
Teringat lagi hadiah jambangan duit yang dihadiahkan Muabellaz kepada suami tersayang, Anuar Muhammad. Wang yang dihadiahkan itu adalah untuk meraikan dan menghargai kesusahan yang dilalui Anuar bersama Bellaz sejak mereka berkahwin.
Membelek laman Instagram jurusolek kelahiran Kedah ini, tidak pernah sunyi dari hasil solekan yang begitu menarik dan kreatif. Bersempena hari lahir suaminya tahun ini, Muabellaz titipkan ucapan yang cukup indah.
Happy birthday to my lovely husban..Mat Nuart..
Suami dan papa yang terbaik untuk mama…
B orang yang paling banyak membantu mama, nasihat mama, bagi semangat dorongan untuk mama berjaya, sentiasa support binimu ini dari dulu. Tanpa b, mama takkan smpai ke tahap ni..Pengorbanan b dengan mama terlalu banyak.Terima kasih menjaga mama dan anak-anak mama dan family mama. Lebiuu so much. Mama doakan b diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki sentiasa, dipanjangkan umur serta bahagia bersama kami. Mama, Eica/Aidil/Yusuf dan Babylopa. Lebiu Mat Nuart.


Muabellaz bukan nama asing lagi bagi ‘pencinta’ kecantikan dan solekan. Selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Muabellaz ini seringkali membuat tutorial mekap secara live di media sosial sehingga membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita sebagai rujukan dalam menatarias wajah.
Dari seorang anak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah, Muabellaz bangkit dengan pengalaman dan skil yang ada untuk mengubah nasib keluarga. Ibu yang mempunyai empat orang anak ini sudah memiliki pelbagai aset mewah hasil daripada keringatnya dalam dunia solekan.



Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
17 Tahun Hidup Solo, MAS IDAYU Kini Sah Milik SUFIAN ISA Dengan Mas Kahwin RM1,001

Alhamdulillah, maka termetrailah ikatan dua jiwa di antara penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu Mesnun, 50, bersama pasangan hidupnya Muhammad Sufian Che Isa, 51.
Berwalikan ayahanda Mas Idayu, Mesnun @Masnun Bin Hassan, dengan hanya sekali lafaz, Muhammad Sufian Isa sah menjadi suaminya. Majlis akad nikah ini diadakan di Magica Hall Quill City Mall Kuala Lumpur.
Perarakan masuk dimulakan dengan lima dulang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pengantin lelaki pula diarak masuk bersama dua orang pengapit.
Tujuh dulang hantaran pula diarak masuk di mana anak Mas Idayu atau mesra di sapa Mummy masuk membawa dulang utama.
Persalinan rona merah jambu dari rekaan Anas Abdullah membalut indah Mummy dengan dihiasi layah panjang. Cantik dan manis sekali! Mengalir airmata Mummy ketuika duduk di pelaminan. Barangkali airmata penuh kegembiraan.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid.
“17 tahun Mummy hidup bersendiri, tidak percaya dengan mana-mana lelaki. Walaupun ramai yang berkenalan tapi Mummy pilih yang satu ini.
Sufian seorang yang kelakar. Walaupun nampak dia macam serius, tapi dia kelakar!” ujar Mas Idayu.
Ditanya sama ada Sufian dan Mummy sudah memilih destinasi berbulan madu. Ini jawab Sufian.
“Kami masing-masing ada keluarga, anak-anak yang masih bersekolah. Akan difikirkan nanti sebab kami akan pergi bersama.” kata Sufian.
Tahniah Mummy dan Sufian. Semoga kekal bahagia sehingga ke Jannah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan MIZZ NINA, “Belajar Tentang Pasangan, Bukan Harap Dia Sahaja Faham”. Suami Isteri Kena HADAM Ni!

“Bila bercinta, kita tak selesai je disitu, kita boleh putus. Cari lain. Tapi kahwin tidak. Berlaku saja masalah, kita tidak boleh patah balik. Kita akan berusaha keras mencari solusi. Mencari ruang-ruang kebaikan”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajarlah Terima Pasangan Seadanya, Sesuaikan Diri Lepas Kahwin

Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan. Ini kerana sebaik sahaja bergelar suami isteri pastinya banyak perkara baharu tentang pasangan yang bakal anda ketahui.
Ada ketikanya membuatkan anda rasa sukar untuk menyesuaikan diri kerana masing-masing belum mengenali sedalam-dalamnya. Untuk mengelakkan rasa kekok yang mungkin boleh menimbulkan salah faham, penting untuk anda berdua ketahui 10 benda baharu ini.

1. Pasangan manusia tak sempurna dan ada kekurangan
Selalunya ketika zaman bercinta memang sukar untuk anda ketahui sifat buruk pasangan. Mesti masing-masing cuba sembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Apabila sudah berkahwin, baru nampak kelemahan masing-masing kerana setiap manusia dilahirkan tak sempurna.
Jadi jangan sesekali anda mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan. Belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada pasangan dengan sama-sama membaikinya ke arah yang lebih baik.
2. Kena ambil masa untuk fahami dan kenali pasangan
Walaupun anda mengenali pasangan sejak sekian lama sebelum memutuskan untuk berkahwin, ini tidak bermakna anda mahupun pasangan mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Apabila sudah tinggal sebumbung ambillah masa untuk lebih mengenali dan memahami diri pasangan. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh bertoleransi dalam banyak perkara.
3. Jangan ingat pasangan boleh membaca fikiran anda
Jangan sesekali mengharapkan pasangan boleh membaca apa yang anda rasa atau fikirkan. Mungkin anda boleh tapi pasangan anda mungkin tidak dapat meneka apa yang terlintas di minda, mahupun apa yang anda suka atau tidak suka. Oleh itu untuk membuatkan rumah tangga harmoni, komunikasi dua hala penting agar anda dan pasangan faham apa yang masing-masing inginkan.
4. Masalah duit boleh jadi isu utama
Tidak dinafikan bulan pertama selepas kenduri ramai pasangan yang kekeringan kerana banyak duit telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan. Lagipun nak pinjam daripada orang tua mahupun keluarga, gerenti anda dan pasangan segan. Jadi adalah lebih baik anda dan pasangan membuat tabung kewangan lebih awal iaitu sebelum berkahwin sebagai persediaan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.
Apatah lagi selepas berkahwin, banyak tanggungjawab yang anda berdua harus pikul bersama. Jika tidak bijak mengatur tabungan kewangan ada kemungkinan boleh membawa pada pergaduhan. Oleh itu, carilah penyelesaian agar kewangan anda berdua kembali stabil.

5. Luahkan apa yang anda rasa dan jangan pendam seorang diri
Hidup berdua memerlukan anda berkongsi rasa. Jadi apabila ada sesuatu perkara penting yang ingin anda katakan, sebaiknya luah dan beritahu pasangan dengan cara yang baik dan berhemah.
Jangan sesekali memendam rasa atau memberitahu pasangan dalam keadaan yang tidak bersedia atau dalam keadaan marah. Perbincangan penting agar anda berdua dapat mencari penyelesaian untuk perkara tersebut.
6. Belajarlah untuk menjadi satu pasukan
Alam rumah tangga memerlukan satu pasukan yang mantap agar hubungan yang dibina kekal bahagia. Dalam satu pasukan anda berdua hendaklah saling bantu-membantu dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Misalnya dalam perihal rumah tangga, suami tidak boleh membebankan isteri seorang diri menguruskan segala perkara. Urusan rumah tangga haruslah dilakukan bersama agar ia memberi kemudahan dan kesenangan dalam kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini akan menjadikan rumah tangga anda berdua lebih harmoni.
7. Banyakkan bersabar dan muhasabah diri
Kunci dalam perkahwinan memerlukan anda untuk banyak bermuhasabah diri dan bertolak-ansur. Dalam perkahwinan tidak ada istilah menang atau kalah. Tingkatkan kesabaran dalam apa jua hal yang anda dan pasangan hadapi. Jika sedang bergaduh, anda berdua tidak perlu lawan bercakap kerana bimbang boleh merosakkan hubungan dan membawa pada pergaduhan yang lebih parah.
Bukan itu sahaja, elakkan daripada mencabar pasangan lebih-lebih lagi suami kerana lelaki ada egonya yang tersendiri. Bimbang jika dicabar boleh membawa keburukan dalam hubungan rumah tangga. Jadi berusahalah untuk menjadi pasangan yang terbaik dan bersikap positif.
8. Belajar untuk memohon maaf dan memaafkan pasangan
Tak dinafikan kalau dah hidup berdua mesti ada salah dan silapnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apabila menjadi suami isteri, anda hendaklah belajar untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan, selain memaafkan kesalahan pasangan.
Terapkan dalam diri untuk saling bermaafan agar segala apa yang anda berdua fikirkan tidak berpanjangan dan memendam rasa kerana ia boleh menjadi racun dalam rumah tangga. Lepaskan segala ego yang ada dalam diri anda agar anda menjadi seorang yang pemaaf.

9. Banyakkan bertanya dan baca tentang alam rumah tangga
Selepas berkahwin memang banyak tanggungjawab yang harus anda berdua fikirkan. Anda berdua juga akan hadapi segala macam benda dan hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Kadang-kala tanggungjawab yang banyak ini boleh menjadi punca berlakunya perbalahan. Untuk melengkapkan ilmu tentang alam perkahwinan, jangan malu untuk bertanya lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana mereka lebih banyak makan garam.
Malah anda dan pasangan juga harus banyak membaca tentang ilmu rumah tangga bagi memantapkan lagi pengetahuan dan mengelakkan salah faham. Anda berdua juga boleh bertanyakan kepada kawan-kawan tentang pengalaman mereka dan cara mereka mengendalikan masalah. Sekurang-kurangnya perkongsian ini akan memberi anda pengalaman berharga apabila berdepan dengan sesuatu perkara.
10. Apa yang diimpikan sebelum berkahwin tak semestinya tercapai
Pastinya sebelum berkahwin anda dan pasangan impikan pelbagai perkara setelah berumah tangga nanti. Ketahuilah bahawa tidak semestinya apa yang anda berdua rancang dan impikan itu akan menjadi sebagaimana yang anda inginkan.
Ada ketikanya perancangan itu menjadi sukar untuk dicapai atas sebab-sebab tertentu atau setelah anda mengetahui karakter diri pasangan masing-masing. Oleh itu jangan keterlaluan mengharapkan yang indah-indah sahaja. Belajarnya untuk memberi dan menerima dengan seadanya.
Kredit foto (top image): Freepik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI