Doa adalah tunjang utama selepas usaha untuk mengecapi sesuatu impian. Di dalam Al Quran dan hadis, terdapat banyak doa agar mudah dikurniakan zuriat. Jom kami kongsikan antara doa mohon zuriat agar cepat hamil. Semoga doa-doa ini dapat menjadi asbab untuk anda hamil.

Doa Dipermudahkan Dapat Zuriat, Semoga Memudahkan Pasangan

1. Doa Nabi Zakaria A.S

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran 3:38)

Nabi Zakaria A.S adalah salah satu nabi Allah yang diuji dengan lambatnya zuriat dikurniakan kepada baginda dan isteri. Dikisahkan di dalam tafsir ibnu kasir bahawa beliau sudah tua dan isterinya mandul. Namun beliau tidak pernah berhenti berdoa dan akhirnya diberi berita gembira dengan kelahiran Yahya a.s.

Selama 80 tahun baginda berdoa, akhirnya doa baginda dimakbulkan Allah. Kita, pada hari ini baru beberapa tahun berdoa tetapi sudah berputus asa. Memang menyedihkan, maka amalkanlah doa Nabi Zakaria sentiasa.

2. Doa Nabi Zakaria A.S

Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi“. (Surah Anbiya 21:89)

Banyak doa Nabi Zakaria yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk ikhtiar hamil. Di samping berdoa, jangan lupa berusaha sepenuhnya ya.

Doa Dipermudahkan Dapat Zuriat, Semoga Memudahkan Pasangan

3. Doa Nabi Ibrahim A.S

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah Saaffat 37:100)

Selain Nabi Zakaria A.S, nabi Ibrahim juga diuji dengan ketiadaan cahaya mata untuk mengantikan risalah baginda. Baginda berdoa dan akhirnya baginda dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Ishaq A.S dan Ismail A.S. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa dan maha mendengar doa.

4. Doa Nabi Ibrahim A.S

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Surah Ibrahim 14:40)

Baginda bukan sahaja memohon anak kepada Allah, malah beliau memohon agar anak keturunannya terdiri daripada mereka-mereka yang soleh dan mendirikan solat.Allah memakbulkan doanya kerana melalui jalur keturunan anaknya Ismail A.S lahirlah nabi terakhir zaman iaitu nabi Muhammad S.A.W. Sungguh besar kuasa Allah SWT.

5. Surah Al-Furqan, Ayat 74

Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al Furqan 77:72)

Amalkanlah doa mohon zuriat ini setiap kali selepas solat fardu setiap hari. Insyallah ia akan memudahkan anda bagi urusan mendapatkan zuriat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI