Selepas mengharungi ‘badai’ sebaik mengumumkan perkahwinan kedua, Dato Dr Nazri Khan (DDNK) dan isteri, Datin Ernie Rossmerrie kini melayari perkahwinan seperti yang direncanakan. Mereka memilih pulau sebagai destinasi berbulan madu.
Kredit foto: Instagram Dato Dr Nazri Khan
Ads
Menerusi posting DDNK, satu petikan yang disampaikan begitu mendalam maksudnya.
Ads
Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk
Ads
Kredit foto: Instagram Dato Dr Nazri Khan
Walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pelangi di akhirnya. Semoga mereka berdua terus diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan dan memiliki kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan rambut sama penting dengan kulit wajah. Rambut juga memerlukan belaian dan ‘layanan’ yang baik sama seperti kulit wajah. Mungkin ramai yang kurang memberi perhatian pada penjagaan rambut berbanding penjagaan kulit wajah.
Rawat rambut sejak dari awal bagi mengelakkan masalah rambut seperti rambut gugur hingga hampir botak, kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Bagi bakal-bakal pengantin tidak kiralah anda berhijab atau tidak, penjagaan rambut ‘wajib’ diberi keutamaan.
Kesibukan bukanlah alasan untuk anda mengabaikan penjagaan rambut. Walaupun anda berhijab ini bukan bermakna penjagaan rambut boleh diabaikan.
TIP PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERHIJAB:
Pilih fabrik yang sesuai
Pilih jenis kain yang selasa dan boleh memudahkan aliran udara di bahagian kepala.
Pilih anak tudung yang sesuai
Elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala. Seeloknya pilih anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas.
Elak pakai berulang
Sama ada hijab atau pun anak tudung, elakkan pakai secara berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut dengan memastikan hijab dan anak tudung yang dipakai dalam keadaan bersih
Cuci rambut secara berkala
Tidak perlu mencuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil mencuci rambut, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
Keringkan rambut secara semula jadi
Pastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan hijab. Keringkan secara semula jadi dan elakkan daripada membalut rambut dengan tuala.
Terlalu kerap menyikat rambut
Menyikat rambut amat penting bagi memastikan rambut tidak kusut selain untuk kekemasan diri. Bagaimanapun elakkan daripada menyikat rambut terlalu kerap. Perbuatan ini boleh menyebabkan rambut mudah gugur. Rambut yang ditarik apabila disikat boleh melemahkan akar.
Jarang memotong hujung rambut
Sesetengah wanita yang ingin mengekalkan rambut panjang, sanggup tidak pergi ke salon rambut selama berbulan-bulan. Namun, tabiat ini juga boleh menjejaskan keadaan rambut. Memotong hujung rambut setiap dua bulan sekali penting untuk ‘membuang’ hujung rambut yang kering dan bercabang. Proses ini perlu dilakukan dengan kerap sebelum hujung rambut kering dan bercabang merebak ke bahagian rambut yang lain.
Jarang mencuci rambut
Mencuci rambut adalah salah satu rutin penjagaan rambut bagi membersihkan kulit kepala serta membebaskan rambut daripada minyak, kotoran dan peluh yang terkumpul. Amat penting untuk mencuci rambut secara teratur. Jangan lupa gunakan produk lain seperti vitamin rambut atau pelembap rambut yang dapat mengekalkan kesihatan rambut dengan lebih baik.
Mencuci rambut dengan air suam
Mungkin anda pernah mendengar bahawa mencuci rambut dengan air suam menjadikan rambut lebih bersih kerana amalan ini membantu membunuh kuman dan bakteria. Ini tidak benar dan hanya mitos. Mencuci rambut dengan air suam boleh mengganggu kesihatan rambut. Selain membuat kulit kepala kering, penggunaan air suam boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Bukan itu sahaja, air suam juga boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit kepala dan rambut.
Sumber kredit: H-Growth Hair Expert Kredit foto (top image): Pixabay
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan.
Antara faktor-faktor utama:
1) Perubahan Hormon
Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan. Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel.
2) Dah ada ‘peneman’ setia
Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah. Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami
3) Sering ke dapur
Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau. Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.
4) Malas bersenam
Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa. Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Sumber: Nashatadotcom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayam Masak Bawang antara menu yang menjadi pilihan ramai ketika menjamu selera di restoran mamak. Ratah begitu sahaja pun sedap. Bau aroma rempah yang meresap ke dalam isi ayam membuatkan selera bertambah.
Nak masak Ayam Masak Bawang ini tidaklah sesusah mana pun. Pengantin yang baru kahwin pun boleh cuba masak.
Berikut dikongsikan resipi Ayam Masak Bawang seperti yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
RESIPI AYAM MASAK BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (potong 16)
12 ulas bawang merah/kecil
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk cili
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1. Cuci bersih isi ayam dan lakukan perapan dengan garam, kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan lada sulah selama 20-30 minit.
2. Tumbuk halus atau kisar jadikan pes bawang merah/kecil, bawang putih dan halia.
3.Panaskan minyak goreng dulu bawang yang telah dipotong mayang ini sehingga sedikit keperangan. Jangan sampai hangit pula.
4.Bila bawang sudah sedikit keperangan macam ini, angkat dan ketepikan dulu.
5. Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
6. Ketepikan dulu ayam yang telah digoreng tadi.
7. Ambik minyak goreng ayam tadi, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari dan daun pandan.
8. Kemudian masukkan pes bawang dan halia tadi. Kacau sebati.
9. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari dan serbuk cili. Kacau lagi.
10. Masukkan bahan sos. Kacau lagi bagi sebati dan pecah minyak.
11. Rajin kacau supaya rempah tak hangit. Jika kering masukkan sedikit air dan kacau lagi. Nampak kering, masukkan lagi sedikit air kacau lagi. Lakukan begini 4 atau 5 kali ulang. Tujuannya supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok nanti makan tak sedap.
12. Bila rempah sudah masak elok, tambah 2 atau 3 cawan air biar berkuah pekat atau mengikut citarasa masing-masing. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
13. Bila kuah sudah perasa elok, masa ini sudah boleh masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.
14. Taburkan bawang goreng tadi dan gaul sebati lagi.
15. Bila sudah sebati elok meresap rempah ke dalam ayam, terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...