Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya.
Ads
Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
Ads
Ads
Tip dekorasi
Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
Menggunakan bahan terpakai.
Beli pokok secara berperingkat.
Tetapkan konsep yang diingini.
Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa bunga yang menghiasi segenap ruang dewan , maka hilang seri atau aura majlis perkahwinan. Bunga dalam sebuah majlis perkahwinan bagaikan saling melengkapi , tanpanya suasana kelihatan suram. Begitu juga dekorasi yang melengkapi sebuah tema perkahwinan yang dipilih oleh pengantin.
Namun segala-galanya tidak dapat direalisasikan tanpa sentuhan magis mereka yang pakar dalam bidang dekorasi dan gubahan bunga pada sebuah majlis perkahwinan. Berkenalan dengan Ari Abdullah @matbvnga jejaka yang berasal dari Kedah ini pengalamannya dalam bidang perkahwinan sudah sebati dengan jiwa anak muda ini.
“ Karier saya bermula sejak dari umur 18 tahun di mana saya bekerja sebagai pembantu butik interior, ditugaskan untuk memasang pelamin dan menggubah bunga untuk planner pada masa itu. Setelah beberapa tahun, saya mula untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan sebagai perancang perkahwinan dan “floral artist”. Saya cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan dan memberikan apa yang terbaik buat pelanggan,”jelas Ari.
Pernah berkhidmat dan masih berkhidmat sebagai penggubah bunga untuk beberapa nama yang agak besar dan dikenali ramai seperti Kayangan Gallery, Glamweddings by Rizalman dan beberapa nama lagi. Akui Ari banyak ilmu yang dimanfaatkan sepanjang berkhidmat dengan yang telah lama dalam industri ini. Ucapan terima kasih dihulurkan buat Rizalman dan Puan Noor dari Kayangan Gallery yang tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar padanya selama ini.
Kreativiti Ari & Team
Konsep pelamin yang ditampilkan ini ialah “Hollywood Glam” di mana permainan rona gelap dan terang seperti hitam, kuning, midnight blue, keemasan dan kelabu yang diolah sempurna seperti yang terhasil.
Idea selalu datang tanpa diduga. Setiap idea ada motif dan hala tuju untuk apa idea itu dikeluarkan contohnya bila menemui pengantin dan pengantin meluahkan apa yang mereka minat seperti batu permata, hobi mereka atau budaya yang digemari… dari situ banyak idea yang dapat kita ambil dan lahirlah sesuatu idea yang baru dan segar.
“Bagi majlis perkahwinan ini, idea asas dari saya, pengantin berikan “hint” seperti candelier dan perincian yang diinginkan seperti mood cahaya, lilin dan kadang-kadang jenis bunga yang digemari. Agak kelakar rujukan pelamin tersebut dari kipas tangan dan french window,” cerita Ari.
Bagi menyerikan suasana dekorasi majlis ini, bunga-bunga menyempurnakan hiasan dalaman dewan. Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah golden shower dari Taiwan, bunga mawar dari India dan China, hydrangea dan Tulip dari Holland, Mokara Orkid dari Thailand dan beberapa bunga tempatan. Daun Eucalyptus Nicholi juga dibawakan dari Holland. Kebanyakan bunga yang diimport menjadi pilihan Ari. Cerita Ari tidak banyak kesukaran yang dilalui cuma perlu berjaga-jaga dan bekerja dengan agak pantas, disebabkan keseluruhan dekorasi menggunakan seratus peratus bunga segar.
“ Elemen surprise yang cuba saya berikan datang dari pengacara majlis untuk malam tersebut iaitu Hardy Arbi. Dia antara pengacara yang saya cadangkan pada pengantin dan kebetulan ibu pengantin berminat dengannya. Abg Hardy melamar saya untuk memberi jalan pada Ruffedge untuk “crash the wedding” pada malam tersebut untuk dijadikan video klip lagu single terbaru mereka yang bertajuk “Seperti Mereka”… adalah satu kejutan buat pengantin, keluarga pengantin dan semua tetamu pada malam tersebut di mana saya mengambil risiko untuk bersepakat menjayakan kejutan itu dan sebagai hadiah untuk pengantin dan semua. Kepuasan bagi saya adalah bila pengantin dan keluarga tampak bahagia pada keseluruhan majlis malam itu,” ceritanya.
Mengakui dirinya amat meminati penggubah bunga luar negara iaitu Jeff Leatham dan berhasrat untuk menjadi seperti beliau. Tidak dilupakan juga kepada “Team Matbvnga” dan keluarganya yang merupakan tulang belakang sepanjang kariernya sebagai MATBVNGA sehingga sekarang.
Ari mahu menjadikan bidang ini hingga ke satu tahap di mana setiap perancang perkahwinan boleh memberikan hasil dekorasi di luar jangkaan. Moga terus sukses Ari dan juga team.
Instagram: @matbvnga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada hari minggu iaitu hari sabtu ataupun ahad. Satu atau dua hari sebelum majlis berlangsung, segala persiapan sudah selesai dilaksanakan dan dalam tempoh itu, perancang perkahwinan atau mak andam akan datang ke rumah untuk memasang pelamin impian anda.
Bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah, beberapa perkara perlu diberi perhatian agar proses pemasangan pelamin berjalan dengan lancar dan teratur.
Jom kita lihat perkara yang anda harus tahu sebelum pelamin dipasang!
Sebelum ketibaan pihak yang bertanggungjawab untuk memasang pelamin, anda harus tetapkan tempat ataupun sudut yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Jangan pula mereka sudah sampai, baru terhegeh-hegeh untuk mencari lokasi yang sesuai. Cari ruang yang luas dan memudahkan proses pemasangan pelamin tersebut.
Perkara ini amat penting dan anda harus peka mengenai hal ini. Alihkan perabot terlebih dahulu sebelum proses pemasangan pelamin dilakukan. Kosongkan ruang berkenaan bagi memudahkan krew pemasangan pelamin untuk melakukan kerja mereka.
Anda harus pasti dengan pilihan ruang yang telah dibuat. Pastikan tempat dan ruang yang dipilih merupakan tempat yang paling terbaik untuk membuat pelamin. Jangan pula selepas pelamin sudah siap dipasang, anda ingin mengubah pelamin tersebut ke tempat lain. Ini perkara yang paling tidak disukai oleh mereka yang terlibat dalam pemasangan pelamin.
Pastinya semasa anda membuat tempahan pelamin, anda sudah berbincang dengan perancang perkahwinan mahupun mak andam pilihan anda mengenai pelamin yang anda idamkan. Namun, lebih baik sekiranya anda mengingatkan kembali mengenai pelamin pilihan anda sebelum mereka tiba untuk proses pemasangan. Manalah tahu, ada perkara atau barang yang mereka lupa untuk bawa sekali. Jika perlu, anda boleh print contoh pelamin yang anda inginkan dan tunjukkan pada mereka sejurus mereka sampai untuk memasang pelamin.
Pastikan lokasi yang anda pilih untuk memasang pelamin merupakan lokasi yang luas. Jangan sesekali memilih ruang yang terlalu sempit dan mempunyai banyak tiang rumah. Ini kerana tiang rumah akan menggangu dan mencacatkan keseluruhan pelamin setelah ia disiapkan. Tambahan pula, ruang yang mempunyai tiang, menyukarkan jurugambar untuk mengambil gambar anda di majlis perkahwinan anda nanti.
Hal ini juga penting bagi memastikan pelamin impian anda dapat dikecapi. Pastikan ruang yang telah dipilih mempunyai soket elektrik. Pelamin yang cantik tentunya disokong dengan pengcahayaan yang tepat dan sempurna. Oleh itu sediakan ruang dengan soket elektrik yang berdekatan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda masih mencari tema untuk majlis perkahwinan anda? Bagaimana pula dengan tema perkahwinan Arab? Tema ini juga sempurna jika anda merancang untuk mengadakan perkahwinan anda. Tema ini adalah sesuatu yang berada di luar jangkaan buat pasangan-pasangan. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza daripada yang sebelumnya, anda boleh memilih tema ini.
Tidak perlu terlalu berat, anda boleh memilih agar ia kelihatan seperti berada di bumi Arab. Antara contohnya adalah Aladdin. Penggemar animasi pasti akan mengaitkan filem ini dengan tema kerana ia meruapakan lambang Arab itu sendiri. Apa lagi, jom kita lihat antara dekorasi yang menarik ini! Boleh cuba untuk anda yang bakal berkahwin.
Mempunyai corak ottoman dan kusyen di sekeliling bilik. Anda juga menghiasi dengan lampu-lampu di sekitarnya.
Syarif sleeq antara artis yang memilih tema arabian night di majlis perkahwinannya.
Antara corak kek yang sesuai untuk tema Arabian night ini
Dan juga antara aksesori yang mengikut tema sesuai untuk di pakai agar kelihatan lebih menarik pada majlis perkahwinan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...