Miliki hutang bukanlah hal yang baru dan memalukan di zaman sekarang,hampir setiap orang memiliki hutang,bahkan orang yang kita anggap dan lihat kaya bukanlah orang yang tidak memiliki hutang,kadang hutangnya lebih banyak dari kita.
Akan tetapi kita sebagai ummat islam harus membayar hutang baik hutang di bank atau pun saudara mara.seperti mana Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”
Walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Ads
Berkaitan dengan hutang, saya telah menemukan doa khusus agar kita dimudahkan oleh Allah untuk membayar hutang. Doa khusus ini dianjurkan untuk dibaca sebelum tidur.
Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan,
Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon. A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.
Ertinya:
“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)
Ads
Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa maksud hutang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).
Hadits di atas juga mengajarkan kepada kita tentang adab sebelum tidur iaitu berbaring pada sisi kanan. Semoga kita semua dimudahkan oleh Allah untuk segera melunasi kewajiban-kewajiban kita.Amiin
Sering diejek ketika berbadan besar membuatkan gadis ini ingin membuat perubahan pada diri. Manakan tidak, dia sering kali menjadi bahan ejekan terutamanya budak lelaki nakal sehingga membuatkan dirinya hilang keyakinan diri.
Sampai ada juga yang kata, “Muda-muda lagi dah gemok. Tak pandai melawa”. “Saya simpan semua kata-kata tu dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya,” akui gadis ini.
Ikuti perkongsian ikhlas gadis bertubuh besar yang kini memiliki berat yang ideal. Kesungguhannya dalam mencapai cita-cita untuk kurus wajar diikuti.
Sering diejek, punca mahu kurus
Dulu saya gemok. 78kg. Tapi sekarang ni alhamdulillah 54kg… saya berjaya turun 24kg dengan cara kurus yang betul dan sihat.
Syukur sangat2. Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.
Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah. Sekarang ni saya senyum je memanjang. Saya jadi lebih positif =) Memang best sangat bila dah kurus.
Jadi hari ni saya nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana saya boleh kurus.
Saya selalu diejek. Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok. Sebab saya dah pernah rasa dulu. Saya pun cakap saya tak kesah gemok. Padahal saya tipu diri saya sendiri. Saya nak sedapkan hati saya jer.
Pernah dulu masa kat PLKN berat saya 78kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil saya gemok pendek. Masa tu perasaan saya sedih sangat. Hati saya selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biala”.
Dan pernah satu hari tu ada baju siapa tah saiz xxxl tercicir. Cikgu tanya tu baju siapa. Budak2 laki cakap saya yang punya. Dah la diorang ramai. Malu sangat.Tapi orang gemok macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati saya terluka. Yela saya pun ada maruah. Jangan la buat saya macam tu kan.
Ada satu lagi cerita..
Masa tu saya tahun kedua di universiti. Saya tengah duduk2 di lobi sambil tunggu lecturer masuk kelas. Ada sorang laki ni dia gocang2 air tin coke pastu terus buka air tin tu belakang saya. Apa lagi terpancut keluar la habis kena baju saya. Dia terus jerit “GEMOK PENDEK!!!!”.Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu.
Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Saya tak pernah mintak duit dia. Saya dengar orang sekeliling masa tu berkata sinis pada saya.. “Muda2 lagi dah gemok. Tak pandai melawa”. Saya simpan semua kata-kata tu dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya.
Saya nak berubah
Sejak daripada pengalaman ngeri tu saya tekad. Saya nak berubah. Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop. Saya google..
“Cara kuruskan badan”
“Tips kuruskan badan”
“Kurus dengan sihat”
Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan. Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus.
Tapi!
Malangnya saya hanya sekadar membaca.
Apa yang saya tak tahu. Semua saya tahu. Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla. Semua dalam kepala saya. Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet. Masuk seminggu perghhh.. Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan. Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la.
Last2 lupa pulak saya tengah diet. Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye.
Pastu saya akan menyesal and start balik diet. Huhu.
Program kuruskan badan secara online
Perkara ni berlarutan sampai la satu hari tu. Tengah syok main internet saya terjumpa satu blog – CABARAN STAILOO: PROGRAM KURUSKAN BADAN SECARA ONLINE. Saya macam tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan online.
Tak perlu diet dan berlapar.
Tak perlu kuat bersenam.
Tak perlu beli produk.
Saya tak boleh tidur malam tu duk mikir pasal program kurus ni.
Esok bangun jer tido terus saya join CABARAN STAILOO ni.
Wow lepas saya join program ni baru saya faham.
Macam ni rupanya cara betul nak kurus..
Yup kita boleh baca 1001 tips kuruskan badan. Tapi boleh ke kita buat kesemua tips tu??
Dalam CABARAN STAILOO saya diajar untuk buat satu per satu tips tersebut. Amal selama 2 minggu. Jadikan habit. Lepas dah jadi habit tambah lagi tips yang baru. Jadikan habit kedua. Buat dan ulang.
Fuh. Memang berkesan teknik yang di ajar dalam program kurus ni.
Saya di ajar makan ikut portion. Tapi satu per satu. Mula2 fokus pada protein. Pastu sayur. Pastu karbohidrat. Pastu lemak sihat. Yang penting satu per satu sampai jadi habit.
Saya juga diajar teknik makan mengikut saiz badan. Macam saya yang jenis bulat ni, setiap kali makan saya kena pastikan ada:
satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)
satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)
separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)
dua ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)
Dengan teknik ni saya jarang rasa lapar. Saya lebih enjoy waktu makan saya dan akan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang.
Dan yang paling saya suka teknik hidrasi.
Sepanjang hari saya perlu pastikan cukup kandungan air dalam badan saya.
Menu diet yang diamalkan
6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam
8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air
10 am: teh hijau + 1 gelas air
2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air
4 pm: kopi + 1 gelas air
6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air
8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air
Fuhhh..
Memang terkencing la dengan teknik hidrasi ni. Kejap2 gi toilet. Tapi takpe la. Badan sihat. Berat pun turun.
Walaupun tak dahaga saya minum jugak. Bukan minum air semata-mata untuk hilangkan dahaga tapi untuk optimumkan fungsi sel, tisu, otot dll.
Daripada gemok 78 kg kepada ideal 54 kg dalam masa 9 bulan.
Dengan amal tiga teknik ni je dalam masa tiga bulan berat badan saya dah mula turun.
Bulan pertama turun 3 kg je (tanpa bersenam). Bulan kedua turun lagi 3 kg. Bulan ketiga turun lagi 3 kg.
Bermakna bulan 1, 2, 3 saya dah turun 9 kg.
Wah excited la saya. Baju pun dah longgar.
Saya belum puas hati lagi. Jadi bulan keempat saya mula bersenam.
Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni. Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu.
Memang seronok. Peluh keluar mencurah-curah. Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupun selepas 24 jam habis bersenam.
End result: bulan 4, 5, 6 saya berjaya turun lagi 12 kg berat!
Pinggang pun jadi lebih ramping. Hehe..
Saya sangat berpuas hati sertai CABARAN STAILOO ni. Saya buat dan terus buat.
Apa yang saya perasan kalau dulu saya banyak membaca tapi selepas join cabaran ni saya lebih banyak BUAT dan PRAKTIS. Yang tu perubahan saya paling ketara. Hasilnya berat badan saya turun dengan sangat ketara.
Bulan 7, 8, 9 saya turun lagi 3 kg (tiga bulan ni berat tak turun banyak sebab saya fokus untuk naik sedikit otot. So walaupun saya tidur, lemak tetap dibakar sebab metabolisma dah tinggi).
Setelah 9 bulan dalam program kurus ni, saya dah berjaya capai target berat yang saya nak: 54kg. Alhamdulillah.
Dulu saya diejek, sekarang saya dipuji. Saya ingat lagi masa bukak sem baru dulu. Time tu saya dah kurus. Memang orang terkejut la tengok saya. Yang kelakar lecturer saya ingat saya kena kencing manis. Huhu.
Tahun tu jugak saya konvo diploma. Best dapat pakai baju cantik masa hari keraian kita. Ingat lagi budak laki yang sembur air tin kat saya tu? Dia terkejut dan beriya mintak maaf dengan saya. Saya tak cakap apa2. Tapi dalam hati saya dah maafkan. Kawan2 pun selalu puji saya nampak lebih cantik. Dan ramai yang tanya ‘rahsia’ saya kurus. Saya pun kata join jer CABARAN STAILOO ni nanti akan belajar teknik kurus yang betul.
Hidup saya sekarang lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Senaman kadang2 buat tapi banyaknye tak buat. Hehe.. Tapi berat still maintain 54-55 kg.
Saya tanamkan dalam diri saya supaya sentiasa konsisten dengan habit saya dan teknik2 yang saya belajar dalam program kurus online ni.
Happy sangat bila apa yang saya usahakan berhasil. Daripada xxxl sekarang S pun dah muat. Tapi kita patuh syariah sikit kita guna M la. Hehe.
Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2. Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.
Hidup saya sekarang lebih happy, sihat.. dan nak buat apa2 aktiviti pun tak terbatas. Banyak yang dulu saya x boleh buat tapi lepas dah kurus ni macam2 saya cuba.
Alhamdulillah! Syukur pada Allah bagi saya nikmat ni. Memang satu kepuasan bila dah berjaya kurus.
Dengan sistem, tips & teknik efektif, coach.. Kurus akan jadi lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.
Kalau anda nak kurus dan sihat macam saya, saya sangat rekemen untuk join CABARAN STAILOO ni.
Bukan saya sorang je yang dah berjaya kurus dengan CABARAN STAILOO ni, tapi ada beratus testimoni.
Tak perlu tercari-cari rahsia kurus.
Tak perlu pergi kemana-masa sebab semua secara online.
Tak perlu perabis duit beli produk kurus yang belum tentu jadi.
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak kekal sihat cuba elak 7 pemakanan ini. Lelaki pada abad ini juga cenderung untuk menjaga kesihatan diri. Bagi penampilan yang sihat dan bergaya, elakkan diri daripada mengambil jenis makanan yang boleh menjejaskan diet seterusnya mengurangkan risiko untuk diserang penyakit. Hasilnya tubuh akan kekal sihat dan berkeyakinan.
1.Makanan atau minuman segera
Disebabkan oleh faktor kepadatan jadual harian, makanan dan minuman segeralah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta zero nutrient. Jika diambil secara berterusan boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang kerana kandungan kalorinya yang sangat tinggi.
2. Produk berasaskan tepung
Kurangkan pengambilan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses bleached dan kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaiknya, gunakanlah roti penuh gandum untuk kesihatan
tubuh anda.
3. Minuman berkarbonat
Minuman bergas mengandungi kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ia boleh mencetuskan kebergantungan dan ketagihan. Minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai masalah antaranya kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Gantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan segar atau air mineral.
4. Roti dan kek
Roti keju dan mufin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa dahulu
kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.
5. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk anda mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.
6. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran pula ada yang menggunakan minyak dengan kandung lemak atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan ini, anda boleh menggorengnya sendiri dengan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Anda juga boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.
7. Kafein atau kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi di kedai hari ini menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu, pengambilan kopi 3 dalam 1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!