Isteri perlu diberi semangat.
Dari rahimnya lahir satu generasi lain. Tidak cukup dengan melahirkan, dialah yang menyusukan zuriat, dialah yang menjaga anak tanpa liat, dialah yang mendidik anak dengan sepenuh hati dan taat.

Isteri perlu diberi semangat.
Pentingnya memberi semangat kepada isteri supaya dia terus bersemangat untuk menjaga zuriat. Jangan dilupa, peranan suami atau ayah juga untuk mendidik isteri dan anak. Didiklah isteri, kerana daripada itu dia akan mendidik anak.

Di Tangan Isteri, Ada Zuriat Yang Perlu Dijaga. Jangan Biarkan Isteri Sendirian Mengemudi Rumah Tangga

Ads

Isteri perlu diberi semangat.
Jangan diperbesarkan hal yang kecil di rumah. Andai masih ada pinggan mangkuk di sinki, cermin tidak dilap, ringan ringankanlah tangan menolong isteri. Seharian di rumah tidak bererti duduk lepak bersahaja. Yang bekerjaya pula, tatkala pulang dari kerja terus sinsing lengan sambung kerja di rumah pula walaupun badan sudah terlalu penat. Bantuan daripada suami (walaupun sedikit) boleh menghadirkan rasa nikmat.

Ads

Isteri perlu diberi semangat.
Jika tidak mampu didik isteri, galakkan isteri ke majlis ilmu. Semangatkan isteri dengan hal hal keimanan. Jangan diperkecilkan semangat isteri yang mahu menuntut ilmu. Lebih bagus jika sama sama pergi ke majlis ilmu.

Ads

Di Tangan Isteri, Ada Zuriat Yang Perlu Dijaga. Jangan Biarkan Isteri Sendirian Mengemudi Rumah Tangga

Di tangan isteri, ada zuriat yang perlu dijaga. Jangan biarkan isteri sendirian mengemudi rumah tangga.
.
Hakikatnya, hidup berumah tangga bukan hidup secara sendiri sendiri, tetapi sebuah kehidupan yang memerlukan ‘saling’ untuk terus dimengerti dan dilunasi.
__________________________
Penulisan Farhana Muhammad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI