DIY Tempat Ironing Board, Suami Isteri Boleh Buat Jadikan Ruang Lebih Kemas

Share

Salah satu ruang yang mengganggu mata, tempat ironing board. Tak ada masalah nak selit di mana-mana tetapi kurang sedap dipandang dan nampak tak kemas.

Nak dekat raya, lagi lah memerlukan deko untuk ruang ini. Jadi penyelesaiannya boleh tiru cara ini, foldable ironing board di sebalik cermin. Bila nak guna tarik saja.

DIY Tempat Ironing Board

Bagi yang tinggal di kediaman agak sempit idea yang dikongsi oleh Nasibah Ramly ini amat praktikal.

Rumah kecil, ruang amatlah terhad.  Penyelesaiannya di sebalik cermin, letak ironing board.

Bahan yang diperlukan

  • Ironing board
  • Plywood tebal 9mm
  • Wallpaper
  • Cermin
  • Gam

Cara membuat

1. Untuk buat kotak, guna playwood tebal 9mm (6mm pun boleh). Kat rumah dah ada saiz tu yang terpakai dah potong-potong. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung. Kotak dah siap pasang balut dengan wallpaper yang beli di kedai Eco.

2. Ironing board tu saya guna yang biasa. Cuma kaki dah diubahsuai. Saya guna 1 kaki saja untuk buat penahan, 1 kaki lagi tak perlu guna.

3. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.

4. Bahagian depan saya tampal cermin guna gam yang saya beli dari MR DIY (gam warna kuning ada pistol).

5. Tempat letak seterika dicabut dan disangkut pada dinding.

Bila nak guna, buka dan tarik.

Selesai guna, angkat ironing board dan sangkut dalam kotak macam ni dan tutup.

Nampak lebih kemas, bukan? Ruang iron kalau dibiar memang akan kelihatan serabut dengan pakaian, jadi cubalah idea deko ini.

Sumber: Nasibah Ramly

IKLAN