DIY Hantaran Simple Dan Murah Boleh Kurangkan Bajet Anda

Share
Kewangan anda tidak cukup? lari daripada bajet? jangan risau bagi bakal pengantin yang masih mencari dulang hantaran. Anda kini tidak perlu membelinya lagi kerana anda boleh melakukannya sendiri!
DIY kali ini akan menunjukkan kepada anda langkah untuk anda membuat sendiri dulang hantaran, sesuai untuk majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kini anda boleh berjimat cermat dengan langkah ini.
Bahan-Bahan :
  1. Bantal polisterin empat segi
  2. Bantal polisterin bulat
  3. Kertas pembalut
  4. Pelapik kek
  5. Ribbon
  6. Gunting, gam, peniti and etc.
Polisterin empat segi

Langkah-langkah :

Langkah 1 : Balutkan polisterin empat segi dan bulat dengan kertas pembalut. Polisterin empat segi cuma perlu dibalut di bahagian atas sahaja. Polisterin bulat pula hanya perlu di balut disisi sahaja.

Langkah 2 : Tampalkan pelapik kek di bahagian bawah polisterin empat segi untuk menutup bahagian yang tidak dibalut dan untuk menambahkan kekemasan. Selain tu untuk menstabilkan polisterin masa nak letak hantaran sebab polisterin terlalu ringan.
Langkah 3 : Hiaskan ribbon di sekeliling polisterin. Boleh gunakan bantuan peniti. Ukur lilit polisterin empat segi lebih kurang satu meter suku. Anda boleh pilih ribbon mengikut citarasa anda.

 

Langkah 4 : Gamkan polisterin bulat yang telah dibalut tadi pada permukaan pelapik kek tadi.
Langkah 5 : Sudah pun siap dan bersedia untuk diletakkan barang!
Kredit : sfaezahblogspot
IKLAN