
Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Siti Fairuz kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan seorang usahawan, Syed Mohamed Syed Ismail, 72. Selepas enam bulan perkenalan, penyanyi lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu itu memilih peminat setianya sebagai pasangan hidup.
Pasangan itu disatukan di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang, pada 18 Mac baru-baru ini. Siti Fairuz berkata, dia dan suami memilih Ramadan untuk diijab kabulkan kerana ingin mengambil keberkatan bulan mulia itu.
“Hubungan kami bermula sebagai penyanyi dan peminat. Namun selepas mengenal hati budi, saya kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

“Dia adalah peminat setia saya sejak dahulu. Ketika itu, saya hanya melayannya sebagai artis dan peminat.
“Namun, siapa sangka sepanjang enam bulan perkenalan, kami mempunyai banyak persamaan.
“Suami miliki ciri-ciri imam yang saya inginkan dan hampir semua ciri yang ada kepadanya memikat hati saya.

“Dari situ Allah bukakan hati, sedangkan saya sebenarnya tidak berhasrat berkahwin lagi,” katanya.
Siti Fairuz dan suami dijangka mengadakan majlis resepsi selepas Aidilfitri ini. Bersyukur perkahwinan kali ini direstui anak-anak, Siti Fairuz berkata, dia mempercepatkan majlis pernikahan bagi memudahkan pergerakan bersama.
Sebelum ini, Siti Fairuz pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zainuddin pada 1998, namun berpisah pada Julai 2008.
Sumber: Berita Harian Online Kredit foto: Instagram Siti Fairuz Official
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana Rumah Tangga Yang Tak ‘Manis’ Dibentuk, Bakal Pengantin Patut Tahu

Tak mudah nak ‘cantikkan’ suasana rumah tangga bagi harmoni dan bahagia. Nampak manis dalam ‘frame’ hubungan orang lain, tetapi belum tentu jadi milik kita. Ini tanggungjawab suami isteri kena tahu untuk bina mahligai syurga dalam rumah.
Buat yang baru sah jadi suami isteri, pastikan 3 suasana di rumah ini tak wujud kerana ini boleh membawa kepada perkara negatif.
Nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya bahaya dan boleh juga menjadi antara punca keretakan rumah tangga. Ikuti penjelasan daripada Puan Hyze Hazuan ini untuk elakkan daripada berterusan.
Suasana Rumah Tangga Yang Tak ‘Manis’ Dibentuk

Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah:
1. Suasana pawagam
TV, audio yang besar, karaoke, video games dan lain-lain. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV.
2. Suasana hotel
Rumah yang dihiasi barang mewah seperti hotel, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam mewah dan bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3. Suasana restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah, setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada kefahaman agama agar suasana rumah berubah. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW iaitu hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.
Rumah penuh dengan nur al-Quran dan hadis, Allah akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah.
Hari-hari anak makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan tapi pencapaian exam tak cemerlang. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Wujudkan amalan bacaan hadis di rumah agar isteri dan anak mengenali kehidupan sahabat-sahabar Nabi SAW.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau Isteri Sanggup Nak Tukar Status Jadi Janda, Cabarlah Suami Bab Cerai!

Kuasa AMARAH!
Ramaiiiiii sangat yang share pasal lakonan selebriti Ummi Nazeera yang cukup
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup Bermula Umur 40an, Kurangkan 8 Perkara Ini Untuk Kekal Bahagia

Kata orang, hidup bermula umur 40an, jadi masa ini anda perlu kuatkan mental dan fizikal untuk berdepan dengan ujian yang kadang menyinggah.
Baik dari sudut kekeluargaan atau persahabatan dan pekerjaan, semuanya saling berkait.
Seperti ayat yang sering diungkap, “Life Begins at 40”, perlu anda sedar kita akan mula mengalami banyak perubahan fizikal, mental, fisiologi, dan sosial.
Hidup Bermula Umur 40an, Kurangkan 8 Perkara Ini Untuk Kekal Bahagia

Ini seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop yang merasakan semakin berusia membuatkan seakan badannya terasa berbeza daripada sebelum mencapai usia 40 tahun. Menangani masalah tersebut, turut dikongsikan beberapa perkara yang perlu dikurangkan olehnya.
Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat untuk semua.
Hari tu ada borak dengan suami. Saya kata kenapa semenjak masuk 40 ni, badan saya ni macam auto habis bateri.
Kawan-kawan yang nak masuk 40 pun mula kata benda yang sama. Cepat rasa penat. Kadang pula sensitif ya amat.
Memang begitu agaknya. Orang kata krisis pertengahan usia. Pemula pada usia yang nak masuk matang dan empuk macam orang selalu cerita. Untuk kekal matang dan empuk tu banyak benda kita kena KURANGKAN pada pandangan saya.

Kurangkan makan.
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
Kurangkan berkawan.
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
Kurangkan membeli.
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
Kurangkan bercakap.
Benda ni senang saja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
Kurangkan komplen.
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
Kurangkan ekspektasi.
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
Kurangkan kerja.
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
Kurangkan anxiety.
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.
Begitulah kehidupan, ada fasa-fasa tertentu yang akan kita lalui. Namun terpulang pada diri kita macam mana nak sambut dan raikan perubahan yang datang menyinggah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

