Mesti ramai yang terfikir nak hias halaman rumah sepanjang musim perayaan ini, namun disebabkan situasi sekarang kita perlu bijak dan jangan mempersia-siakan usaha yang kita lakukan. Jadi untuk mendapatkan hasil tuaian yang berguna namun masih mengutamakan ruang dekorasi taman yang indah, ini cara menanam sawi namun halaman anda tetap indah dan cantik di musim perayaan.
Semaian Sawi
Ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian. Berdasarkan pengalaman saya, eloklah kita semai dahulu di dalam talam semaian. Setelah bercambah, barulah kita pindah ke dalam pasu. Hal ini kerana jika kita terus tanam di dalam pasu ada potensi benih tidak bercambah, dimakan siput babi atau hilang akibat siraman air yang kuat. Media semaian yang biasa saya guna adalah peat moss. Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan sabut kelapa hancur (cocopeat). Mana-mana yang mudah untuk anda dapat di tempat anda.
Penuhkan media semaian di dalam talam semaian. Buat sedikit lubang. Jangan dalam agar benih tidak terlalu tertanam dalam. Bubuh satu hingga dua benih satu lubang. Setelah itu tabur dengan sedikit media semaian lagi.Untuk siraman, anda boleh memilih untuk rendam talam semaian ataupun siram dengan penyembur bertekanan tinggi. Biasanya benih sawi akan bercambah dalam dua hingga tiga hari. Siram seperti biasa.
Apabila benih sudah bercambah, pastikan kita letak di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Saya letak di tepi rumah dengan ada atap di atas. Kita dapat kenalpasti benih kurang cahaya apabila benih tumbuh melidi dan kurus. Ini tanda benih sedang mencari cahaya untuk proses fotosintesis.
Ads
Persoalan selalu saya dapat, bilakah masa sesuai untuk pindah setelah benih bercambah? Tunggu sehingga ada empat hingga lima helai daun. Ketika ini akar pokok sudah kuat dan mampu menahan pergerakan yang banyak.
Jika terlalu awal kita pindah, akar benih mungkin terluka dan seterusnya menyebabkan anak benih mati. Sementara menunggu bibit sawi itu membesar, kita boleh la sediakan campuran tanah yang bagus. Saya sarankan anda baca panduan membuat campuran tanah untuk tanaman pasu.
Penanaman dalam Pasu
Setelah cukup empat hingga lima helai daun, kita boleh sudah pindahkan benih ke dalam pasu.Pindahkan dengan berhati-hati agar akar anak pokok kurang kerosakan. Setelah pindah, letak pasu di tempat redup.
Hal ini penting agar pokok dapat pulih daripada kejutan pemindahan. Yelah ketika pindah kita telah mengganggu akar pokok. Jadi ia memakan masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk akar pokok pulih. Jika selepas proses pemindahan kita letak pasu terus di tempat panas, potensi untuk pokok sawi mati adalah tinggi. Satu pasu sesuai satu hingga tiga sawi sahaja. Jika terlalu padat, boleh menyebabkan berlaku persaingan antara sawi. Hal ini akan menyebabkan sawi tumbuh kurus dan tidak gemuk seperti di pasar.
Ads
Penjagaan Sawi
Sawi adalah sayur yang sentiasa perlukan tanah yang lembab. Siram dua kali sehari. Untuk pembajaan, paling bagus untuk kita gunakan baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Tabur dalam segenggam seminggu selepas kita pindah di dalam pasu. Kemudian tabur lagi dua minggu selepas itu. Jika anda suka guna baja kimia, anda boleh guna baja NPK hijau dengan kadar satu sudu makan 7 hari selepas pindah. Kemudian selang dua minggu pula.
Cabaran sawi adalah pada serangan serangga perosak. Sawi paling digemari oleh pelbagai jenis serangga seperti beluncas, afid, lalat putih, koya dan juga belalang. Paling mudah adalah cegah dengan semburan cuka kayu dan racun organik buatan sendiri. Semburan dibuat seminggu sekali. Jika sudah terkena serangan, tingkatkan kekerapan semburan setiap hari sehinggalah serangan berkurangan atau hilang.
Ads
Tuai Sawi
Sawi boleh dituai 24-30 hari selepas kita tanam di dalam pasu. Cara tuai adalah dengan kita mencabut sawi terus dari pasu. Jika kita menuai dengan memotong sawi dari pangkal, akar sawi perlulah dicabut. Akar sawi boleh dijadikan sebagai salah satu bahan kompos.
Kesimpulan
Menanam sawi di dalam pasu tidaklah sesukar mana. Kita mulakan dengan menyemai dahulu di dalam talam semaian. Seterusnya pindah ke dalam pasu yang berisi campuran tanah berkualiti. Penjagaan seperti siraman, pembajaan dan kawalan racun perosak mampu menjadi sawi berkualiti. Semaian Sawi ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian.
SUMBER : kebunbandar.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada masa, sakit mata tengok karpet rosak! Bukan sebab kotor tetapi masalah yang biasa yang berlaku bucu karpet jadi berlipat. Kalau ada anak kecil, agak bahaya juga. Takut tersepak dan jatuh.
Malah ada beberapa masalah lain juga yang berkat dengan karpet di rumah macam terkena api puntung rokok, rosak sebab tumit kasut dan sebagainya.
Tetapi jangan risau, anda boleh cuba guna tip ini dulu untuk atasi masalah ini. Hah, jangan terus beli lain pula, membazir sangat.
Tip Baiki Karpet Rosak, Isteri Jangan Buang Kalau Masih Boleh Guna!
Baiki Karpet Kena Api Puntung Rokok
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khuatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.
Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam.
Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Kesan Hitam Tumit Kasut Pada Lantai
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Tutup Kesan Calar Lantai Kayu
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal.
Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Betulkan Bucu Karpet Berlipat
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Senang, bukan? Jadi selepas ini masalah karpet rosak golongan isteri akan selesai tanpa perlu mengeluarkan duit. Jimat duit poket encik suami kalian!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
A )
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis kering
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula *campurkan bahan-bahan A kat atas ni, kacau sikit dan biarkan kembang.
B )
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam – Gula castor untuk salut donat nanti. *gaulkan bahan-bahan B jadi macam serbuk roti. • Kemudian campurkan bancuhan yis sikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Kalau rasa doh macam lembik jangan risau ye. Nanti dia okey lepas dah mengembang.
• Biarkan selama 1jam atau sampai mengembang. Bekas adunan tu jangan lupa tutup ye.
• Bila tengok dah elok naik kembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
• Amik sikit adunan, canai dan terap. Lubang tu tekap dengan penutup botol air mineral je. Hahaha. Kalau korang ada acuan donat lagi senang keje.
• Standby tepung gandum ye, untuk elakkan melekat kat jari masa nak bentuk dan terap donat tu. Taburkan juga tepung kat tempat susun donat tu.
• Donat akan kembang sekali lagi lepas dibentuk, so biarkan dalam masa lebih kurang setengah jam macam tu.
• Lepastu bolehlah digoreng. Make sure jaga api, jangan besar sangat.
Siapppp..boleh tabur gula castor ye😋 *kalau nak buat frozen, goreng sekejap je. Dah sejuk, boleh simpan dalam peti ais.
Kek planta klasik memang menjadi pujaan dari dahulu, tak ditelan zaman. Bukan sahaja mudah nak membuatnya, malah bahan yang diperlukan juga sangat basic dan murah.
Jadi kalau tak pernah masuk dapur bakar kek pun tak ada masalah. Ikut sahaja resipi dan cara yang dinyatakan. Pasti jadi.
Bahan :
2 Cawan Planta
2 Cawan gula
Telor 6 biji
2 Cawan Tepung
1 sudu kecil baking power
1 sudu kecil soda berkabonat
Esen Vanila
Pewarna kuning
Cara :
1.Masukan planta dan gula
2.Pukul sampai kembang dan ringan.
3.Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
4.Selepas itu masukkan esen vanila dan pukul sampai kembang dan rata.
5.Masukkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul hingga sebati.
6.Masukkan baking powder kacau dan masukkan pula soda bikabonat dan gaul lagi sehingga sebati
7.Akhir sekali masukkan sedikit pewarna kuning.
8.Bakar adunan pada suhu 170 darjah selsius selama 45 minit.