
Teh bukan sahaja baik untuk sakit tekak dan relaksasi, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Ketahui empat teh ini yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.
Teh 1: Teh hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Manfaatnya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Kesan teh ini: Membuang sel lemak.
Teh 2: Teh oolong
Teh ini berasal dari China dan dikonsum secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.
Teh 3: Teh mint (pudina)
Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Ia dapat membantu anda mengelakkan overeating dan juga obesiti.
Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih.
Bukanlah teh kurus yang ada di pasaran tidak elok tetapi lebih mudah jika anda beli sahaja empat teh ini dan cuba sendiri. Lebih banyak manfaatnya untuk menurunkan berat badan.!
Elak Rambut Gugur Dengan Syampu Beli Di Drugstore Sahaja

Syampu adalah produk penjagaan rambut yang sangat penting, jadi adalah penting untuk memilih dengan betul, kerana satu jenis syampu tidak sesuai dengan semua orang. Pilihan salah cara untuk mencuci rambut boleh menyebabkan kelemumur, gatal-gatal, melemahkan dan menguatkan keguguran rambut. Dan jika, di hadapan keriting kering, anda mula memakai syampu untuk rambut berminyak, maka kulit kepala akan kering, tahap PH akan pecah, dan penambahan ketumbat kepala tidak dapat dielakkan.
Terdapat banyak jenis dan subspesies dari syampu.
Pertama, mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan berikut:
-neutral – untuk pembersihan biasa;
-menjaga rawatan rambut dan kulit kepala;
-shampoo-mengupas – untuk pembersihan yang mendalam;
–warna – untuk memberi warna rambut tertentu.
Kedua, semua deterjen untuk kepala dapat dibahagikan dengan tujuan penggunaan:
-membuang lemak yang berlebihan daripada rambut dan kulit kepala;
-membersihkan bahan pencemar biasa (habuk, zarah kulit, sebum);
-pelembab kulit kering kepala yang terlalu kering;
-melambatkan pembahagian sel dan membersihkan kelemumur;
-syampu tindakan lembut untuk kegunaan harian.
-Keadaan kulit kepala dan folikel rambut secara langsung menentukan kesihatan rambut, oleh itu, pertama sekali, adalah perlu untuk memilih syampu untuk kulit kepala, dan selepas itu menjaga rambut itu sendiri. Dalam kes ini, ia adalah syampu yang merawat kulit, dan pelbagai topeng, balm dan cara lain direka untuk —–merawat dan mengembalikan rambut. Oleh itu, memilih pembersih kepala, pertama sekali, anda perlu mempertimbangkan jenis kulit dan kehadiran masalah dengannya.

Oleh itu, kita ikuti perkongsian Nur Qyna yang mengatakan jenis syampu ini mampu membantu anda kaum wanita untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat dalam masa simgkat.
Siapa rasa rambut gugur teruk or rasa mcm dah botak. Aku suggest try shampoo ni Function teruk. Mana mana boyfriend yang awek selalu cakap rambut gugur, dah tak payah pening okay. Bagi je pakai shampoo ni, confirm elok. Cuba lah, mana tahu okay kan tapi aku dah try, results cun habis. Ni aku senaraikan shampoo ikut warna. Korang beli ikut masalah rambut korang. Boleh cari kat watson. Sebab aku beli kat watson.
1. Argan Oil Morocco ( warna biru)
Untuk membaiki rambut rosak
2. White strawberry and sweet mint ( warna pink)
Ni untuk sesiapa yang takde masalah rambut. Just nak jaga keharmonian rambut tu je. Boleh lah pakai yang ini.
3. Arabica coffee fruit ( Warna maroon)
Ni pulak untuk yang rambut dah nipis dan nak rambut tu tebal
4. Golden Morringa oil ( Warna Gold)
Ni untuk rambut kering yang tak bermaya mcm mayat and melembutkan rambut tu semula
5. Rosemary and Herbs ( Warna Purple Cair)
Yang ni pulak untuk bagi kelembapan dan tak kan keringkan rambut
6. Passion flowers and rice milk ( Warna dark purple)
Untuk suburkan rambut yang kurang nutrients
7. White grapefruit & mosa mint ( warna orange)
Untuk rambut nipis dan tebalkan rambut
‘Makanan Kunyah’ Untuk Bakal Pengantin Yang Tengah Diet. Confirm Kurus!

Bila masuk bab diet, bukan semua orang mampu terus melaksanakan melainkan mempunyai matlamat yang betul- betul untuk nak kurus. So, bila ada keinginan nak diet tu, teruskan, agak-agak lapar, korang boleh cuba ambil makanan kunyah ini.
1: Almond
Selain baik untuk kulit, almond juga snek yang bagus untuk golongan yang sedang cuba mengawal pemakanan. Kunyah almond sebanyak 40 kali. Nanti tentu cepat rasa kenyang.
2: Kacang pea atau jagung yang dibekukan
Rasa sayuran yang telah dibekukan lebih enak. Kemanisan sayuran seperti ini masih lagi ada.Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk anggur juga.
3: Epal
Ada kajian mendapati 3 biji epal setiap hari boleh mengelakkan peningkatan berat badan dan juga berpotensi menurunkan berat badan.
4: Kerepek kacang soya
Kajian di Jepun mendapati, kacang soya mampu membantu dalam mengurangkan berat badan. Malah, berat yang hilang adalah daripada berat lemak dan bukannya berat otot.
5: Ais Krim Jus Buah
Dalam cuaca panas sekarang, rasa sedap pula tekak jika dapat makan ais krim, bukan? Tapi apa kata anda buat sendiri. Buah just buah dan sejuk bekukannya. Kemudidan bolehlah anda memakannya tanpa rasa bersalah.
Jaga Wajah Sebelum Kahwin Elok-Elok, Guna Tepung Beras Dan Tomato Untuk Kecilkan Pori Dan Licinkan Kulit

Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah. Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.*boleh pelbagaikan variasi masker tepung beras samada campurkan dengan madu, yogurt, limau nipis dlln. Kebaikan tepung beras pada kulit.
- Menyerap minyak yang berlebihan pada muka.
- Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
- Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
- Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Antara kebaikan tomato pada wanita ialah:
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag)
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.