
Isi Kandungan
ToggleRaya sudah semakin dekat. Tentunya anda terutamanya para isteri sedang sibuk untuk mengemas serta menghias rumah sebagai persiapan menyambut ketibaan Hari Raya.
Inilah masa untuk mengemas dapur, membersihkan rumah, mop lantai dan banyak lagi. Tahukah anda, dengan menggunakan cuka, ia dapat membantu membersihkan kawasan rumah anda.
Hasilnya juga sama seperti anda menggunakan pencuci yang mahal. Dengan cuka, anda boleh membersihkan lima bahagian ini:
1. Cuci mangkuk tandas
Air cuka boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuklah kotoran degil yang ada. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
2. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50. Kemudian, lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
3. Cuci lantai
Ambil setengah baldi air, campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau hingga sebati dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
4. Lantai bilik mandi
Untuk lantai bilik mandi yang berkerak, campurkan garam dengan air cuka dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus, kemudian bersihkan dengan air.
5. Hilangkan kotoran pada karpet
Jika karpet anda terkena kotoran, campurkan cuka dan air dengan nisbah yang sama. Kemudian, semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit, selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Duit Cukup, Nak Tunai Haji Atau Kahwin Dahulu

Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin?
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab (نكح، ينكح، نكحا) yang bermaksud bernikah dan perkataan (الاختلاط) yang bermaksud bercampur. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 34)
Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 671)
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.
Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis nabi :
Rasulullah SAW bersabda :
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
Hukum Perkahwinan
Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama’ telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya :
- Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
- Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.
- Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.
- Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasagannya tesebut.
- Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu berdasarkan Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)
Dan ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Nabi SAW :
بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
Pendapat Ulama’
Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)
Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)
Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan. (Rujuk Fatawa Manar al-Islam, 2/375)
Kesimpulan
Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Ini 10 Persamaan Yang Ada Dalam Diri Suami Isteri Nak Kekal Bahagia Lebih 10 Tahun

Hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Selangkah ke alam perkahwinan kehidupan anda akan jauh berbeza dengan bujang dahulu. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
Malah, jika sudah berkeluarga, anak-anak adalah keutamaan anda. Komunikasi adalah penting dalam sesebuah hubungan. Jika ada masalah bincang. Jangan pendam. Itu adalah salah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Sebenarnya senang je nak kekalkan hubungan ni kalau kita juga menjaga hubungan dengan yang maha esa. Mungkin tips ini dapat membantu anda.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Kena Pandai Beli Jiwa Isteri, Jangan Sesekali Buat 7 Perkara Ini

Isi Kandungan
ToggleNak bahagia dalam rumah tangga, suami kena pandai beli jiwa isteri. Barulah hubungan dalam perkahwinan akan rasa tenang dan harmoni.
Nak lebih jauh memahami rentak sebagai suami isteri, jemput baca perkongsian Puan Amy ini, pasti anda akan cinta berpanjangan.
Suami Kena Pandai Beli Jiwa Isteri
Hidup berumah tangga perlu harmoni. Suami memainkan peranan penting sebagai ketua keluarga. Seorang suami sepatutnya berkelakuan untuk hubungan yang harmoni.
1. JANGAN PANGGIL ISTERI ANDA ‘GEMUK’ ATAU MEMPERLEKEHKAN TUBUHNYA
Menghormati dan menghargai tubuh pasangan adalah penting dalam hubungan. Mengkritik penampilan fizikal seseorang boleh menjejaskan keyakinan diri dan perasaan mereka. Memberi sokongan dan kasih sayang tanpa menghakimi penampilan fizikal adalah asas yang penting dalam perkahwinan yang sihat.
2. JANGAN BANDINGKAN KEMAHIRAN MEMASAK IBU DAN ISTERI ANDA
Setiap individu mempunyai gaya memasak dan keunikan tersendiri. Membanding-bandingkan kemahiran memasak ibu dan isteri boleh menimbulkan rasa tidak adil dan tidak dihargai. Menghargai usaha dan masakan yang disediakan oleh pasangan tanpa perbandingan adalah penting untuk memupuk hubungan yang harmoni.
3. JANGAN KATAKAN KEPADA ISTERI UNTUK “TENANG” “RELAXLAH BABE” ATAU BAHAWA DIA “MELAMPAU”
Menghormati perasaan dan emosi pasangan adalah aspek penting dalam komunikasi yang berkesan. Menyuarakan keperluan untuk didengar dan difahami tanpa dianggap “melampau” dapat membantu memperbaiki komunikasi dalam perkahwinan.
4. JANGAN SURUH DIA MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KELUARGA ATAU SITUASI ANDA.
Setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang perlu dihormati. Memaksa pasangan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga atau situasi anda boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan mental mereka. Menghormati ruang peribadi dan keperluan individu adalah penting dalam membina hubungan yang saling mengerti.
5. JANGAN MENGHINA DIA DAN KELUARGANYA
Menghormati dan menghargai keluarga pasangan adalah penting untuk menjaga hubungan yang harmoni. Menghina keluarga pasangan boleh menyebabkan ketidakselesaan dan konflik dalam hubungan. Membina hubungan yang sihat melibatkan penghargaan terhadap keluarga pasangan sebagai sebahagian daripada hidup mereka.
6. JANGAN KATAKAN ‘KAMU SEPERTI IBUMU’
Perbandingan antara pasangan dengan ibu boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan ketidakpuasan. Menghargai pasangan sebagai individu yang unik dan berbeza adalah kunci untuk membangun hubungan yang kukuh dan saling menghormati.
7. JANGAN KATAKAN “APA YANG KAMU LAKUKAN SEPANJANG HARI?” SEBALIKNYA, PELUK ERAT DIA
Memberikan perhatian, kasih sayang, dan sokongan emosional kepada pasangan adalah penting dalam membina hubungan yang mesra dan berkekalan. Menghargai usaha dan kerja keras pasangan tanpa mengkritik atau meragui aktiviti mereka dapat membantu memperkuat ikatan emosional antara suami dan isteri dalam perkahwinan.
Tiada yang lebih menarik daripada seorang lelaki yang sepenuhnya komited kepada isterinya. Tidak kira berapa ramai wanita yang tertarik padanya, matanya, telinganya, dan tangannya tetap pada isterinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI