Ramai yang menyangka pelakon jelita Diana Danielle hamil disebabkan badannya berisi secara medadak, namun sebenarnya tidak.
Malah isteri kepada Farid Kamil ini meminta orang ramai supaya berhenti komen tentang dirinya kini hamil anak ketiga.
Diana Danielle Berisi Bukan Hamil
Pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson itu berkata, dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata yang kini sudah mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri.
“Saya tahu, saya pentingkan diri dengan mengatakan perkara ini. Tetapi insya-Allah, saya betul-betul tidak mahu tambah anak.
“Bukan sebab saya tidak menghargai rezeki dikurniakan cahaya mata pada usia sekarang, tetapi memang saya tidak mahu lagi menjadi ibu,” katanya.
Sehubungan itu, Diana, 32, meminta orang ramai menghormati keputusan keputusannya enggan hamil pada usia sekarang.
Ads
“Saya mula bekerja sepenuh masa ketika remaja dan memiliki anak pada usia awal 20-an. Ketika ini anak-anak saya juga sudah besar dan kerjaya saya juga stabil.
“Anak-anak saya sudah bersekolah. Jadi saya boleh menguruskan hal saya dan berjumpa dengan mereka selepas waktu sekolah.
“Jadi kenapa saya perlu kembali semula kepada rutin menukar lampin dan menyusukan anak? Seperti tidak dapat tidur malam semua itu? Itu adalah pilihan peribadi saya.
“Jika orang lain mahu tambah lebih ramai anak, saya sokong, cuma perkara itu bukan untuk saya,” tegasnya.
Ads
Berat Naik Sebab Pembantu Rumah Pandai Masak
Ketika berbicara tentang perubahan fizikalnya, Diana berkata, berat badannya naik sebanyak 15 kilogram (kg) disebabkan pembantu rumahnya yang pandai memasak.
“Saya tidak pernah ada pembantu rumah yang pandai memasak. Tapi sekarang, setiap kali balik ke rumah, sentiasa ada makanan sedap.
Ads
“Saya tidak sedar berat badan bertambah walaupun baju dan seluar saya sudah tidak muat lagi,” katanya.
Usahakan Turunkan Berat
Pun begitu, Diana memaklumkan, dia perlu mengambil langkah untuk menurunkan berat badannya dengan kadar segera kerana terbabit dengan beberapa buah drama tidak lama lagi.
Sejak penghujung tahun lalu, bentuk badan Diana mula menjadi tumpuan ramai kerana semakin berisi.
Perkara itu membuatkan ramai mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua selepas kembali rujuk dengan suaminya Farid Kamil, 43, sekitar Ogos lalu.
Usahawan terkenal, Datuk Azril Mohd Radzi berkongsia berita gembira apabila ibunya, Wan Zaiton Megat Othman selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Baharom Othman, 67, di Shah Alam, Selangor.
“Alhamdulillah, di usia 64 tahun mak kembali menjadi pengantin baharu. Saya pandang yang baik-baik, Allah datangkan ujian, sebab Allah nak bagi yang lebih indah. Syukur percaturan Allah itu yang terbaik,” katanya.
Menurut Datuk Azril, suami ibunya itu adalah rakan sekampung di Kampung Felda Guar Napai, Kodiang, Kedah.
“Mak berkahwin pada 1981 sebelum bercerai pada 2019. Namun, sejak 2004 mak hidup berdikari selepas ayah kahwin lain. Tak pernah saya terfikir rumah tangga orang tua saya akan tersadai. Melihat mak bersedih masa-masa membesarkan anak-anak, bukan perkara mudah, hati manalah yang tak sama dukacita.
“Namun, yang lepas biarlah berlalu. Masa itu saya bangkit pujuk diri, tempoh itu jugalah saya berjuang nak ubah nasib diri, mak dan keluarga. Tahun lepas saya bawa mak menunaikan haji.
“Di Arafah dia berdoa jika masih ada jodoh buat dirinya, semoga pertemukan yang terbaik. Siapa sangka, balik dari haji, mak berjumpa semula dengan Uncle Baharom di Facebook.
“Kebetulan ketika itu Uncle juga baru kematian isteri lebih setahun lalu, sebelumnya selama lima tahun Uncle menjaga isterinya yang strok,” katanya.
Menurutnya yang juga anak ketiga daripada empat beradik, keputusan ibunya itu disambut baik termasuk anak-anak di pihak lelaki.
“Selepas tujuh bulan saling berhubung, barulah mereka ambil keputusan untuk berkahwin. Perancangan ini pun dibuat lebih kurang sebulan lalu. Keluarga kedua belah pihak berjumpa dan berbincang.
“Sebagai anak sudah tentu saya seronok. Sekurang-kurangnya mak dah ada teman. Jadi, kami anak-anak tak perlu risau sangat, lagi pula mak selalu cakap sunyi. Terpancar kegembiraan pada wajah mak.
“Mak masih sihat, dia tidak ada apa-apa sakit, Alhamdulillah. Mak memang duduk rumah saja, Uncle pun dah bersara dari Felda. Sekarang, mak dah ada teman. Lega dan tak perlu risau sangat,” katanya.
Beliau berkata, ibunya itu sudah mempunyai sembilan cucu dan sebelah lelaki memiliki lima cucu. Mereka sekeluarga merancang untuk pergi bercuti di United Kingdom bulan depan.
Beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial dan Whatsapp beberapa hari lalu mencuri tumpuan netizen apabila gadis Korea yang berumur sekitar 20-an berjaya mencuri hati bilionair yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.
Hampir dua tahun menjalinkan hubungan tanpa diketahui umum, perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung hujung minggu lalu di Cote d’Azur, yang dikenali sebagai Riviera Perancis di hadapan keluarga dan teman rapat.
Tidak banyak yang diketahui tentang gadis yang dikenali dengan nama Chloe ini termasuk nama penuhnya. Bagaimanapun, Chloe ini dikatakan seorang yang mudah didekati dan peramah. Ternyata Tony segak mengenakan sut manakala Chloe kelihatan menawan dengan gaun pengantin berwarna putih.
Antara tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka termasuklah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Tan Sri Rafizah Aziz.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video Pak Imam dan bilal pasang pelamin di Masjid Al-Ihsan di Machang, Kelantan, tindakan ini dipuji orang ramai apabila turut menyediakan pelamin khusus kepada pasangan bernikah untuk bergambar buat kenangan selepas majlis akad nikah yang diadakan di masjid tersebut.
Pak Imam dan Bilal Pasang Pelamin
Menerusi video dimuat naik oleh Masjid Al-Ihsan memperlihatkan, jawatankuasa masjid tersebut terdiri daripada golongan lelaki bersama-sama memasang kain, menyusun bangku dan hiasan pada pelamin berwarna putih.
“Persiapan untuk bakal pengantin buat kenangan bersama Masjid Al-Ihsan,” menurut kapsyen masjid tersebut.
Menjawab pertanyaan orang ramai, pihak masjid memaklumkan tiada bayaran untuk pengantin yang mahu bernikah di situ.
“Cuma bayar jurunikah sahaja, kalau nak bagi saguhati kepada masjid pun dialu-alukan,” kata pihak masjid.
Kagum Dengan Usaha Pihak Masjid
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha pihak masjid dan tidak kisah sekiranya Masjid Al-Ihsan mengenakan bayaran untuk bernikah di situ.
“Kalau macam ni punya usaha daripada pihak masjid, bayar lebih pun boleh,” tulis pengguna TikTok.
“Susahnya nak jumpa masjid gini. Kalau bayar lebih pun sanggup,” komen individu lain.
“Kreatif geng laki pasang pelamin, terbaik,” komen pengguna TikTok yang lain.
“Bayar lebih pun tak apa sebab usaha dengan pak imam, bilal sekali sama pasang,” ujar seorang individu.
Cukup memudahkan pihak pengantin yang mahu jimat, usaha ini sangat membantu sesetengah pihak yang mahu menghalalkan seseorang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!