e2a3

Setiap kali selepas solat, kita sudah sampaikan doa kita kepada Allah namun masih belum dimakbulkan. Kita pasti tertanya-tanya apakah sebabnya doa itu masih berlum terjawab. Ini sebab-sebabnya.

 

Doa yang tidak sungguh-sungguh (main-main)

Doa yang tidak sungguh-sungguh bermaksud doa yang tidak serius atau dalam erti kata lain berdoa secara main-main. Mulut terkumat-kamit sedangkan hati ingat perkara lain. Apa yang didoakan tidak dihayati dan difahami dengan betul.

Contoh doa yang tidak sungguh-sungguh adalah seperti berdoa agar dipermudahkan jodoh oleh-Nya tetapi dalam kepala asyik dibayangi perkara lain. Sekiranya seseorang itu tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa, bagaimana doa mereka akan dimakbulkan?

IKLAN

Contoh kedua apabila mereka hanya berdoa memohon agar dikurniakan pasangan hidup sahaja walhal berdoa adalah satu ibadah. Bahkan ianya dikatakan sebagai roh ibadah. Ada juga yang berdoa hanya ketika ditimpa masalah atau dalam kesempitan.

“Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan”. (HR Tirmizi)

Seperti mana ditegaskan, orang yang hidupnya tidak dipenuhi dengan berdoa maka dia adalah manusia yang sombong. Atas sebab itulah dalam surah Al-Isra’ ayat 37 Allah SWT mengingatkan kita supaya jangan berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya kita tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan menyamai setinggi gunung-ganang.

Pohonlah sesuatu itu dengan kesungguhan dan keikhlasan agar setiap masalah yang dialami dapat diatasi dengan sempurna.

IKLAN

Doa tanpa usaha

Doa tanpa usaha adalah doa yang sia-sia. Mereka seperti ini dapat dikategorikan sebagai manusia yang kurang bijak. Tetapi sekiranya usaha tanpa doa pula dikategorikan sebagai seorang hamba yang sombong. Setiap doa harus diiringi dengan usaha yang sewajarnya.

Contoh mudah apabila seseorang itu berdoa agar dipertemukan jodoh oleh-Nya tetapi tidak ada sebarang usaha yang dilakukan. Si dia tidak berusaha dalam mencari jodoh. Hanya sekadar bersandar pada doa yang dipohon.

IKLAN

Dengan berdoa dan berusaha, setiap manusia akan dapat melepasi cabaran dan rintangan. Allah menegaskan dalam surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Kita perlu memahami tidak semua yang kita doa kepada Allah dimakbulkan di dunia tetapi mungkin diterima di akhirat kelak. Ketika kita berdoa memohon kepada Allah kita sebenarnya berada dekat dengan Allah. Ini sekali gus boleh mewujudkan keinsafan bahawa dalam apa jua situasi, hanya Allah tempat kita bergantung dan meminta pertolongan.

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.