dan candy buffet.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kitchen Island Harga Bajet, Wanita Ini Buat Sendiri Tapi Hasilnya Kemas!
Ramai mengimpikan kitchen island moden, namun kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk memendam perasaan dan melupakan hasrat itu sebab pakai kos tinggi.
Kalau kreatif dan rajin, ubah suai boleh dilakukan sendiri sekali gus meminimakan kos yang diperlukan.
Kitchen Island Harga Bajet, Wanita Ini Buat Sendiri Tapi Hasilnya Kemas!
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, Ainee Kamarul membina kitchen island sediri sahaja dengan bajet yang rendah. Jom tengok bahan apa yang anda perlukan kalau nak tiru idea ini.
Bahan-bahan:
1. Rak 8 kotak bersaiz 77x147cm
2. Kaki 3 set
3. Table top bersaiz 246×3.8cm
4. Gam silikon
5. Wallpaper
Cara pemasangan:
1. Rak tersebut diletakkan dalam posisi melentang.
2. Pasangkan kaki di kiri, kanan dan bahagian tengah pada rak tadi.
3. Kemudian letakkan table top di bahagian atas rak menggunakan gam silikon.
4. Untuk bahagian depan pula, tampalkan wallpaper supaya dapat menutup bukaan rak tadi.
5. Boleh tambahkan kotak mengikut saiz bukaan pada rak berkenaan supaya kelihatan lebih tersusun rapi. Pun begitu, anda boleh sahaja menggantikannya dengan apa-apa bahan yang sesuai seperti raga.
Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan tampak mewah, penggunaan warna adalah sangat penting.
Disebabkan itu, ramai yang memilih menggunakan satu warna sahaja pada kitchen island dan kebanyakannya menggunakan warna hitam mahupun putih sahaja.
Wallpaper yang digunakan juga tidak sarat dengan corak sekali gus membuatkan ruangan tersebut kelihatan simple, menarik dan kemas. Nanti cubalah DIY sendiri, ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI