Bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Lebih-lebih apabila anda dan pasangan tinggal bersama keluarga. Banyak hati perlu dijaga. Di sini suami/isteri di sana emak dan ayah. Pasti wujud suasana yang kurang senang ketika tinggal bersama.
Usah rasa tertekan dengan masalah yang timbul dan jangan sesekali cepat melatah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Berbincang
Sekiranya terdapat perselisihan faham, cuba duduk semeja dan berbincang. Kenal pasti masalah yang dihadapi dan selesaikan dengan cara yang baik. Jangan cepat menuding jari pada mana-mana pihak. Cuba bersikap adil dan bijak. Pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Lemah Lembut Dalam Percakapan
Perkara paling penting yang anda harus ingat, mesti menjaga percakapan. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap kasar. Sekiranya anda bercakap dalam nada lemah lembut dan sopan, pasti kemarahan di pihak sana akan beransur hilang. Seperti kata pepatah ‘api jangan di simbah dengan minyak’ kalau dibiarkan makin marak.
Ads
Bersungguh-Sungguh
Jika masalah yang wujud disebabkan tabiat atau sikap yang tidak menyenangkan, bimbing pasangan anda untuk berubah. Anda juga perlu tanamkan azam dalam diri yang untuk sama berubah bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Bersabar
Mungkin anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menjernihkan keadaan, namun hasilnya masih sama dan tidak berkesan. Jika perkara sebegini masih berlaku, cuba mengalah dan bersikap sabar. Tidak salah anda mengalah, kerana itu bermakna, anda mampu melawan ego kemarahan anda.
Ads
Sentiasa Bersama
Bagi pasangan yang baru berkahwin, kebiasaannya pihak wanita yang selalu mengalami masalah dengan keluarga mertua. Sekiranya isteri anda mengalami keadaan seperti itu, jangan rasa tersepit, anda perlu bijak menanganinya. Sentiasalah bersama isteri anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya isteri tidak pandai masak, anda boleh membantunya bersama di dapur.
Ads
Luangkan Masa
Sekiranya ini terjadi, cuba luangkan masa bersama keluarga untuk keluar beriadah seperti berkelah di tepi pantai, mandi manda di taman tema air, dan banyak lagi aktiviti. Pasti hubungan kalian akan lebih erat dan bahagia.
Solat Berjemaah
Solat berjemaah sangat penting dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Dengan solat berjemaah, anda dan keluarga bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah rumahtangga lebih diberkati Allah SWT.
Beri Hadiah
Jangan beri hadiah ketika ulang tahun kelahiran saja, anda juga boleh memberi cenderahati pada bila-bila masa. Mungkin ia kedengaran seperti rasuah, namun jika ‘kena’ pada caranya, hadiah tersebut akan bertukar menjadi pemberian paling indah oleh anda. Sekaligus dapat memujuk hati keluarga mertua anda yang dalam kemarahan.
Tip tambahan:
Elakkan berdebat untuk menegakkan kebenaran anda biarpun hakikatnya anda benar. Cuba beralah dan bersikap sabar.
Sekiranya anda dimarahi oleh ibu mertua, cuba berfikiran terbuka dan fikir balik kenapa anda dimarahi. Muhasabah diri kerana ia mungkin berpunca dari anda sendiri.
Jangan bersikap malas semasa bersama keluarga mertua.
INGAT! Anda bersama keluarga suami, bukan keluarga anda yang selalu melayan anda bak puteri raja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan mana yang tidak pernah bergolak, namun sejauh mana anda mampu menangani masalah anda? Sesetengah orang mengambil jalan mudah dengan meluahkan perasaan di laman sosial.
Sebenarnya meluahkan masalah itu tiada masalahnya, namun kepada siapa dan dimana kita meluahkan masalah itu menjadi perkara penting, agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.
Jika pasangan anda suka meluahkan perasaan tidak puas hatinya di laman sosial, apa yang perlu anda lakukan? Adakah dengan bertindak memarahinya akan menyelesaikan masalah?
Beri respon
Jalan terbaik adalah dengan memberi respon terhadap luahan hatinya itu. Tidak perlu marah dan melenting, malah duduk berbincang dan cari jalan penyelesaian dengan baik. Kadang kala biasa la wanita jiwanya penuh dengan emosi, dan apa yang diluahkan tidak sengaja dan tanpa sedar.
Tegur dengan berhemah
Wanita ini sebenarnya lebih banyak menggunakan emosi apabila mahu menyelesaikan percanggahan yang berlaku. Hakikatnya, lelaki sebenarnya lebih rasional. Disebabkan itulah wanita lebih suka meluahkan perasaannya dan sebolehnya dia mahu satu dunia tahu dia sedang bersedih, jadi medium terhebat adalah Facebook.
Kebiasaanya apabila wanita mengupdate status berbaur pergaduhan, nanti ramai yang cuba ‘naik daun’ dan mula bertindak sebagai pendengar yang akhirnya mungkin akan membuatkan keretakkan hubungan itu lebih parah.
Komen nakal
Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia menampakkan anda adalah suami atau pasangan yang sweet.
Jangan ambil serius
Jangan terlalu ambil serius dengan apa sahaja yang diluahkan. Ini kerana luahan hati mereka itu tidak sama dengan apa yang terbuku dihati. Kerana terlalu marah dan kecewa, maka terkeluarlah kata-kata berbaur kecewa. Anda sebagai lelaki yang jauh lebih matang, berbincang lah dengan baik dengannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.
Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya.
Jom tengok apa bahan-bahannya.
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar
Cara-Caranya:
#Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
#Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
#Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
#Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
#Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
#Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
#Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
#Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin dekat majlis perkahwinan anda semakin berdebar rasa di hati. Pastinya anda tidak sabar untuk di satukan oleh orang yang anda cintai. Tetapi, mungkin ada di antara anda yang mempunyai masalah bau badan. Hal ini pasti menjadi kerisauan kepada anda, lebih-lebih lagi bila tiba di hari bahagia anda.
Jangan risau, pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba. Ingat tiada siapa suka jika badan anda berbau. Tips ini pasti dapat membantu anda.
1.Daun Sireh
Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.
2. Timun
Hiriskan timun dan gosokkan di ketiak anda. Amalkan setiap kali selepas mandi. insyaAllah, anda akan nampak kesannya nanti.
3. Petai
Tahukan anda bahawa petai boleh menghilangkan bau badan? Walaupun petai berbau, tetapi hakikatnya ia boleh membuang bau badan yang menusuk kuat.
4. Limau Purut
Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. insyaAllah bau badan anda akan hilang.
Sumber : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...