Masa bercinta dahulu, ada sahaja yang tak kena di mata pasangan. Tak lama selepas itu, terjadilah perpisahan. Ada yang putus cinta kerana orang ketiga, kerana tidak sekufu dan macam-macam lagi. Yang paling pedih, bila bekas kekasih datang kembali menagih cinta.
Dah macam drama TV, meula-mula bercinta sakan lepas tu munculnya orang ketiga. Bila ada masalah dengan orang ketiga, bekas kekasih merayu untuk kembali. Itu yang dicoretkan Firdaus Shakirin di laman Facebooknya.
Ex…Bekas Kekasih…
Hampir semua orang ada bekas kekasih…seseorang yang dahulunya kita cinta, kita sayang, dan boleh jadi juga dia adalah orang pertama yang membuatkan hati kita berbunga-bunga…kita kenal apa itu rindu…apa itu sayang…apa itu cinta…tapi bukan semua orang disatukan dengan orang pertama yang dikenalinya…
Ada yang berpisah, kemudian berjumpa dengan yang lain…
Ada yang sekali berpisah, ada yang berkali-kali berpisah barulah berjumpa dengan si dia yang tepat dan kemudian hubungan itu berakhir dengan sebuah perkahwinan…
Soalnya,
Setelah berkahwin, perlukah kita mengingati bekas kekasih kita?
Atau bekas- bekas kekasih kita jika lebih dari satu?
Apakah kebaikan untuk menghidupkan semula kenangan bersamanya?
Apa yang kita dapat dengan melakukan perkara yang sedemikian?
Kita dah pun ada pasangan, yang didepan kita dan ini adalah kenyataan,
Kenyataan yang harus kita terima bahawa kita telahpun berkahwin dengan orang ini…
Maka segala isi hati, perasaan perlu diberikan kepada dia…
Mengahwini orang yang kita cintai itu satu kemungkinan…tapi mencintai orang yang dikahwini kita adalah satu kewajipan…
Menjadi kewajipan untuk kita zahirkan perasaan kita, melengkapi dan menyempurnakan dia walaupun dia tak seperti bekas kekasih kita…
Manusia tak sama, diciptakan berbeza.
Usah membandingkan dia dengan insan yang hadir sebelumnya. Mereka adalah orang yang berbeza. Usahlah mencari masalah dengan terbuai-buai oleh perasaan dahulu…
Buang dan tanamkan jauh-jauh perasaan itu… Sesiapa pun yang hadir dalam hidup kita, andai tidak ditakdirkan menjadi milik kita, maka berdoalah supaya dia menjadi milik orang yang lebih baik lagi daripada kita…
Allah putuskan hubungan itu bersebab dan salah satunya mungkin kita tidak serasi bersama, ataupun jika dipaksa hubungan itu, maka hubungan itu tidak panjang, akan putus di tengah jalan…
Allah Lebih Mengetahui akan setiap sesuatu yang berlaku hatta sehelai daun yang gugur pun tidak terlepas daripada pengetahuan-Nya…
Elakkanlah daripada menghidupkan kenangan lama…biarkan kenangan itu pergi jauh-jauh dari hidup kita…cipta kenangan baru…Jika dia terbaik untuk kita, dia takkan pergi…begitu juga sebaliknya kerana ada hati yang perlu kita jaga…
Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalahkulit tanpa mengira peringkat usia.Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologidan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.
Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan. Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya,jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.
Disini kami akan kongsikan cara-cara hilangkan jeragat di wajah anda dalam masa yang singkat dengan menggunakan 4 bahan-bahan semulajadi yang semestinya selamat dan tidak berbahaya!
Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan2 semula jadi dan sedia ada di rumah
Bahan-bahan:
kunyit hidup
beras yang direndam
air limau nipis
putih telur
Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.
Adunan yg telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Siap….mudah dan ringkas
Setiap individu punya kulit yang berbeza-beza.Tidak semestinya si kawan sesuai pakai itu kita pun sesuai,dan tidak semestinya skin care yang mahal itu sesuai dan baik untuk kita..Kesimpulannya petua tradisional lebih baik berbanding skin care yang ada di pasaran.
Dalam rumah tangga penting untuk adanya perencah pemikat agar hubungan suami isteri kekal bahagia. Bukan hanya isteri saja yang perlu pikat suami, suami juga haruslah bijak memikat hati isteri agar cinta anda berdua sentiasa membara.
Suami jangan hanya tahu nak pikat isteri ketika zaman bercinta saja tapi bila dah kahwin, tip memikat tu dah tak ada. Perkongsian lelaki bernama Raja Shamri ini tentang tip memikat isteri boleh suami jadikan panduan. Semoga perkara-perkara sweet yang suami lakukan ini menjadikan rumah tangga anda berdua lebih bahagia.
Tips memikat isteri :-
Bangun awal pada isteri
Kejut isteri bangun tahajud
Kejut isteri bangun subuh
Imamkan solat selalu
Baca doa untuk isteri salam cium dahi
Mintak maaf sebelum tidur atas segala nafkah yg terkurang setiap hari
Tolong masukkan baju kotor sendiri dan anak2 dlm bakul / washing machine… jgn main campakk je …
Tolong basuh pinggan
Tolong jangan baring buat bodoh je masa isteri penat kat dapur atau uruskan anak2
Tolong mandikan anak2 / mandi sama dgn anak2
Tolong pakaikan baju anak sikat rambut anak2
Tolong ajar anak mengaji
Tolong teman anak2 buat kerja sekolah / membaca
Pimpin tangan isteri shopping walaupun hanya barang dapur atau beli barang pasah kat pasar tani
Tolong jemur kain biarlah tak basuhpun
Tolong picit kaki isteri dan tangan dia sebelum tidur dan cakap “thank you”… “I love you”
IKLAN
Hormat ibubapa isteri
Ngam dgn bapak isteri (mertua suami)
Jangan biadap dengan orang tua atau sesiapapun
Jangan ganas dan darah panas (isteri suka lelaki yg sopan tapi tegas)
Tegas dalam buat keputusan
Meminta maaf bila buat salah dan mengaku kesilapan
Tolong lah bersihkan badan dan berbau harum
Jangan boros… pikirlah masa depn
Jangan kedekut
Tolong cukur kemas janggut dan misai (termasuk bulu ketiak)
Potong kuku please
Jangan tinggal solat…
Ajar dan didik isteri tentang agama
Ajak isteri pergi dengar kuliah sama2
Tolong lipat selimut dan kemas cadar
Sabar bila isteri membebel
Jangan kutuk masakan isteri
Sokong hobi isteri (tanam bunga / crostige etc.)
Tolong vacum karpet
Tolong tukar mentol yang padam
Tolong mesin rumput di halaman rumah
Tolong drill and gantung gambar2
Tolonglah jgn tinggikan suara di khalayak ramai
Panggillah dengan panggilan yg isteri suka
Jangan bandingkan isteri dengan kekasih lama / jiran / staff pejabat / isteri orang lain
Belikanlah hadiah walaupun murah
Suka bersedekah
Suka bantu orang susah
Mandi sama2
Solat sama2
Bincang dulu sebelum buat major decision
Selalu buat surprise yg isteri suka
Tolong isteri masak walaupun hanya potong bawang
hemmmmm …
Banyak lagilahhhhhh rasanya …
TAPIKAN… SEKIRANYA SUAMI ISTERI ITU PAHAM, SEMUA PERKARA DI ATAS TAK PERLU TIMBUL… SEBAB MATLAMAT PERKAHWINAN IALAH NAK CARI REDHA ALLAH…
IKLAN
Jangan terlalu meminta semua perkara di atas dilakukan suami anda untuk anda kerana bila suami anda tak lakukannya maka pada masa itulah IBLIS AKAN MASUK untuk merasuk fikiran kaum ibu / isteri-isteri di luar sana untuk mula membenci / sakit hati / demand / komen suami masing-masing.
IKLAN
Sedangkan Allah itu maha agung maha pengasih maha pengampun… mana ada lelaki dan perempuan yg sempurna.
Carilah kebaikan dalam diri suami masing2 bukan kelemahan. InsyaAllah… kalian berdua akan mendapat redha Allah.. rumah tangga bahagia kekal selama2nya..
Jangan cari kelemahan pasangan anda!
Cari kebaikan pasangan anda dan perbaiki kelemahan diri masing-masing.
Wallahu‘alam!!
Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.
1. Jangan merajuk
Sejak masih kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah
sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila
bergaduh, jangan suka merajuk.
Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk
isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai.
Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan
memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan
keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya
sendiri.
2. Jangan menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak
yang satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk “menarik diri” di mana mereka tidak mahu lagi
bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan
tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman
akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya
menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.
3. Jangan berdusta
Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi
dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.
4. Jangan mencari salah
Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang
itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku
masalah dalam hubungan perkahwinan.
5. Berhentikan bahasa negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada
menggunakan bahasa negatif. “Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu.” (tuduhan) “Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?” (tuduhan)
“Ini salah awak juga.” (tuduhan) “Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh.” (tuduhan) “Abang tak guna langsung.” (celaan)
“Awak tak senonoh!” (celaan) “Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga.” (celaan) “Awak tak sedar, diri awak tu siapa.” (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif.
Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.
6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan
kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi,
sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan “dahulu” dan “semalam” daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu
sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan “dahulu” dan semalam”.
7. Senyum semula
Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.
8. Mulakan berdamai
Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar
kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu
berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.
9. Kenal pasti punca masalah
Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.