Bagi membuatkan hubungan cinta berpanjangan, jangan sesekali melakukan perkara yang boleh membuatkan pasangan bermasam muka atau timbulnya perselisihan faham. Betul perselisihan faham dalam hubungan merupakan perkara biasa yang sering dialami oleh setiap pasangan kerana dengan adanya ini sedikit sebanyak boleh mengukuhkan lagi sesebuah hubungan agar anda berdua menjadi lebih matang dan dewasa.
Namun begitu, sekiranya pergaduhan antara pasangan berterusan dan tidak menemui jalan penyelesaian, ia mungkin boleh menyebabkan hubungan menjadi semakin renggang dan akhirnya retak. Oleh itu pastikan anda elak lakukan perkara berikut agar pasangan tak bermasam muka, selain untuk menjamin hubungan cinta kekal selamanya.
1. TERLALU SIBUK BEKERJA
Ads
Menjadi kekasih yang memikirkan masa depan adalah baik. Tetapi jika kerana hal ini, anda tidak punya masa berjumpa, jangan salahkan kekasih anda jika dia akan memarahi anda. Cubalah susun semula jadual kerja anda dan si dia. Usahakan mempunyai masa lapang, sekurang-kurangnya di hujung minggu untuk bertemu.
2. JARANG-JARANG BERJUMPA
Terlalu mengagungkan alat telekomunikasi adalah sebuah kesalahan besar. Walaupun sekarang ini ada teknologi voice chat, skype, video call, bertemu muka dengan muka adalah sangat perlu. Seboleh mungkin satu minggu sekali , berkomunikasilah secara langsung dengan kekasih anda.
3. BERSIKAP EGO
Ads
Ego, keras kepala dan tidak mahu mengalah adalah penyebab utama pertengkaran. Oleh sebab itu, seboleh mungkin semasa anda dalam perhubungan cinta dengan si dia, tanamkanlah dalam diri anda sikap mengalah. Ingatlah, anda dan dia sedang dalam proses perkenalan dan memerlukan penyesuaian dan hal tersebut memerlukan waktu yang cukup lama.
4. MASIH BERBICARA TENTANG BEKAS KEKASIH
Beberapa orang mungkin menganggap berborak mengenai bekas kekasih masing-masing adalah hal biasa, tetapi tidak semua orang suka mendengarkannya. Jangan membuat kekasih anda jengkel dengan kebiasaan anda yang kerap bercerita mengenai kisah anda dahulu dengan bekas kekasih anda. Hormati dan jaga perasaan kekasih anda yang ada sekarang. Dengan berbuat seperti itu, anda menunjukkan bahawa anda benar-benar mencintai dia.
Ads
5. SERING FIKIR NEGATIF DAN CURIGA
Harus diakui, sangat sukar untuk tidak mempunyai sikap negative dan curiga kepada pasangan apalagi saat masih dalam fasa perkenalan. Namun, jika anda ingin hubungan berkekalan, kedua hal ini haruslah anda buang jauh-jauh. Tanamkan sikap percaya pada pasangan anda biarpun sukar. Jika anda terlalu posesif, takut pula si dia tidak selesa dan menyebabkan kamu berdua salah faham dan bertengkar.
6. MEMPERBESARKAN MASALAH
Berlebihan dalam menanggapi sebuah persoalan sudah dapat dipastikan akan membuat segala sesuatunya menjadi rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pasangan bersalah dan mengakui kesalahannya, anda akan seboleh-boleh tidak mahu meminta maaf dan mungkin dia boleh meninggalkan anda kerana bosan dengan sikap anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.
Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.
Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.
Pulih Masalah Kulit
Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh
Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain
Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh
Pulih cirit-birit serta sembelit
Bantu mengeluarkan asid urik dari badan
Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan
Memelihara hati dan bantu membakar toksin
Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
Baik juga buat individu yang keracunan makanan
Melawan Penyakit Kronik
Pulihkan Diabetes
Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus
Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk
Legakan selesema
Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)
Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal
Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan
Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung
Tips!
Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang suami memerlukan isterinya sebagai pelengkap hidup dalam mengharungi onak dan duri perjalanan hidup. Suami juga inginkan pasangan yang sentiasa mendampingi dirinya dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan.
Akan tetapi, ada beberapa perkara yang dilakukan oleh isteri menimbulkan rasa kurang senang di hati suami. Sikap yang kurang menyenangkan ini boleh membuatkan suami hilang mood dan bosan.
Oleh itu, pastikan isteri mengelak daripada melakukan tujuh perkara yang kurang disenangi oleh suami ini.
1. SALAH PILIH TOPIK BERCERITA SALAH
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi kepada pasangan tetapi biarlah berpada-pada. Ini kerana lelaki mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang sama sahaja dan anda asyik mengulanginya berkali-kali. Apa salahnya anda borakkan tentang sesuatu jenaka yang boleh membuatkan suami ketawa terbahak-bahak. Itu kan lebih menarik?
2. KOMEN TENTANG PENAMPILAN BERAT BADAN
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami secara berlebih-lebihan. Memang tidak salah untuk menegur tapi pastikan perkataan yang anda gunakan itu bersesuaian dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat kepadanya dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan bersahaja.
3. TERLALU MENGONGKONG
Lelaki tidak suka pada wanita yang mempunyai sikap sebegini . Bagi lelaki, ia cukup merimaskan lantas membuatkan dirinya rasa terikat dan tidak bebas. Mengongkong secara berlebihan dan pada perkara yang tidak sepatutnya boleh membuatkan suami kecewa dan sedih. Sukar untuk suami dapat apa yang mereka mahukan apabila bersama dengan isteri yang kuat mengongkong.
4. MENGELUH TIADA BAJU YANG SESUAI
Apabila anda sering mengeluh tiada baju, padahal baju anda sampai dua hingga tiga buah almari, tu belum masuk lagi kasut dan masih mengaku yang tiada baju yang sesuai untuk dipakai, tentunya membuatkan suami ‘malas’ mendengar alasan anda. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki rimas dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh dan memberi alasan tiada baju.
5. TERLALU MENGEJAR CITA-CITA
Isteri yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan suami kurang senang. Malah wanita sebegini merasakan dirinya boleh hidup tanpa sokongan lelaki kerana dia boleh berdikari di atas kejayaannya sendiri. Kepada wanita di luar sana, cubalah ubah sikap buruk ini agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, janganlah pula terlampau bersikap terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu dijaga.
6. AMBIL MASA LAMA UNTUK BERSIAP
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap lama semata-mata untuk keluar ke satu-satu tempat yang jaraknya tak sampai lima minit dari rumah. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga dua, tiga jam untuk bersiap, lama-kelamaan pastinya suami akan bosan.
7. HIGH MAINTENANCE
Isteri yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan sukakan barang kemas atau keperluan mewah, pastinya merisaukan suami. Tidak semua suami mampu untuk memenuhi permintaan isteri sebegini kerana dalam fikiran mereka, ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin, itu maknanya anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Tetapi, kalau diri anda masih lagi dibayangi dengan ketakutan selepas berkahwin, ternyata anda masih belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Ia kerana diri anda masih lagi diliputi dengan keraguan. Ini juga akan memberi kesulitan untuk anda mencipta kehidupan baru bersama pasangan anda kelak. Justeru itu, cuba mendalami ilmu-ilmu mengenai rumah tangga supaya anda dapat mengatasi segala keraguan dan ketakutan.
Bersedia dengan komitmen
Pada saat ini anda sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai komitmen yang lebih besar berbanding kehidupan sebelum berkahwin. Sesungguhnya sebelum anda bersedia untuk menerima komitmen yang akan datang, anda memerlukan waktu lagi untuk memantapkan hati anda. Bersikap jujur pada diri sendiri, jangan disebabkan terikut-ikut dengan orang lain membuatkan anda tidak jujur pada diri sendiri.
Berani menghadapi perubahan
Setiap orang menyedari akan setiap perubahan yang akan berlaku selepas berkahwin. Banyak perkara yang akan berubah dalam hidup kita dari aspek kehidupan, ekonomi dan juga dari segi tanggungjawab. Dalam persediaan untuk bernikah, setiap muslim haruslah benar-benar bersedia untuk menerima dan menjalani semua perubahan yang berlaku.
Sudah yakin dapat menjadi yang terbaik
Kekurangan pada setiap individu adalah kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang kita berasa seperti tidak mampu menjadi yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Malah, ada yang dijadikan alasan untuk melewatkan perkahwinan meskipun dari aspek lain kita sudah bersedia.
Bersedia menghadapi konflik
Seperti perumpamaan melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Perumpamaan ini membawa maksud pertengkaran antara suami dan isteri memang tidak dapat dielakkan. Tanyalah mana-mana pasangan termasuklah pasangan bahagia sekalipun, mereka pasti pernah melaluinya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!