Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa mengakui pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas 15 tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.
Namun sehingga kini Rossa, 45, masih belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Datuk Seri Rossa Pernah Rasa Nak Kahwin
“Ada (terfikir untuk berkahwin semula). Cuma saya belum jumpa orang yang sesuai. Saya tidak mahu gagal lagi,” katanya.
Rossa berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara Curhat Bang yang disiarkan di YouTube Denny Sumargo pada Isnin.
Ads
Ditanya hubungannya dengan Afgan, Rossa memberitahu mereka lebih selesa berkawan rapat rapat.
Namun mengakui pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga bersama.
“Pada mulanya, saya dan Afgan berkawan. Cuma lama-kelamaan kami menjadi rapat. Nak kata bercinta itu tidaklah, tapi kami berkawan rapat.
Ads
“Kami tidak pernah terfikir… ‘baiklah, mari kahwin sahaja.’ Mungkin ada kalanya kami mempunyai pemikiran itu, tetapi kami tidak ke arah sana,” jelasnya.
Anak Tidak Campur Tangan
Sementara itu, anak Rossa iaitu Rizky memberitahu dia tidak pernah masuk campur urusan ibunya mahu mencari teman hidup.
Ads
Malah, dia tumpang gembira jika Rossa menemui kebahagian sendiri.
“Ia bukan urusan saya, tetapi apa sahaja yang menggembirakan dia akan menggembirakan saya,” katanya.
Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Yoyo Padi pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
Nu Ideaktiv, selaku rakan penghasil kandungan, melalui applikasi SeeNI yang melahirkan program bual bicara ‘Borak SeeNI’ mengambil 17 kandungan digital Nu Ideaktiv yang sesuai dengan format program bual bicara untuk menyampaikan maklumat meliputi semua aspek kehidupan.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juga penyanyi popular Maudy Ayunda mengejutkan dunia hiburan Indonesia dan serantau selepas melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis sederhana di kediamannya di Jakarta baru-baru ini. Difahamkan, pelantun lagu Cinta Datang Terlambat itu telah selamat disatukan bersama pilihan hatinya, seorang jejaka berdarah Korea bernama Jesse Jiseok Choi.
Selebriti yang menerima gelaran ‘beauty with brain’ itu menamatkan zaman solo pada usia 27 tahun. Khabar mengenai pernikahan selebriti yang membintangi filem Habibie & Ainun ini mula menjadi buah mulut peminat apabila dia berkongsi beberapa foto suasana sekitar majlis perkahwinan dalam Instagram miliknya.
Malah kad undangan majlis pernikahan Maudy bersama Jesse turut tular dalam media sosial apabila dikongsi sendiri pengarah dan juga produser terknal, Mira Lesmana, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa wanita itu telah pun sah bergelar seorang isteri.
“Semoga selamat untuk Maudy dan Jesse. Kalian adalah pasangan yang sama cantik dan serasi. Aku menangis di hari bahagia kamu berdua,” tulis Mira.
Dalam Instagram, bintang filem Habibie & Ainun itu turut berkongsi penampilannya berbusana pengantin rona putih dan dilengkapi selendang panjang menutupi sanggulnya.Penampilan Maudy ternyata begitu anggun dalam busana tradisional. Malah Maudy merupakan antara selebriti yang sering menggayakan busana tradisional antaranya termasuklah ketika menghadiri majlis konvokesyennya di Amerika Syarikat tahun lalu.
Maudy sebelum ini pernah berkongsi dengan pihak media pendiriannya yang tidak begitu selesa untuk berkongsi perihal peribadinya untuk tatapan umum. Bahkan wanita itu juga tidak pernah mendedahkan ada mana-mana lelaki yang menjadi kekasihnya selama ini sehinggalah kedua-duanya selamat bergelar suami isteri, semalam.
Difahamkan, Jesse dibesarkan di Amerika Syarikat (AS) dan telah menetap lama di Indonesia. Kedua-duanya berkenalan ketika sama-sama melanjutkan pengajian di Universiti Standford, AS sejak beberapa tahun lalu.
Maudy menerima mahar menggunakan matawang USD sesuai dengan tanggal pernikahan iaitu US$ 22.522 atau Rp 330,2 juta, Maudy dan Jesse mengadakan majlis akad nikah di kediaman peribadi Maudy di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan pada pukul 09:00 WIB.
Pada majlis akad nikah, Maudy mengenakan persalinan Vera Anggraini Label Vera Kebaya sering menjadi pilihan selebriti Indonesia sehinggalah golongan kenamaan seperti putri Presiden Republik Indonesia, Kahiyang Ayu untuk majlis perkahwinan atau keraian negara. Manakala Mamie Hardo yang terkenal sebagai Traditional Bridal Beautician menatarias rambut Maudy mengikut gaya tradisi Jawa yang elegan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sampai seru untuk tukar status, pelakon lelaki, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.
Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telah pun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Namun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.
Nampak serasi dan sesuai jadi pasangan hidup, Atiq dan Alia berkongsi kisah perkenalan sebelum jadi tunangan.
Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.
Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.
“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.
“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggung jawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.
“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.
Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...