Rupa-rupnya persahabatan sejak zaman muda membawa ke sebuah ikatan kekeluargaan pula di antara Dato’ Dr Mashitah Ibrahim dan selebriti popular era 80-an, Datin Suliza Salam.  Mana tidaknya,  anak lelaki Dato Dr Mashitah Ibrahim, Muhammad Wafi bin Abdul Shakor selamat melangsungkan pernikahan dengan puteri kedua Datin Suliza Salam iaitu Nur Falahi Zainal pada tanggal 21.05.21 yang lalu. Secara kebetulan, tarikh nikah jatuh hari Jumaat pada bulan Syawal tahun lalu. Walaupun pernikahan telah dilangsungkan tahun lalu, permulaan tahun 2022 menyaksikan majlis resepsi pasangan ini dapat dilangsungkan dalam suasana pematuhan SOP yang ketat.

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza SalamMajlis pernikahan  telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri kaum keluarga terdekat kedua belah pihak. Syukur Alhamdulillah, penyatuan dua jiwa ini selamat dilaksanakan walaupun negara masih bergelut memerangi wabak Covid-19. Majlis akad nikah pasangan ini telah berlangsung di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak.

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza Salam

Pada majlis akad nikah, pihak pengantin lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang dari pihak pengantin perempuan. Lebih istimewa, gubahan hantaran mendapat sentuhan kreatif penuh kasih sayang dari ibu pengantin perempuan yang mengetengahkan konsep bunga-bungaan segar sebagai tema utama hantaran untuk majlis pernikahan anakanda tersayang. Sentuhan penuh kasih sayang direalisasikan oleh si ibu untuk memori dan kenangan pernikahan anak-anak tersayang!

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza Salam

IKLAN

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza Salam

Pasangan mempelai tampil menawan dengan baju nikah hasil rekaan @iam_inderaloka manakala set barangan kemas dari @habibjewelsofficial . Manakala Falahi tampil anggun hasil solekan jurusolek yang tidak asing lagi iaitu @ynasakinah. Ketika ditanya mengenai detik perkenalan mereka,Falahi yang mesra di sapa Fal ramah menjawab pertanyaan penulis ketika ditemui di majlis resepsinya baru-baru ini.

“Dulu mama dgn Dato’ Mashitah best friend. Ketika itu, Fal dan Wafi masih kecil lagi. Apabila Dato Mashitah memperlahankan karier politiknya, hubungan demgan mama sedikit renggang dan terputus hubungan. Beberapa tahun kemudian, secara kebetulan Wafi terjumpa mama di sebuah majlis dan bermula dari detik itu, kami mula berhubung. So dekat situ dah mula rapat. Kami sempat bekerjasama dalam kerjaya right before pandemic. Cinta pun berputik dan kami decided untuk melangsungkan perkahwinan dan sedang membina empayar bersama, Insyaallah,” ujar Falahi mengimbas memori.

IKLAN

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza Salam
Meskipun mengambil masa hampir 8 bulan sebelum mengadakan majlis resepsi berikutan kekangan pandemik, ia merupakan detik yang manis untuk dikenang oleh pasangan ini. Sehubungan dengan itu, pada tanggal 1 Januari 2022 yang lalu, Meskipun mengadakan majlis resepsi dengan jumlah tetamu yang terhad dan pematuhan SOP yang ketat, namun jelas tergambar wajah penuh kebahagiaan di riak wajah pasangan pengantin yang diraikan oleh beberapa tetamu kehormat serta saudara mara dan sahabat handai keluarga.

Memilih konsep Arabian Night sebagai tema utama majlis resepsi,. Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim meraikan majlis persandingan satu-satunya anak lelaki mereka.

IKLAN

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza SalamDi antara tetamu VIP yang memeriahkan majlis persandingan Muhammad Wafi dan Nur Falahi termasuklah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rostam, serta isteri, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamadbin Haji Hassan serta isteri serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas, Datuk Mastura binti Tan Sri Mohd Yazid. Antara kelibat selebriti yang turut kelihatan memeriahkan majlis perssndingan pasangan ini ialah Ismail Izzani yang juga merupakan adik bongsu Nur Falahi serta penyanyi Nabila Razali serta Mawar Karim.

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza Salam
.

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza SalamSebagai tuan rumah, Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim turut menitipkan beberapa pesanan istimewa buat kedua mempelai agar melayari bahtera perkahwinan dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Datuk Abdul Shakor bin Abu Bakar dan Dato’ Dr Mashitah binti Ibrahim yang menerima kehadiran satu-satunya menantu perempuan di dalam keluarga besar mereka.

Dato’ Dr Mashitah Ibrahim Terima Menantu Perempuan, Kini Berbesan Dengan Datin Suliza SalamFalahi anggun mengenakan busana dari Azura Couture manakala setiap ahli keluarga Dato’ Dr Mashitah Ibrahim anggun mengenakan warna sedondon meraikan para tetamu. Khabarnya majlis resepsi pihak keluarga pengantin perempuan juga bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Selamat melayari bahtera rumahtangga buat Muhammad Wafi dan Nur Falahi. Semoga rumah tangga yang dibina dipenuhi rahmat kasih sayang yang berpanjangan, InsyaAllah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI