Daya Tarikan Tumbuhan Sukulen Pada Gubahan

Share

Sukulen merupakan sejenis tumbuhan yang secara aslinya tumbuh di kawasan yang kering seperti padang pasir dan kebiasaanya tidak tumbuh besar. Ia mampu menyimpan air dalam jangka masa yang cukup lama. Ia juga mempunyai bunga yang rata-ratanya berwarna cerah.

Dari sudut kreatif, tumbuhan sukulen ini boleh digunakan dalam perbagai cara samada dijadikan bunga tangan, dekorasi centrepiece, gubahan hantaran mahupun sebagai cenderhati buat tetamu untuk sesuatu majlis.

Sukulen pada bunga tangan
Sebagai dekorasi Centrepiece

 

 

Penyeri hantaran perkahwinan
Dekorasi pada kek perkahwinan
Doorgift buat tetamu
Dijadikan boutonnieres atau korsaj

 

Padanan bunga dan dedaunan yang sepadan bersama tumbuhan sukulen boleh menghasilkan gubahan yang memukau. Apa yang anda perlukan hanyalah kreativiti.

IKLAN