DIY Bunga Tangan Mudah Dan Jimat, Tak Perlu Beli Di Kedai Lagi

Share

Membeli bunga siap balut di kedai mungkin agak mahal kerana kos upahnya. Anda tidak perlu membazir lagi untuk membelinya. Lagi pun anda mungkin hanya menggunakannya untuk seketika waktu. Jadi daripada membeli di kedai anda boleh lakukannya sendiri dengan langkah mudah ini. 

 

Bahan-bahan

  1. Gunting
  2. Bunga
  3. Floral wire atau getah
  4. 2 jarum peniti
  5. Reben
  6. Pembalut plastik

Cara-cara:

Langkah 1: Kumpulkan semua kuntum bunga dan ikatkan getah atau floral wire untuk menyatukan bunga-bunga tersebut. Potong kakinya agar sama panjang.

Langkah 2: Balutkan plastik di keliling batang bunga. Hentikan balutan 3cm sebelum hujung tangkai. Cara ini akan memberikan kemasan yang elok untuk jambangan bunga anda.

Langkah 3: Cucukkan reben dengan pin di bahagian bawah tangkai bunga.

Langkah 4: Balutkan reben di keliling batang bunga dengan cara semakin menaik ke arah kepala bunga.

Langkah 5: Setelah selesai membalut, pinkan bahagian hujung reben dengan jarum. Siap untuk digunakan!

Sumber : Diy networks

IKLAN