Deko Wedding Dynas Esok Bakal Cipta Fenomena

Share

Pertama Kali Di Malaysia, Wedding Dynas & Shazrik Guna Unsur Teknologi Audiovisual

Pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar akan menganjurkan majlis perkahwinannya pada esok hari, Sabtu 5 Mei 2018 di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Majlis sambutan gembira untuk meraikan perkahwinan Dynas & Shazrik Din bakal dianjurkan oleh syarikat pengatucara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi, Wilqadry.

Menekankan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan orkid.

Untuk pertama kalinya di Malaysia, majlis perkahwinan ini akan mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi ‘ projection mapping’.

‘Project mapping’ akan digunakan pada hari istimewa Dynas yang bakal menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini. Mempamerkan ‘X factor’, Wilqadry mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia.

Gabungan dekorasi botani yang diregukan bersama teknologi ‘digital projection’ mampu melonjakkan lagi nama Wilqadry sebagai pengurus acara moden yang berani mengambil risiko untuk memperkenalkan konsep yang baru dan unik kepada rakyat Malaysia.

 

IKLAN