Dengan Hanya Guna Cuka, Lantai Rumah Sekelip Mata Jadi Berkilat

Share

Raya sudah semakin dekat. Tentunya anda terutamanya para isteri sedang sibuk untuk mengemas serta menghias rumah sebagai persiapan menyambut ketibaan Hari Raya.

Inilah masa untuk mengemas dapur, membersihkan rumah, mop lantai dan banyak lagi. Tahukah anda, dengan menggunakan cuka, ia dapat membantu membersihkan kawasan rumah anda.

Hasilnya juga sama seperti anda menggunakan pencuci yang mahal. Dengan cuka, anda boleh membersihkan lima bahagian ini:

1. Cuci mangkuk tandas

Air cuka boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuklah kotoran degil yang ada. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.

2. Bersihkan cermin tingkap dan kaca

Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50. Kemudian, lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.

3. Cuci lantai

Ambil setengah baldi air, campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau hingga sebati dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.

4. Lantai bilik mandi

Untuk lantai bilik mandi yang berkerak, campurkan garam dengan air cuka dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus, kemudian bersihkan dengan air.

5. Hilangkan kotoran pada karpet

Jika karpet anda terkena kotoran, campurkan cuka dan air dengan nisbah yang sama. Kemudian, semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit, selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.

IKLAN