Dekorasi Gantung Buat Tetamu Teruja

Share

Menyentuh tentang hiasan di majlis perkahwinan, dekorasi hiasan tidak terbatas kerana ia terpulang kepada anda sebagai bakal pengantin mahukan dekorasi yang bagaimana. Jika anda menyampaikan hasrat kepada perancang perkahwinan untuk memberikan kelainan dengan dekorasi unik di segenap ruang, pastinya impian anda boleh ditunaikan. Asalkan anda berkemampuan untuk perancang perkahwinan merealisasikan impian anda itu.

Cakap saja ruang mana yang ingin dihiasi, sentuhan yang memukau dari lantai hingga ke siling boleh dihias mengikut tema yang anda ingini. Mungkin juga anda mahu memberi kejutan kepada tetamu dengan mengadakan statement unik di ruang siling. Berbincanglah dengan perancang perkahwinan anda agar dia mampu mengubah ruang yang biasa-biasa agar tampil luas biasa.

Umpamanya dengan mengadakan dekorasi gantung memberi aura wow dan mencipta suasana yang luar biasa. Ia boleh direalisasikan dengan mudah apabila siling ruang yang dijadikan tempat resepsi perkahwinan tidak terlalu tinggi, maka hiasan gantung adalah salah satu dekorasi yang boleh dipertimbangkan. Candelier dijadikan sebahagian daripada dekorasi agar kelihatan mewah. Selain itu, himpunan bunga-bungaan artifial mahupun juraian kristal dan kaca juga boleh memberikan kesan romantis pada ruang dewan kahwin.

Oleh itu, kami sertakan beberapa idea yang boleh bakal pengantin terapkan dalam majlis perkahwinan untuk direalisasikan dengan dekorasi gantung.

Juraian kristal yang bergantungan memukau pandangan saat meraikan cinta pasangan mempelai.

Sumber: instagram nasgreatidea_weddings

Mewah bersatu dengan dekorasi gantung yang mendominasi ruang dewan.

Sumber: instagram nasgreatidea_weddings

Ruang siling yang dipenuhi dengan dekorasi gantung tampil unik dan penuh kelainan.

Sumber: instagram nasgreatidea_weddings

Kilauan lampu mencetuskan pelaminan dengan gaya empat musim bersama himpunan bunga-bungaan yang bergantungan.

Sumber: instagram nasgreatidea_weddings

Ruang makan tetamu diubah suai dengan limpahan gantungan bunga, menjadikan ruang tampil elegan.

Sumber: instagram nasgreatidea_weddings

Aura segar menyuntik pelamin bersama limpahan dedaunan hijau dan juraian bunga yang menenangkan jiwa.

Sumber: instagram rekateemor

Rona putih menguasai ruang nikah bersama pesona gantungan kain putih yang diserikan dengan hiasan lampu untuk gaya eksklusif.

Sumber: instagram rekateemor

Sentuhan mewah dengan dekorasi gantungan rona keemasan digandingkan bersama lampu candelier mencetuskan aura hebat di ruang tangga.

Sumber: instagram rekateemor

Pelamin gaya Bohemian chic mewah bersama gantungan bunga-bungaan dan juraian kaca.

Sumber: instagram rekateemor

Gantungan bunga bertemakan warna lilac memukau seri ruang pelamin ibarat berada dalam taman.

Sumber: instagram rekateemor
IKLAN