‘Dating’ Selama 20 Tahun, Lelaki Usia 99 Tahun Akhirnya Berkahwin Dengan Teman Wanita Usia 40 Tahun

Share

Seorang warga emas berusia 99 tahun telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanitanya yang berusia 40 tahun pada 14 Januari lalu. Dengan jarak usia 59 tahun, pasangan ini tiada masalah untuk menyesuaikan diri.

Pengantin lelaki, Johana Maritim Butuk yang berasal dari negara Kenya itu dikatakan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk mengahwini Jemeli.

Menyentuh tentang detik perkenalan, pasangan ini pertama kali berjumpa di pasar. Umpama cinta pandang pertama, pertemuan mereka membawa kepada satu hubungan cinta.

Pasangan ini bercinta selama 20 tahun. Pada Disember 2022, Butuk melamar Jemeli untuk menjadi isterinya. Meskipun jarak usia mereka sebanyak 59 tahun namun ianya bukanlah penghalang bagi Butuk dan Jemeli untuk mengecapi kebahagiaan.

Sumber: Twitter Kenyans.co.ke

 

IKLAN