
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
- Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
- Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
- Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
- Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
- Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
- Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
- Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
- Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
- Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun Jodoh Lambat, Siapa Sangka Jodoh Yang Tuhan Carikan Untuk Wanita Ini Lebih Indah!

Bagi wanita yang lambat berkahwin pastinya perkara ini memberi tekanan buat anda kerana mereka sering menjadi ‘bahan’ mulut manusia yang tak habis-habis mengata. Tanyalah kepada sesiapapun, sebolehnya semua orang ingin berkahwin awal dan mempunyai pasangan yang boleh menumpang kasih.
Namun sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar dipermudahkan jodoh. Selebihnya atas ketentuan Yang Maha Esa. Bersyukurlah jika anda diberikan jodoh yang awal, namun jika jodoh lambat jangan risau dan sesekali berputus asa.
Perkongsian menyentuh hati daripada seorang pembaca Kisah Rumah Tangga ini membuktikan bahawa jangan sesekali berputus asa tentang jodoh. Jika anda sabar pasti akan ada sinar bahagia yang bakal menanti di kemudian hari.
Saya ada seorang adik ipar bongsu. Dia saja perempuan dalam family suami. Pendiam peramah manja, semua ada padanya.
Bercinta? Langsung x pernah menujukkan aura dia nak bercinta. Satu haritu saya masih pregnent anak sulung. Mak mertua bising kat dapur.
Membebel kerana mulut orang kata anak bungsu dia umpama bunga taik ayam. Tak pernah lelaki nak pandang. Adik ipar jenis slow je. Dia diam. Sabar.
SUATU HARI TU ADA SEORANG LELAKI NI DATANG. BAJU LUSUH, TUA BUSUK. MACAM SALAH RUMAH. KAMI BAWA DIA MASUK RUMAH. KATANYA TUNGGU ANAK DIA DATANG AMBIK. HP TAK ADA.
Mak mertua masa tu ingat dia penyamun. Tapi si adik ipar ni tetap layan dia elok. Masak makan. Cari baju pak mertua yang lama tapi elok lagi bagi pakcik tu. Kami jadi risau sebab pakcik tu tak putus mata pandang adik ipar.
Pak mertua datang dia cakap nak hantar pakcik tu balik. Dia kata hantar kat tempat bas. Nanti dia balik sendiri. Bapak mertua bagi duit yang ada kat dompet dalam RM20 pakai dia tambang.
Lama lepas tu..ada dalam dua bulan kot..lupa. Pakcik tu datang lagi rumah. Katanya nak pulangkan RM20 tu. Bpk mertua tolak..iklas katanya. Lepas tu dia kata kerana termakan budi, dia nak kawinkan anak tunggal dia dengan adik ipar.
Mak dgn bapak mertua tolak baik masa tu. Tapi adik ipar cakap dia terima. Masa tu mungkin dia tertekan dengan cakap orang kampung kot. Adik ipar tak cantik mana pun.
Gempal, berjerawat dan tak secerah kulit idaman lelaki. Nak tak nak mak bpk mertua terima la keputusan dia. Pakcik tu cakap, urusan kawin jangan risau dia yang akan usahakan. Cuma sediakan halaman rumah bagi lapang.
Tebas mana rumput bagi luas je. Kami masa tu diam je la. Mungkin dia bergurau ke sekadar cakap mulut ke. Sebulan lepas tu pakcik tu call, katanya lembu dua ekor nak datang. Seminggu nanti kawin.
Bapak ikut je la. Kami siap bagi lembu makan. Selfie dgn lembu apa bagai. Adik diam je macam tak de perasaan. Suka ke geram ke marah ke..smua tak nampak.
MASA NAK KAWIN, AKU DGN BERADIK SUAMI PUNYALAH BERDEBAR. SIAPALAH KAWIN DENGAN ADIK NI. ELOK KE ORANGNYA. PENAGIH DADAH KE, EH SEMUA LAH YANG TAK ELOK MUNCUL DALAM OTAK. SI ADIK? MASIH RELAX X DE PERASAAN.
Pengantin datang. Nak tak nak terima je la. Orang nya gelap. Pendek, dan tak de ciri2 idaman wanita. Tapi bila pandang balik si adik ipar, kami rela. Majlis tu seakan lama bagi kami. Lepas je mereka kawin, adik tinggal dengan keluarga suami dia.
Satu hari mak tak ada selera makan. Kami call adik minta alamat. Mak nak datang makan dengan adik. Kami pusing sampai pening cari alamat tu. Dah jumpa tapi kami rasa salah rumah.
Adik keluar tunggu kat jalan. Memang betol rumah tu yang kami rasa salah tadi. Kami masuk rasa selesa betol rumah besar tu. Ada 4 orang gaji. Mak mertua dia layan adik baik sangat. Adik cantik dah. Mak mertua bawa dia rawatan muka yang berjerawat, senaman. Semua lah.
RUPANYA ADIK DAH LULUS UJIAN MAK MERTUA DIA SELEPAS KAWIN. MAK MERTUA DIA SEWAKAN SATU RUMAH USANG, LEPAS KAWIN MEREKA TINGGAL SITU. ADIK LAYAN MERTUA DIA DGN SUAMI SAMA ADIL.
Masak pakai kayu api bagai. Bila dah lulus semua tu baru diorg pindah rumah sebenar. Mak menangis tengok kebahagiaan adik. Tak sangka jodoh yang tuhan carikan lebih indah. Oleh itu mana2 andartu..jangan risau jodoh anda.
Biarlah orang nak mengata. Biarkan jodoh lambat asalkan yang datang nanti adalah calon terbaik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kena Percaya, Tak Perlulah Check Direct Message Suami

Disebabkan kebelakangan ini semakin ramai rakan artis yang terkena tempias kes rampas merampas suami orang, Nana Mahazan tidak pernah sekali melatah. Baginya paling utama dalam hubungan suami isteri adalah kepercayaan yang utuh di antara satu sama lain.

“Setakat hari ini saya memang tidak pernah mencurigai suami saya, saya sebagai isteri mempercayainya 100 peratus, tambahan kerjay kami menuntut untuk berjumpa dengan ramai orang, bekerja dengan orang yang pelbagai, kadang kala dia terpaksa keluar ke studio jam 3 pagi, saya masih percayakannya. Lagipun bukannya dia buat apa, dia bekerja, kita sebagai isteri kenalah menyokong penuh.

Bila ditanya adakah Nana sendiri ada membuat selidik status mahupun direct messages suaminya sebagai langkah berhati-hati?
“Haha kami memang tidak pernah check each other, buat apa nak check kalau kita percayakan dirinya. Kita pun tak suka kan orang kacau privasi kita, why kita perlu sampai bersikap sedemikian. Paling penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga, perlu setia, yakin dan percaya pasangan anda. Saya akan selalu bertanya padanya jika ada yang tidak kena, kami saling memperbaiki. Jangan simpan nanti lagi parah, katanya yang kini sudah mencecah 9 tahun ulang tahun perkahwinan.”

Dalam kesibukan ini Nana juga kini sedang hebat mengacarakan rancangan Mentor 7 juga Pesona Pengantin musim kedua di Astro Prima dan Astro Maya setiap Isnin Jam 1230 Tengah hari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila Dah Duduk Serumah, Nampaklah ‘Kudis’ Sana Sini

Sungguh, bila duduk serumah baru akan nampak dan kenal si dia sepenuhnya. Masa bercinta, hanya separuh kita kenal.
Masuk fasa rumah tangga, pasti akan berdepan dengan kekurangan dan kelemahan. Bukan mudah nak bahagia selepas kahwin. Banyak ujian yang menunggu.
Bila Dah Duduk Serumah

Itulah orang kata, kalau kita cari kebaikan maka yang baik lah kita jumpa. Namun jika selalu mencari keburukan, yang nampak cuma bahagian yang buruk.
Nak-nak pula memang dah tak serasi sangat, kesannya hubungan makin berjauhan dan langsung tak boleh ngam! Cuba renungkan perkongsian saudara Abd Ghani Haron ini, moga kita boleh berubah dan buang yang keruh.
Pesan ayah saya,
“Kita ibarat memiliki kain sesentung, tarik menutup kepala, kaki terbuka, tarik tutup kaki, kepala terbuka.”
“Teringat zaman hidup susah dulu, kain pelekat sehelailah menjadi selimut, kaki kena di lipat atau kerekot untuk tutup semua anggota.
Maksud ayah, kita tak mungkin sempurna semuanya.
Anak yang dianugerah Tuhan takkan semua memenuhi impian kita. Kelapa setandan, bukan semua berisi, pisang setandan bukan semua sama besar, jari ditangan bukan semua sama panjang. Dengan yang demikian redalah pada kekurangan yang ada pada anak, bersyukurlah kepada penganugerah Tuhan, yang terkurang itu ujian Allah, peluang untuk bersabar dan berusaha.
Setiap Orang Tak Sempurna

Suami isteri nampak sempurna segalanya, masa belum berkahwin, bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini, cacat cela sana sini. Itulah hakikat kekurangan untuk kita redha, bersyukur dan bersabar. Jangan melihat isteri saja yang kurang, diri sendiri tetap ada kekurangannya cuma tidak mungkin kita melihat dalam diri sendiri. Kalau nak tahu, bertanyalah kepada isteri yang melihatnya dari luar.
Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna. Terimalah kekurangan mereka dengan berlapang dada, membetulkan apa yang tidak kena, menambah apa yang terkurang. Jika anda seorang guru, ingatlah murid anda ibarat jari tangan yang tidak sama panjang. Pencapaian, perangai, kebolehan adalah berbeza, bersabarlah, bertekunlah untuk memperbaiki, padamkan percikan api kemarahan, kerana semua mereka juga ciptaan Allah.
Kita ibarat kain sesentung, tutup kepala kaki terbuka, tutup kaki kepala terbuka. Bersabarlah, berlapang dadalah. Jika anda memarahi anak orang lain, ibubapanya pasti terasa.
Jangan Terlalu Mencari Kekurangan Orang

Jika anda menyatakan kekurangan seorang, ibubapanya akan terasa. Apakah anda tidak takut jika anda memarahi atau menyatakan kekurangan seseorang, anda akan dimarahi oleh Tuhan yg mencipta mereka?
Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan, apalagi kepada manusia. Berpada pada dan berhati hatilah, marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya. Jika anda merasa anda seorang yang baik marilah kita menjadi insan yang lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

