(DIY) Jom ‘Cut Cost’ Dengan 5 Langkah Mudah Ini Untuk Hasilkan Bunga Telur Crepe Anda!

Share

Minggu cuti sekolah nanti, mesti ada kawan-kawan yang nak mendirikan mahligai cinta istana bahagia. Cuti sekolah bukan sahaja musim percutian, malah musim perkahwinan juga kerana waktu ini lah ramai yang mengadakan kenduri kahwin.

Bagi anda yang suka ber diy,  jom kita buat bunga tisu untuk majlis kahwin nanti. Bukan sahaja cantik malah menjimatkan dan mudah juga. Ikut sahaja langkah ini!

Bahan bahan:

1. Crepe Paper (Boleh guna 2 colour ikut tema majlis, cth ; Purple + Pink)
2. Reben (Potong agak-agak 8 inci, buat reben dan ikat dawai kat tengah-tengah)
3. Kain Net/Sarung telur
4. White tape
5. Dawai
6. Lidi satay
7. Gunting dan pisau

Langkah 1 : Bentangkan crepe paper, kemudian lipat dua, lipat lagi sekali dan lipat lagi. Dapatkan 8 bahagian kemudian potong la dengan pisau. Lepas tu susun crepe paper ni lagi dan lipat jadikan 3 bahagian. Potong sekali lagi. Sekarang dah dapat 24 keping crepe paper bersaiz segiempat sama macam gambar di bawah.

Langkah 2 : Ambil 7 keping selang seli antara crepe paper pink dan purple. Susun-susun dan lipatkan macam bentuk kipas. Kemudian di tengah-tengah ikat kan dawai. Letakkan hiasan tu kalau mahu. Potong bucu tepi-tepi tu sikit.

 

Langkah 3 : Perlahan lahan tarik kelopak satu demi satu agar tidak koyak.

Langkah 4 : Letak bunga crepe tadi di hujung lidi dan lilit dengan white tape. Letak riben-riben yang dah diikat dengan dawai dan lilit lagi. Lepastu letak kain net dan lilit.
Langkah 5 : Siap !

 

 

 

Kredit : sikucinghitamblogspot

IKLAN