Ads

Eyka Farhana Seolah-olah Sudah Bersedia Jadi Isteri, Soalan Akhyar Rashid Jadi Tumpuan

Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid seakan memberi bayangan mengajak pelakon Eyka Farhana untuk mendirikan rumah tangga.

Eyka Farhana Bakal Jadi Isteri

Eyka Farhana Seolah-olah Sudah Bersedia Jadi Isteri, Soalan Akhyar Rashid Jadi Tumpuan

Menerusi hantaran di Instagram milik Eyka, Akhyar turut hadir ke majlis perkahwinan sepupu kepada kekasihnya itu.

Ads

Di ruangan komen, Akhyar sempat bertanya kepada Eyka mengenai giliran mereka untuk berkahwin. Pertanyaan Akhyar itu berjaya mencuri tumpuan netizen yang membaca komen tersebut.

“Kita bila lagi?”

Kemudian, Eyka menjawab ringkas bahawa giliran mereka tidak lama lagi dan meluahkan rasa cinta kepada Akhyar.

Ads

“Hehe akan datang, insya-Allah. Love you b!”

Eyka Farhana Seolah-olah Sudah Bersedia Jadi Isteri, Soalan Akhyar Rashid Jadi Tumpuan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Nampak gaya ada bau-bau nasi minyak, kita nantikan pasangan sejoli ini sampai ke pelamin pula. Doakan yang baik-baik.

Ads

Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, pada tahun 2021.

Sumber: Instagram Eyka Farhana

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Istana Zahran Jadi Saksi Penyatuan Puteri Sara Bint Faisal Dan...

Momen bahagia menghiasi keluarga diraja Jordan apabila Princess Sara bint Faisal bin Al Hussein selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Ali Murabit Mohammad Al...