
Sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti denggi, selsema babi dan burung, H1N1, H7N9, SARS dan yang terbaru MERS-CoV. Sebaiknya kita Umat Islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini. Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah سبحانه وتعالى utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan qada’ dan qadar dari Allah سبحانه وتعالى jua.
Berikut adalah Doa Menghindari Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Caranya: Baca doa ini sebanyak 3 kali pada setiap pagi dan petang.
“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”
Kita tidak boleh memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghapuskan Wabak dan segala penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah سبحانه وتعالى tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى dari segala wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah سبحانه وتعالى maka terimalah kerana Allah سبحانه وتعالى Maha Adil. Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah سبحانه وتعالى telah putuskan.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri, Turunkan Expectation Yang Terlalu Tinggi Nak Jadi Tip Top Serba Serbi

Isi Kandungan
ToggleWanita memang berjiwa kental dan tabah. Walaupun jiwanya lembut dan tersentuh hati, dirinya tetap kuat meneruskan kehidupan. Menarik sungguh perkongsian oleh puan Najibah Mustaffa mengenai peranan wanita yang begitu tabah meneruskan kehidupannya. Amati perkongsian beliau. Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya.
.
Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan. Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya. Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan. Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan. Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu. Saya faham sangat, suri rumah memang penat. Lagi lagi ada anak kecil.
Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh. Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan. Saya mahu kongsi 10 tip ini bagaimana mahu tenang urus rumahtangga.
.
1. Kuatkan jiwa. Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa? Ini sangat penting. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan zikir. Ia beri tenaga luarbiasa kepada kita. Biiznillah. Jika tak jaga perkara ini, mudah serabut.
Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. 2. Kuatkan fizikal. Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Kuatkan mental. Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je.
.
4. Bab memasak dan makan. Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang.
Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan. 5. Pengurusan bahan dapur. Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah. Mengemas memang penat. Jadi letakkan timing. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju. 7. Pengurusan anak. Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur.
Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
.
9. Mindset dan rehatlah. Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja suri rumah yang memamg takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman. Anak seorang berbeza dengan anak tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala.
Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc . Ibu ibu, Tenanglah ya, Dan berbahagialah. Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan.
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Credit : Najibah Mustaffa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ambil Mudah! 4 Perkara Ini Jika Tak Dibendung, Boleh Jejaskan Hubungan Suami Isteri

Isi Kandungan
ToggleDalam hubungan rumah tangga, setiap pasangan perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ikatan yang dibina kekal utuh dan berkekalan. Jika berlaku pergaduhan, segeralah bawa berbincang dan selesaikan dengan cepat. Jangan biarkan ia berlarutan hingga boleh mengganggu emosi anda mahupun pasangan.
Jika anda mula rasa risau akan situasi tersebut, anda mungkin boleh buat beberapa persediaan minda dengan menyedari 4 sebab yang menjadi punca keretakan hubungan. Anda boleh nilai sendiri dan kemudian sediakan minda anda untuk menghadapinya dengan sikap positif.
Di sini Pesona Pengantin kongsikan 4 penyebab hubungan cinta suami isteri tak kekal lama dan selalu berentakan.
1. KURANG KOMUNIKASI
Komunikasi adalah asas kepada setiap perhubungan. Bila anda mula berkenalan dengan pasangan yang anda sukai, anda akan bercerita, berkongsi pelbagai macam kisah dalam masa yang lama.Jika tidak bercakap, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh jadi. Semua komunikasi tiba-tiba terhenti dan anda dapati anda begitu kesunyian serta bersusah payah mencari topik untuk disembangkan. Ketika ini anda patut sedar pasangan anda bukanlah seperti yang dahulu lagi.
2. HILANG NIKMAT HUBUNGAN INTIM
Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul. Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan.
Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan. Jika anda sudah melalui peringkat ini maka janganlah terlalu bersedih. Fikirkan perkara lain dan sibukkan diri bersama anak-anak atau teman di pejabat.
3. MENYAMPAH DENGAN PASANGAN
Apabila setiap perkara yang dilakukan pasangan membuatkan anda menyampah. Sepatutnya apabila pasangan bercinta, walau si dia berperlakuan pelik anda menerima seadanya. Namun, jika anda semakin jelek dan menyampah, sebagai contoh pasangan anda minat bola sepak, tapi anda mula membebel tidak berkenan dengan hobi pasangan anda itu, maka itu satu tanda bahawa anda perlu putuskan hubungan sebelum anda semakin sakit hati dengannya dan melakukan perkara yang bukan-bukan.
4. SELALU BERI PELBAGAI ALASAN
Alasan adalah tanda perhubungan yang tiada persefahaman. Jika anda semakin kerap melahirkan alasan, anda tanya diri sendiri kenapa. Jika anda sedar bahawa pasangan anda tidak mencapai tahap yang anda mahukan, tapi anda masih boleh memberikan pandangan positif tentang dirinya di hadapan sahabat anda, maknanya anda masih boleh mempertahankan hubungan tersebut. Tapi jika anda mula membangkitkan sekecil kecil kelemahan dirinya maka lebih baiklah anda memutuskan sahaja hubungan tersebut sebelum ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zaman Sekarang, Perlu Ke Bagi Wang Hantaran Mengikut Status Pasangan?

Ada yang berpendapat wang dan belanja dulang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan tapi ada juga menyatakan bahawa ia terpulang kepada keikhlasan pihak bakal suami untuk membantu mengurangkan belanja majlis perkahwinan di pihak perempuan.
Namun ada juga yang berpendapat ia penting untuk menjaga status terutamanya jika calon isteri datangnya daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi atau bakal suami pula yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.
Adakah penting bagi status seseorang sehingga ia boleh mempengaruhi sesuatu perhubungan? Islam sendiri mengalakkan penganutnya berkahwin sekufu yang membawa maksud setaraf. Ia kerana perkahwinan yang sama taraf atau status akan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
Hari ini status selalu dikaitkan dengan kaum wanita, seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan ada yang berpendapatan lebih lumayan dari lelaki. Ini boleh membuatkan lelaki rasa tidak setaraf untuk mendekati mereka apatah lagi memperisterikan wanita yang lebih tinggi darjatnya.
Dalam hal wang hantaran, sebenarnya tak salah meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kalau lelaki itu mampu dan tak membebankannya. Teatpi secara kebenarannya ada ramai anak muda pada masa ini menangguhkan majlis kerana tak cukup wang hantaran.
Tarik diri
Bagaimana nak galakkan pasangan berkahwin kalau wang hantaran ditetapkan begitu tinggi hingga di luar batas kemampuan? Akhirnya perkara yang baik dan dan digalakkan Islam ditangguhkan semata-mata kerana tak mampu menyediakan belanja untuk perkara yang tak perlu sedangak semua orang tahu yang nak berkahwin tu anak-anak, bukan ibu bapa.
Ada juga anak lelaki yang sanggup menarik diri daripada sebuah perkahwinan semata-mata kerana tak mampu menyediakan jumlah hantaran yang diminta. Daripada maruah tercemar, rasa terhina kerana tak mampu menyediakan wang hantaran, maka undur diri adalah lebih baik.
Seharusnya orang tua gembiri dan lega kerana anak mereka akan disunting menjadi isteri dan dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak baik seperti maksiat.
Mangsa Keadaaan
Selalu menjadi mangsa adalah anak gadis. Tak kahwin kerana terpaksa menurut kehendak ibu bapa. Sedangkan dalam hati dah bersedia nak jadi isteri dan ibu.
Dalam situasi begini, anak gadis perlulah berbincang dan berterus terang dengan ibu bapa. Luahkan apa yang tersirat di hati. Lakukan dengan berhemah dan bukan bertujuan untuk melawan. Carilah masa yang sesuai untuk berbincang tentang perkata ini dengan lebih mendalam bersama ibu bapa.
Ikut trend semasa
Ada juga sesetangah ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kerana ingin mengikut trend semasa. Antara faktornya adalah kos sara hidup yang tinggi, dulu lima tahun lepas kakaknya wang hantaran RM5K, takkan sekarang bila si adik nak ikut harga yang sama? Atau pun faktor ibu bapa yang tak nak kalah ingin melawan sepupu, saudara mara yang lain atau jiran tetangga.
Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu bapa. Mungkin mereka tersilap dalam hal ini, tetapi niat mereka baik iaitu ingin melihat anak merka bahagia selepas kahwin. Tiada ibu bapa yang ingin menghancurkan hati anak-anak mereka. Kadangkala mereka cuma mahu pastikan calon suami mampu, rajin dan bertanggungjawab.
Sekiranya permintaan mereka tidak munasabah, sebagai anak jalan terbaik adalah dengan berbincang secara lembut dan berhemah. Berilah masa untuk mereka fikirkan kembali keputusan mereka agar dapat memuaskan hati semua orang.
Perkahwinan adalah benteng untuk memelihara maruah dan harga diri. Rumah tangga yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat berehat, membina kasih sayang dan mencari keredhaan Allah. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa serta solat hajat, mohon Allah lembutkan hati ibu bapa dan segala urusan dipermudahkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI