Disoal tentang anak, pelakon wanita, Hannah Delisha terbuka menerima pertanyaan itu dan langsung tak makan hati. Mungkin ramai yang sensitif, namun untuk menjaga emosi dan hati sendiri, lebih baik berfikir secara positif.
Ya, untung bagi mereka yang mempunyai rezeki awal, sejurus selepas nikah tidak lama kemudian terus ‘melekat’.
Ramai Orang Soal Tentang Anak
Tetapi ada juga pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun sebelum dapat memeluk bayi sendiri.
Bahkan, ada pula yang terpaksa berhabis duit dan tenaga serta perlu kuat emosi serta fizikal untuk melalui pelbagai ujian kesuburan.
Ketahuilah, ini semua adalah rezeki dan sesungguhnya peluang untuk hamil itu pasti ada cuma cepat atau lambat jika tiada berkait rapat soal kesihatan dan sebagainya.
Ads
“Siapa tidak mahu zuriat kan, tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal.”
Demikian jawapan pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha tatkala ditanya adakah dia dan suami mempunyai perancangan zuriat selepas berkahwin dua tahun lalu.
Hannah Delisha Serah Pada Tuhan
Jelas Hannah kepada Utusan Malaysia, dia percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk mereka memiliki zuriat dan dalam pada masa sama, terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.
Ads
“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan kan.
“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujar isteri kepada Imam Shah itu.
Dalam pada itu, pelakon Andai Itu Takdirnya tersebut juga mengakui tidak dapat lari daripada desas desus berhubung keadaan rumah tangganya kerana jarang berkongsi perihal suami di media sosial.
Ads
“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.
“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.
“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya.
Begitulah untuk bahagia, pilih cara Hannah Delisha untuk berlapang dada dengan soalan tentang zuriat. Jika sekali pun tercuit, cepat-cepat positifkan diri.
Hakikatnya semua rumah tangga ada masalah cuma yang bezanya macam mana kita handle dan bawa sesuatu isu sampai kepada titik penyelesaian.
Begitulah untuk mempertahankan sebuah cinta suami isteri, nak lagi faham boleh renungkan padangan saudara Firdaus Shakirin ini.
Semua Rumah Tangga Ada Masalah
Rumah tangga ni, bila banyak isu yang tak ada penyelesaian bersama.
Maka, end up akan hilanglah persefahaman. Bohonglah kalau kata, kau tak faham pasangan, pasangan tak faham kau, tapi boleh pula hidup bersama beranak pinak bertahun-tahun.
Atas dasar “persefahaman” apa kita bentuk dan bina keluarga kita sebelum ni?
Bila ada isu antara kita dan pasangan, seorang nakkan pilihan A, yang seorang lagi nak pilihan B. Cuba berbincang, cuba lagi cari yang mana ada titik persamaan, akhirnya tak dapat-dapat.
Masing-masing ada alasan kenapa bertahan di sebalik pilihan masing-masing dan masing-masing juga menganggap yang pilihan itu terbaik untuk dirinya atau diri pasangannya.
Berbincang hanya menyebabkan perbalahan. Berbincang hanya mengeruhkan lagi keadaan sebab tak dapat titik dimana dua-dua boleh bagi persetujuan untuk satu penyelesaian.
Maka disini, “hilang persefahaman” bersama sebab ada isu yang gagal mencapai kata putus, win-win untuk keduanya.
Nak Bertahan Kena Berbincang
Sayang sebenarnya andai rumah tangga yang kita bina bertahun-tahun diakhiri dengan isu yang kita tak dapat cari penyelesaian.
Penyelesaian itu adakalanya perlu datang dari pihak yang mampu menerima sesuatu pandangan untuk hubungan itu berubah ke arah yang lebih baik lagi.
Setiap rumah tangga ada masalah, andai kita mampu selesaikan masalah bersama, maka rumah tangga itu mampu kekal lagi.
InsyaAllah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggungjawab seorang suami bukan hanya menyediakan tempat tinggal, pakaian, makan minum dan keperluan isteri tetapi termasuklah juga membahagiakan jiwa seorang isteri. Rumah tangga yang dikemudikan oleh seorang suami yang baik akan menjadikan kehidupan hidup sebagai suami isteri lebih bahagia.
Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Fetrah Abu Samah berkongsi tentang satu momen yang sempat dirakamnya ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Pengorbanan seorang suami.
Gambar ini saya ambil di depan Maqam Ibrahim, tempat jemaah melakukan solat sunat tawaf setelah selesai melaksanakan tawaf. Sangat-sangat menyentuh hati.
Pada hemat saya isteri mungkin sakit kaki/lutut dan tidak dapat sujud namun tiada kerusi disediakan di dataran kaabah. Atas kegigihan sang isteri melaksanakan tawaf 7 pusingan tanpa bantuan kerusi roda, akhirnya sang suami menghadiahkan belakangnya sebagai kerusi untuk isteri bersolat.
Sungguh indah dan mengharukan pemandangan. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Juga amalan ikhlas semua jemaah (termasuk saya) diterima Allah SWT.
Pengorbanan seorang suami yang begitu menyentuh hati. Tidak kira ketika sihat mahupun sakit, seorang suami yang bertanggungjawab akan sentiasa memudahkan urusan isterinya termasuklah dalam soal amal ibadah.
Moga kisah ini menjadi contoh untuk semua di luar sana. Perkara yang baik elok kita terapkan dalam kehidupan harian.
Bukan main sweet lagi isteri-isteri Ashraf Muslim meraikan hari lahir suami tersayang. Dah namanya lelaki, memang tak sedar pun orang buat kejutan sempena ulangtahunnya. Begitulah akrab dan baiknya hubungan isteri-isteri Ashraf, Nor Dayana Lokman dan Wan Sakinah. Planning kejutan pun buat sama-sama!
Kredit foto: Instagram AshraflegacyKredit foto: Instagram Ashraflegacy
“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah. Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.
Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawanya. Haa.. sampai je kat atas,set up tempat makan dan terkejut AM bila mama ibu set upkan semua ni utk AM. Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. AM doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat.”
“Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all.”
Kredit foto: Instagram AshraflegacyKredit foto: Instagram AshraflegacyKredit foto: Instagram Ashraflegacy
Ashraf Muslim dan isteri-isterinya seringkali mendapat perhatian terutamanya apabila dia berkongsi kebahagiaan hidup bermadu. Biarpun pada awalnya kisah mereka mendapat perhatian negatif namun Ashraf dan isteri membuktikan pasangan yang hidup bermadu juga masih boleh berbaik-baik.
Ringkas ucapan mereka buat suami tersayang,
Happy Birthday ayah. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Sentiasa jaga hati untuk mama, ibu & ank2 ok! Terima kasih kerana menjadi imam yang baik buat kami ♥️
.
Lots of love,
Mama & Ibu
Sarah, Adam, Anas & Safiyyah
Kredit foto: Instagram AshraflegacyKredit foto: Instagram Ashraflegacy
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!