DIY Kipas Tangan Doorgift Untuk Tetamu

Share

Kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih belum fikir doorgift apa yang nak beri jangan risau. Korang boleh cuba buat DIY kipas tangan ini, sangat mudah dan menjimatkan.

Berikan sedikit kejutan pada majlis anda anda dengan memberi tetamu anda kipas tangan buatan anda sendiri. Kipas tangan ini mudah dan jimat untuk di buat, korang boleh cuba buat sendiri mengikut design yang korang suka.

               via GIPHY

 

Bahan-bahan:

Aturcara majlis anda yang dicetak dalam bentuk kad/monogram nama anda dan pasangan boleh upah pembuat kad jemputan kahwin untuk reka dan cetak)Pita pelekat dua muka double sided tape.Pemegang kipas kayu (boleh dibeli di kedai kraf)
Pembaris
Pisau X-acto
Gunting atau perapi kertas
Reben/cat spray

Cara-cara:

Langkah 1: Lipat kad anda kepada dua. Tekan pisau X-acto dengan dipandu pembaris untuk membuat garisan di bahagian tengah kad supaya kad mudah dilipat nipis tanpa membuat belahan pada kad.

 

Langkah 2: Gunakan gunting atau perapi kertas untuk membuang mana-mana bahagian kad yang tidak berkenaan.

 

Langkah 3: Lekatkan pita pelekat dua muka di bahagian depan dan belakang kayu. Lekatkan juga di bahagian belakang muka kad.

 

Langkah 4: Pastikan kayu diletakkan di bahagian tengah bawah kad. Lipat kad dan tekan untuk memastikan kad melekat betul.

 

Langkah 5: Letakkan reben untuk memberi mencantikkan lagi kipas anda.

 

Sumber : ikahwin.my

 

IKLAN