Pengetahuan mengenai pengurusan kewangan rumah tangga perlu diberi penekanan lebih mendalam untuk pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tangga. Ketahui 8 langkah penting dalam merancang kewangan anda dan pasangan di awal perkahwinan.
DUDUK DAN BINCANG BERSAMA
Sebelum memulakan apa-apa langkah, adalah terbaik jika anda dan pasangan meluangkan masa bersama berbincang secara serius tentang status dan perancangan kewangan anda. Pada masa ini, anda perlu berterus terang tentang tanggungan dan hutang yang masih berbaki jika ada, supaya anda dan pasangan faham dan sedar tentang had perbelanjaan bulanan anda supaya tidak terlebih belanja.
CARA MENYIMPAN
Ada tiga cara yang utama untuk pasangan menyimpan. Pertama: Menyimpan melalui akaun individu. Kedua: akaun individu dan bersama. Ketiga: Akaun bersama. Fikir baik-baik dan buat keputusan. Ambil kira tentang tabiat menyimpan pasangan anda. Jika pasangan anda atau anda sendiri seorang yang boros, ada baiknya jika anda tidak membuat akaun bersama. Jangan ambil hati dengan apa-apa keputusan yang dibuat dan tegas dalam membuat keputusan. Keputusan ini adalah untuk anda, pasangan dan juga anak-anak anda kelak.
Ads
SETKAN MATLAMAT
Tentu anda dan pasangan ada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang bukan? Bincang dengan pasangan anda untuk tentukan jalan terbaik untuk anda dan pasangan mencapai matlamat tersebut. Tidak kisahlah apa yang anda dan pasangan hasratkan, yakinlah dan berusahalah ke arah apa yang dicitakan.
‘DUIT SEJUK’
Pastikan anda dan pasangan ada duit kecemasan atau seperti mak-mak selalu cakap, ‘duit sejuk’ untuk saat-saat sukar. RM1000 tidak cukup untuk duit sejuk. Pastikan duit sejuk anda ini mampu untuk menampung kehidupan keluarga anda untuk sekurang-kurangnya selama 3 hingga 6 bulan, termasuk untuk membayar bil-bil penting dan ansuran wajib. Bukan mudah untuk menyimpan, tapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit bukan? Yang penting, cuba sehabis baik untuk tidak menyusahkan ahli keluarga dan sahabat anda walaupun anda tahu mereka sedia membantu di saat kesukaran.
Ads
BUAT BELANJAWAN
Bukan negara sahaja perlukan belanjawan, keluarga kecil anda juga perlukan belanjawan. Ambil kira ansuran kereta, ansuran rumah, barangan runcit, bil internet, bil telefon, yuran bulanan keahlian gym, simpanan dan lain-lain yang perlu. Bayar apa yang wajib dan barulah anda boleh rencanakan hala tuju lebihan wang anda. Tidak mengapa jika sekali-sekala anda mahu splurge untuk diri anda dan keluarga. Cuma, janganlah sehingga anda tiada wang menjelang tengah bulan.
BAYAR BIL
Penting! Pastikan anda bayar bil tepat pada masanya. Tidak apa walaupun anda hanya kaya raya sekejap selepas mendapat wang gaji. Yang penting, anda tiada tunggakan. Duit kereta? Bil internet? Agihkan tugasan supaya proses pembayaran bil boleh dibuat dengan lebih efisien. Jika anda lebih tech savvy, buat akaun ‘online’ supaya anda boleh mendapat status terkini bayaran bulanan anda untuk bil elektrik dan bil internet anda.
Ads
DAPATKAN INSURANS
Malang tidak berbau. Adalah lebih baik jika anda dan pasangan mempunyai insurans nyawa. Jika anda dan pasangan mempunyai kenderaan sendiri, updateinsurans kenderaan anda berdua untuk pemandu kedua juga.
BUAT WASIAT
Membuat wasiat bukanlah perkara yang remeh. Untuk mengelakkan masalah di kemudian hari, pastikan anda dan pasangan membuat wasiat. Hal ini penting lebih-lebih lagi jika keluarga anda semakin membesar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakah anda pernah mendengar tentang manfaat air kismis? Sungguh mengagumkan serta penambahan nutrisi yang begitu baik untuk dimakan sehari-hari, terutama untuk meningkatkan kesihatan hati. Hati serta buah pinggang merupakan organ penting untuk bersihkan darah, menyingkirkan toksin dan logam berat yang terkumpul dalam tubuh serta akhirnya boleh membuat anda sakit. Namun terkadang beberapa fungsi utama tergendala kerana pola makan yang tidak sekata, makan makanan berlemak terlalu banyak, atau kebiasaan kehidupan seharian yang tidak terurus.
Jadi apa rahsia besar di sebalik air kismis? Air Kismis dapat merangsang sistem biokimia tertentu dalam hati yang menolong detoksifikasi aliran darah anda bekerja lebih efektif. Manfaat air kismis sebahagian besar datang dari buah anggur sendiri, yang anda mungkin sudah tahu tentangnya. Bila anda ikuti rawatan ini sepanjang empat hari berturut-turut, anda bakal lihat kesihatan pencernaan anda bertambah serta anda mempunyai lebih banyak tenaga. Doktor sering mengesyorkan untuk anda pengambilan kismis di pagi hari untuk menjaga lebih baik kesihatan hati anda, menghilangkan kolesterol tidak diperlukan, turunkan kadar trigliserida, serta mencegah sembelit atau sakit perut.
-Kismis iaitu sumber semula jadi vitamin serta mineral, namun manfaatnya bakal meningkat cepat bila anda pengambilan air rendaman kismis ini. Hal semacam ini kerana kandungan gulanya yang kurang.
Sebuah sumber alami antioksidan
-Begitu penting untuk diingat kalau kismis iaitu salah satu yang sumber semula jadi paling baik daripada anti-oksidan.
-Kismis yang disebut anggur kering kaya dengan bioflavonoid yang membantu melindungi anda dari radikal bebas serta menguatkan pertahanan badan dalam melawan penyakit.
-Minum air kismis sepanjang empat hari berturut-turut sekurang-kurangnya satu bulan sekali bakal menolong organ hati anda lebih baik dalam menjalankan fungsinya.
-Minum air kismis iaitu cara mudah tetapi berkesan untuk membersihkan aliran darah serta merangsang manfaat hati yang baik, serta meningkatkan pencernaan anda. Hal seperti ini mendorong pemisahan gastrik, menolong anda memproses makanan anda lebih baik serta menyerap nutrisi. Anda bakal mula lihat manfaat ini sekitaran dua hari selepas memulakan minum air kismis ini.
Cara Menyediakan Air Kismis
Bahan-bahan:
400 ml air / 2 cawan air
150 grm Kismis
Langkah-langkah:
-Tentukan kismis dengan Kualiti yang baik, baiknya tentukan Kismis organik.
-Panaskan air dalam periuk. Masukkan Kismis lalu didihkan selama 20 minit. Matikan api, tutup periuk.
-Biarlah Kismis terendam semalaman.
-Pada keesokan harinya, saring dan tuangkan kedalam gelas air Kismis itu.
-Minum pada pagi hari waktu perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan.
-Lakukan ini sekurang-kurangnya 4 hari berturut-turut sebulan sekali untuk mendapatkan hasil maksimum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu.
Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal?
Cuci Kipas Siling Lebih Bersih, Suami Isteri Kena Tahu Cara Ini
Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau sebab anda boleh membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Apa yang menarik, cara cuci ini dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka.
Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan.
Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di keseluruan sarung bantal.
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...