Dekorasi Hiasan Di Pelaminan Dengan Konsep Tradisional Kontemporari

Share

Dekorasi keseluruhan majlis membuatkan pandangan terpukau apabila ia diserikan dengan aura dekorasi yang berbeza. Sempurnakan gandingan dekorasi hiasan di pelaminan dengan konsep tradisional kontemporari. Penggunaan gendik inspirasi hiasan Bali menjadi latar belakang pelamin yang diilhamkan. Bagi memberi kelembutan pada singgahsana cinta, gugusan bunga rona krim menjadi warna dasar bergandingan dengan rona champagne, kuning dan hijau. Unsur tradisional terus disuntik menerusi hiasan kerawang yang bersatu indah di sudut pelaminan.

Dekorasi bunga segar hydragea, orkid dan bunga mawar memberi gaya glamor.

 

Sepanjang laluan mempelai diserikan dengan pasu bersama jambangan bunga daripada seleksi gubahan bunga di pentas pelamin.

Menyambut tetamu di pintu masuk dengan juntaian kain baldu rona milo mencetuskan sentuhan eksklusif.

 

Gandingan rona pastel menghiasi centrepiece di meja makan utama. Padanan bunga segar hydragea, eustima dan monsfera bersama kain baldu tampak bersatu indah dengan gaya yang tersendiri.

FOTO : PRETTYPEEKTURES DEKORASI : PETERANA CHENTA TERIMA KASIH : EMIRA TAIB

Lanjut di Pesona Pengantin minggu ini berkongsi info tentang pelamin klasik. Bakal pengantin jangan lupa tengok Ahad ini jam 7 malam, di Astro Prima dan Maya HD.

IKLAN